Tak tahu la fasal apa, tapi malasnya nak update blog niiii...
hmmmmm...saya nak kongsi fasal satu benda, yup, fasa kehidupan saya...setakat ni lah.
Pernah pada satu masa, saya membayangkan kehidupan saya pada masa hadapan adalah sebagai seorang wanita bujang, duduk di aparment saya tu, mengharung hari hari saya berseorangan, mungkin ditemani anak sedara, kut la ada yang sudi nak temankan saya...pangkat pun rasa macam tak kan naik naik..
Tiba tiba, jodoh saya datang...bila jodoh sudah datang, teringin la pula nak menimang cahaya mata...tapi sebab dah lama tunggu, tapi tak de juga, saya bersama hubby pula kali ini sering membayangkan masa depan sebagaiii..:
Kami berdua menjadi pasangan tua yang bahagia, saya akan bersara dengan jawatan yang lebih tinggi dari sekarang, insya allah, kami ada kereta Toyota Camry, ha ha ha, pagi pagi kami bangun solat dan pergi brisk walk kat tasek shah alam, pergi surau, join aktiviti agama/kebajikan dan berjalan ke seluruh dunia, insya allah. Semoga kami sihat ya allah dan tidak perlu menyusahkan orang lain...aamiiin.
In other words, kami sudah menerima takdir Allah yang kami mungkin tidak akan dikurniakan zuriat, dan kami bersyukur dengan apa yang ada, dan try to make the best with whatever we have.
Tapi pagi tadi, ada seorang clerk tu jumpa saya, tanya kat saya sama ada saya berminat untuk mengambil anak angkat...hmmm, saya confuse, call hubby and hubby was as confused as I was...mungkin kami perlu buat istikharah dulu, minta petunjuk dari Allah...
No comments:
Post a Comment