Friday, September 21, 2012

Langkawi 2012 - Day 1

Yooo...jom lah saya cerita fasal trip saya ni ye...saya letak gambar and cerita dari situ ye...

Kami pergi naik airasia. Kami managed to get a good deal, yup, RM160 ticket, pergi dan balik termasuk luggage...huh, murah tu beb..

Kami bertolak pada hari Isnin, 17 September. Flightnya pukul 12.00 tengahari.
gambar suami saya di atas ni...setiap kali saya naik kapal terbang, saya terpaksa beralah bagi suami saya duduk tepi tingkap...he he, alasannya : cikbib dah selalu naik kapal terbang...bagi lah saya pulak...eiiiiii....

Selepas landed, saya on la hpone, haaaa, ada message dari mekyah untuk beli chocolate...punya lah panjang...

Sampai Langkawi dalam pukul 1.00 gitu, sampai, ambil beg dan pilih kereta sewa. Setelah di tolak dan dicampur, kami memilih untuk mengambil kereta Vios, yup, RM160.00 untuk tiga hari dua malam..., murah, sebab bukan waktu peak kan

Lepas tu kami pergi isi minyak...Shuk siap isi penuh tu...lepas tu gi lunch, saya makan nasi Shuk aja, sebab macam masih kenyang makan nasi dan sambal petai mekyah pagi tu....heee....lepas tu, cari hotel...

rupa-rupanya hotel kami sangat dekat dengan tempat kereta kabel, siap boleh berjalan lagi. In fact, sebelum ni saya selalu nampak view hotel dari kereta kabel...

kami checked in at 2.42pm

hotel ni macam chalet...rumah kecik kecik gini

biliknya.... boleh laaa...

balkoni...Shuk la yang lepak sini hisap rokok.

Kami mandi, solat dan lepas tu keluar laaaa ke Kuah...

tempat pertama : yup, Ismail group....kami beli teko yang memang kami nak beli, lepas tu terbeli sudip...hubby beli kain pelekat dan kain batik yang dia nak bagi kepada emak/emak mertua dia...ingat nak juga beli chocolate yang mekyah pesan, tapi decided to buy di jetty, sebab di situ selalunya memang lebih murah

Sebelum ke Jetty, ada satu shopping centre tau...kami tersinggah la pulak. Di situ kebetulan ada kedai Levis, Shuk pergi check, tengok tengok ada sale sampai 50%. Adoiiii...ada yang sesuai pulak tu, haaaa, hubby beli 2 helai sekali...dan mulai dari itu, bermula lah marathon membeli belah kami...kami tak sangka yang kami boleh berbelanja dengan begitu tidak berkhemah sekali.

Sewaktu menuggu seluar Shuk di potong dan dijahit ke kepanjangan yang tepat, kami round round shopping centre tu dan terbeli tshirt, dan baju...itu kecik aja tau.

Perbelanjaan besar terjadi bila kami masuk ke kedai cermin mata...adoiiiiii...sebenarnya kami memang dah lama nak beli rayban, tapi selalunya harga kat KL/shah alam memang la atas dari RM750 kan...tiba tiba di sini, tu diaaaa....boleh dapat RM600 beb, 400 lebih pun ada...

Hmmm, maka kami pun beli lah...satu aja, untuk saya, sebab Shuk could not find one that fits him..

Saya terus insaf lepas tu sebenarnya dan determine untuk tidak berbelanja lagi...kita pergi beli chocolate mek yah aja ye...okay, jom pergi jetty.

Saya dah lapar waktu tu pulak, rasa macam nak muntah pun ada...jumpa lak starbuck...sukaaa...minta chicken pie and kongsi air Shuk.



Lepas berehat di Starbuck, kami terus ke kedai chocolate...yeah, saya baca aja sms mekyah yang ditulis oleh Amalena tu, dan shop assistant tu tolong tunjukkan chocolatenya...alhamdulillah mudah sebab tak de pelanggan lain, ha ha ha.

Saya beli juga chocolate untuk di bawa ke office...tapi tak la sebanyak untuk mekyah...

Lepas tu pusing jettu, beli lagi tshirt..dan hubby paksa beli perfume...dia kata, beli ajalah, bukan senang nak dtg...so, beli....lepas tu, kami terpaksa lah pergi keluar sikit lagi duit...alolo

Kami ke pantai Cenang lepas tu, saja tengok tengok...lepas tu pergi cari kedai nak beli selipar, sebab kami nak g pantai lah esok kononnya...

sebelum masuk kedai, seperti biasa hubby nak oksigen dulu, so kami duduk lepak sat luar kedai, dan sempat snap gambar di atas...muka penat tu...

lepas tu, g beli selipar, and decided to makan kat luar hotel kami aja...yang ada warung tu.

Balik, makan...dan tidur...yooo, ponat...esok kami bercadang untuk mandi laut dan kolam, haaaa, sebab saya ada beli baju mandi muslimah yang baru...ha ha ha ha ha ha...okay lah, that's all for today...bubaiiii

1 comment:

  1. yeah! looking forward to this entry. ni belum baca lagi tapi dah comment terus! okay now i want to start reading the post cikbib! hahhaha.

    ReplyDelete