Thursday, August 30, 2012

My therapy session

Sorry sebab saya tidak sempat update blog ini semalam.

Semalam, saya perlu hadir ke sesi physiotherapy untuk kali ke 2. Hari ini juga saya telah pergi untuk sesi yang ke 3.

Sesinya tidak lah panjang, tapi sakitnya boleh tahan, ngilu dan lenguh tangan saya.

Selain saya, ramai lagi orang lain yang perlu menghadiri sesi ini, termasuk kanak-kanak. Oleh kerana saya berada di dalam tempat saya sendiri yang dihadang oleh tirai, maka saya boleh mendengar tapi tidak boleh melihat apa yang terjadi diluar.

Hampir semua kanak-kanak yang hadir menangis dan saya sangat suka mendengar para pakar physiotherapy tu dengan sabarnya melayan kerenah kanak kanak yang hadir. Saya juga suka mendengar kesabaran yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang datang...terharu.

Saya juga overheard conversation between a veteran footballer dengan pekerja di situ...sembang fasal bola lah.

Hmmm, waktu buat therapy tu, saya siap bawa dokumen untuk dibaca, untuk menghilangkan bosan menunggu.

Saya juga terfikir yang kerjaya sebagai physiotherapist ni boleh la di masukkan ke dalam list kerja kerja yang boleh dipertimbangkan oleh anak-anak sedara saya. Yup, kerja ini mulia, boleh tolong orang, boleh jumpa ramai orang dan rasanya tidak lah stress sangat. The main idea is, be kind to people, kalau kita layan orang dengan baik...orang pasti akan layan kita dengan baik semula..

I better go back to work, byeeee

Tuesday, August 28, 2012

Yang terbaik untuk saya

Waktu raya baru ni, makcik makcik saya did mention about their grandson, who has just got a job, but still single. And according to them, this boy is the quite type and rather shy. But he has a really good job.

Haaa...apa lagi kan..ada yang berminat? Wajah, hmmm, boleh tahan, memang baik orang nya, ada pekerjaan/pendapatan yang baik, masa depan pun insya allah cemerlang...memenuhi criteria tak?

Teringat saya pada satu masa dahulu di mana saya berpendapat bahawa masa depan/duit tu adalah yang paling penting. Ye lah, waktu tu kedudukan kewangan kita pun tidaklah bagus sangat, maka kita pun mengharap semoga dipertemukan dengan pasangan yang lebihkaya, supaya tekanan untuk kita dalam mencapai kedudukan yang stabil itu akan ditanggung oleh orang lain...boleh menempel orang punya kejayaan kan?

Ada juga ciri ciri lain saya saya impikan iaitu, orang tu mesti cakap orang putih lagi pandai dari saya...supaya dia boleh tolong saya yang tak pandai nih, dan saya juga cari lelaki yang suka bersukan/berdisiplin, supaya dia boleh tolong saya kuruskan badan...ha ha ha. Secara amnya, saya mahukan seorang yang boleh complement apa apa kelemahan yang saya ada.

Heeee...tapi takdirnya tidaklah begitu, Allah pertemukan saya dengan seorang yang hampir langsung langsung tidak ada kriteria yang saya impikan :

1) dia tidak kaya
2) dia sangat kurus dan tidak atheletic langsung
3) dia lagi tidak pandai cakap orang putih dari saya
4) dia lagi pemalu dari saya
5) dia tak punctual tahap gaban

Adoiiiii....dan satu satunya sebab kenapa saya pilih suami saya adalah kerana saya tahu dia adalah seorang yang mengutamakan solat...only for that reason.

Allah maha kaya, rupanya yang tidak sempurna itulah yang terbaik untuk saya dan sesungguhnya, saya belajar sangat banyak perkara apabila berkahwin.

Satu perkara yang pasti, yang paling saya suka adalah, saya boleh menjadi diri saya apabila bersama suami saya. Saya sangat selesa kerana suami saya tidak sentiasa 'menilai' setiap tingkah laku/keputusan/perangai saya. Sebaliknya, dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Ye lah, saya kan dah terbiasa dengan mak saya yanggg...haaa, duduk mesti camni, jalan mesti camni..nak hidang air mesti camni...so, bila saya dengan suami saya rasa sangat relax...rasa lega..tapi saya pulak yang treat hubby macam mak saya treat saya, ha ha ha...secara tak sedar,  I am becoming like my mother pulak

Walaupun suami saya tidak kaya, tapi saya perasan, setelah berkahwin, limpahan rezeki saya bertambah, alhamdulillah. Saya yakin itu adalah rezeki bersama di mana rezeki suami juga ada, tetapi disampaikan melalui saya.

Saya juga boleh berbincang banyak hal dengan suami dan dia juga sentiasa cuba membantu, dia adalah tempat saya mendapatkan khidmat nasihat. Suami juga amat tidak berkira dan sentiasa cuma berlapang hati...I really appreciate this since saya tahu saya adalah seorang yang agak sempit hati..ha ha ha, dah la sempit, kadang kadang busuk hati pun ada...haaaaa...sila baik diri ye cikbib

Suami juga mengajar saya supaya loosen up, tidak stress dan tidak terburu buru....lebih menikmati hidup...kurang risau, belajar redha dengan setiap apa yang berlaku.

Saya ni sebenarnya adalah jenis yang go getter, mesti dapat...mesti usaha sampai dapat...akhirnya, stress...apa kes kan...

Tapi suami juga ada berubah mengikut cara saya...dia lebih punctual, lebih berdisiplin...cara mengemas rumah juga sudah jadi cara saya (bila dia nak tolong laaa)...suka juga lah nak bersukan dan sekarang sudah hampir terikut dengan saya yang suka travel...

Hmmm...tengok tengok balik, heee, walaupun kita hidup lama, sebenarnya masih banyak yang kita tak tahu kan? Tu lah, ada orang cakap, sesungguhnya orang yang bijak, tidak akan sama sekali mengatakan orang lain bodoh, sebab orang yang bijak tahu bahawa masih banyak ilmu yang belum diketahuinya di dunia ini....

Okay lah, saya nak tidur dah ni, lunch hour ni..heeee, sesungguhnya tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan? Semoga saya tak kelahi dengan hubby lepas nih...selalunya, sesudah saya macam puji dia ke, atau rasa macam syukur kahwin dengan dia ke, tuhan saja aja bagi cabaran untuk kami dengan mengujudkan keadaan yang memerlukan kami berperang..adoiii, bila la nak berubah.



Monday, August 27, 2012

First Day At Work After the Long Raya Break

The office is very quite, quite a number of officers are still on Raya leave...

I checked my inbox, checked if there's anything that needs my urgent attention...ada hamper baru sampai juga, buka kotak kurma yang orang bagi juga...buka hamper lama dan susun balik...hmmm, ada officer baru datang, tengok applications baru...bla bla bla...70% sudah kembali kepada normal.

Hari ni saya puasa, insya allah.

I went back on Friday, 17 August to Chemor. I got myself mentally prepared for all the tasks that is waiting for me...yeah, mop rumah yang besar tu, masak, pergi pasar...menyapu compound pun iye juga sebab kakak belakang yang selalu tolong kami bekerja tu kurang sihat.

Aduhhh...ngeri betul bila ingat ingat, walaubagaimanapun, bila sampai, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan tuhan.

Yup, apparently my brother and his two sons went back a week before especially to do some cleaning of the house. Yup, depa pi bersihkan kipas la, sawang la...haaaaa....alhamdulillah, syukur, selesai satu benda. Terima kasih lah Abang Hab, Afiq dan Aqmal, semoga dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat, insya allah.

Petang Jumaat juga, Kak Cik and her family arrived. Yup, after they entered the house, my brother in law, Abang Radzi has instructed his troop to get the mop and started mopping the floor...Alhamdulillah, satu lagi bantuan sampai.  Semoga dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat juga kepada mereka yang telah membantu ini.

With Kak Cik around, kerja masak memasak telah kira selesai, juga kerja ke pasar.

Walau bagaimanapun, pada hari Sabtu, saya telah menyempurnakan apa yang perlu, mop lagi sekali rumah, kemas mana yang patut dan prepare apa yang patut untuk saya masak esoknya (saya akan masak ayam masak merah pada pagi raya).

Anak-anak Yong saya telah sampai juga pada petang raya. I can see some improvement lah dengan budak budak ni, heee, bukan apa, Azimah dengan Ina ada lah menolong di dapur. Alhamdulillah, ini adalah antara benda kecil yang membuat saya gembira, saya nampak sedikit kedewasaan dalam diri mereka...

How was my raya? Hmmm, okay lah. Actually, on the first day of raya, hubby was informed that his cousin in Bukit Mertajam passed away. That news really changed the whole thing, yeah, we just lost our excitement to celebrate the Hari Raya.

Despite that, everything went well. I managed to prepare my ayam masak merah on time, went for hari raya prayer, balik tu salam salam, bagi duit raya, and got myself prepared to go to Bukit Mertajam.

After that we were at Felda Ijok, celebrating our hari raya with hubby's family. The schedule was quite hectic where on the second raya we went Bukit Mertajam again and the day after that we went to have a picnic at Taman Tasik Taiping.

Kami balik ke Chemor pada hari Rabu, huh, jam gila kat highway waktu tu, tapi saya tidur aja, hubby lah yang drive.

Bila sampai Chemor, bermula lah marathon makan...isk, tak tahu lah nak cakap, tapi memang asyik makan aja. Mak saya, kakak saya, kakak ipar saya, semuanya cekap. Ada aja benda yang boleh dimakan.

Sebenarnya yang mereka masak tu sangat lah simple, macam goreng ikan aja ke, atau masak tumis ikan bilis dengan petai ke...masak main main, tapi bila makan, adoiiii, berselera aja.

Lagi satu, kebetulan, ada banyak pisang masak pulak waktu ni, haaaa, masak cokodok pisang, mak aiiiii, banyak mana masak pun, habis. Anak anak mekyah pulak telah request dekat opah mereka nak cucur pedas juga, haaaa, opahnya melayan cucu, lepas je solat subuh, terus prepare ramuan..sebab budak budak tu kata, opah punya cucur lebih kick dari biasa.

Kami juga berjalan melawat makcik/pakcik yang tinggal di Ipoh pada hari Khamis..dan seperti biasa, adalah best. Bukan sebab apa, tapi untuk berbual dengan makcik/pakcik kami ni, memang selalunya best. Kuih pun best...kat rumah mak uda, nasib baik tak habis biskut cornflakes bersalut coklat mereka...

Kami ada singgah rumah kakak di Ipoh juga...haaaaa, makan lagi. Kakak tak masak apa pun, cuma buat ikan masak sambal. Yang lain, semua nya lauk semalam...ha ha ha, adake lauk semalam dia hidang? Tapi dekat adik beradik kan, biasa lah, tapi alhamdulillah, semuanya sedap, dan semua pun kenyang.

Daripada rumah kakak, saya dan mekyah telah berpecah. Kami ke KK, mekyah pula pergi rumah kawan lama di Gunung Rapat.

Saya ke KK untuk beli kuali leper untuk masak roti jalaa...haaaaaaa.....beli juga benda lain macam tempat letak pinggan untuk emak, gantikan yang lama yang dah berkarat tu. Sebab perut dah sarat, kami decided not to eat laksa...takut perut pecah.

Esoknya, Jumaat, kami balik ke Shah Alam. Sian mak saya, nampak la dia sedih sikit kali ni, mungkin sebab kami team yang last kut, lepas kami balik, emak memang tinggal sorang.

Waktu balik, kami singgah di Sg Buaya untuk beraya di rumah Abang Hab. Makan lah lagi kan..menu simple tapi sedap...lepas tu tangkap gambar dan balik.

Haih..akhirnya best juga raya saya kali ini. Iye nya adalah lebih special sebab kali ni saya berjalan dengan kakak saya mek yah dan anak-anak mereka yang meriah. Bukan apa, selalunya saya berjalan dengan abang Hab saya atau kakak dan abang hatta sebab mekyah ni selalunya lebih suka duduk aja di Chemor.....heee, setiap raya pasti ada istimewanya kan.

Seterusnya, hari Sabtu dan Ahad digunakan untuk mengemas rumah...

Saya juga managed to tried the kuali leper for roti jala...yeah, jalan, memang boleh masak, he he...tapi kalau dalam kuantiti yang banyak, uihhh, jenuhla nak menjala sorang sorang.

Ehhhh, okay lah, panjangnya....Selamat hari raya semua, Maaf Zahir Batin.








Sunday, August 26, 2012

Back from the long Hari Raya Break

Saya dah balik...tapi tak sure nak tulis apa...no mood.

Sebenarnya saya dah balik Shah Alam hari Jumaat, semalam dan hari ni, kononnya nak kemas rumah..haih, tak tau lah kenapa, tapi tak sempurna aja kerja nya...tapi 80% siaplah.

Esok kerja, alhamdulillah ada kerja kan...haaaaa, cuba mempositifkan diri yang kurang rajin ni.

Esok nak posa, insya allah.

hmmmm...itu lah dulu...nanti bila mood datang, saya tulis cerita yang best sikit ye..bubaiiii

Friday, August 17, 2012

Raya 2012 : Last Post

Yeeehaaaa...yeah, selamat hari raya.

Sekarang ni jam 1 pagi. Saya dan hubby baru balik dari merendek sekeliling Shah Alam untuk melihat keadaan malam sebelum raya. Believe it or not, Shah Alam sudah sunyi. hampir semua kedai sudah tutup kecuali kedai mamak.

Kami pergi ke kawasan seksyen 7 di mana Jakel berlokasi. Yeowwww, ada jualan gudang rupanya. yeah, ada jual karpet. Kami pun masuk dan seperti biasa, terbeli la karpet satu...ha ha ha

Lepas tu, kami ronda lagi, and decided to have some drink at Syed Seksyen 4. Sebenarnya kami nak pergi tutti fruti, tapi tutup la pulak. Hmmm, ordered teh tarik 2, roti telur satu dan roti bawang satu.

Tengah sembang sembang, tiba tiba jumpa kawan kerja pulak, haaaaa, rancak la bergossip. Lepas tu, balik, dan update blog nih...ha ha

******************************************************************************

Let's go back to what happened this morning ya. Yeah, I woke up for my sahur, solat subuh and processed the chicken bought by hubby on Wednesday. I finished the task at around 8.15 and went to have my bath, yeah, I have got doctor appointment.

Ooo, leganya after seeing the doctor. He checked my hand, asked me to have my hand x-rayed, and concluded his diagnosed after that. According to the doctor, a nerve that is located between  two of my bones was 'terkepit'...and that is the caused of my hand pain.

I need to see him again after 3 weeks but he asked me to have my first therapy right after that. Hmmm, the whole sessions ended at alsmot 12.00 pm and I have to attend a few other therapy sessions later...huh, maybe that will help me to adapt with hospitals/clinics...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

After seeing the doctor, we went Giant Seksyen 13...yeah, membeli dan membelah. Hmmm, beli beras la, beli nescafe la, beli teh la, beli sabun basuh pinggan la...

Sesungguhnya kerja membeli ini telah saya lakukan sejak saya belum kahwin lagi. Sebelum kahwin, saya hanya beli untuk rumah emak saya di Chemor saja, tapi sekarang, sudah bertambah satu rumah lagi. Hmmm, mungkin nampak simple kan, tapi pernah sekali tu, hubby minta tolong adik dia kat kg untuk membeli barangan yang perlu, tapi adik dia tak boleh figure out what to buy...hmmm...rupanya membeli ni pun memerlukan sedikit kreativiti...tak senang sangat.

Beli beli beli, waktu bayar dah ngeri, ha ha ha...tak pe, cuba menasihat kan hati sendiri untuk ikhlas dan yakin lah bahawa rezeki itu dari Allah...sila ikhlas ye cikbib.

Lepas tu, kami pergi upload touch n go, dan terus balik rumah. Sampai aja, terus solat dan tidur, sebab penat giler. Sepatutnya kami balik lepas solat Asar, tapi sebab hanya bangun tidur pada jam 6.00...haaaa, buka aja lah puasa di rumah. Saya masak tumis ikan bilis...ha ha...sedapppp

=======+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malamnya, lepas solat tarawikh, kami keluar lepak. Sekarang dah balik, pening tengok rumah berselerak...saya kena kemas barang lagi lepas ni sebab kalau tangguh, mahu tak balik pulak pagi esok..haih.

Okay lah...Selamat Hari Raya semua, jumpa lagi lepas raya.

Period!!

Adoiiii, I was involved in a very stressful conversation today! Decided to stop it, period!! The conversation was really such a waste of time, and bad to my heart and blood pressure...I have told myself over and over again not to get involve...even hubby reminded me, but sometimes I just loose control..haaaa, serve me right.

Anyway, decided that enough is enough...even though my fingers are trembling now, I feel like typing and answering...Dear God, help me...


Tuesday, August 14, 2012

another one to go

It's almost 2.00 o'clock. Two meetings finished, another one to go. I hope I can keep my eyes open.

The first two meetings have discussed more than 300 cases, phuhhh, ponat.

Tak pe lah, lepas ni, boleh happy happy...ha ha ha...

Hari hari sebelum raya 2012

It's 2.30 am...I have just finalized a letter which I am supposed to send ASAP...tapi lepas Maghrib saya telah tertidur, sampai pukul 12.00 malam...hikssss....tak tahu lah kenapa tak larat sangat, mungkin sebab aircond tak de kat ofis tadi kut, dan saya memang sangat alah dengan keadaan panas, terus jadi penat.

Esok adalah the last meeting day sebelum raya. Esok juga ada kes sensitif...semoga dapat diselesaikan dengan baik. Tadi, waktu drive balik, boss sudah call, tanya fasal paper tu. Rupanya co. sudah call mgmt....minta pertolongan lah tu. Saya pun sebenarnya sudah berserabut nak buat apa. Kalau ikut polisi memang la tak boleh bagi...tapi apa pendirian J/k? Tak clear lah, akhirnya kami decided untuk buat open end, subject to whatever committee decides...hmmmm...doakan lah semoga semuanya selesai, so that my officer and I can celebrate hari raya dengan seronoknya, insya allah.

Tadi, saya telah ke klinik untuk check tangan saya yang sakit tu. Sebab tak baik baik juga, doktor suruh jumpa doktor pakar...jenuh doktor yang saya jumpa tadi refer balik kat buku dia, apa ke penyebab sakit saya ni kan. Tempted aja nak suruh doktor tu guna google/internet instead...tapi kalau saya pandai pandai cakap karang, doktor tu marah pulak. Apa apa pun, sebelum balik kg pada hari Khamis nanti, saya akan jumpa doktor dulu di Selangor Medical Centre, semoga mereka boleh diagnose penyebab sakit tangan saya ni, dan kemudian, insya allah boleh diubati.

Saya ni ada penyakit di mana saya sangat sangat sangat takut jumpa doktor, tapi sebab dah berpanjangan sakit ni, saya pun rasa tak selesa, saya rasa saya memang patutlah pergi...doakan semoga semuanya akan berakhir dengan baik, insya allah

hmm, esok kena bangun pagi sahur...oleh kerana itu, walaupun saya sudah tidur 4 jam sebelum ni, adalah lebih baik sekiranya saya tidak tidur lewat sangat...sebab saya perlu save energy untuk meetings day juga...tak sabar nak habis kan semua kerja esok sebenarnya...Semoga dipermudah kan, insya allah.

Sunday, August 12, 2012

Hari Minggu Terakhir di Bulan Ramadhan 2012

It is now 8.00 in the morning, and here I am, in front on my laptop, with a cup of coffee, in the month of ramadhan...eii, nampak jahat kan? Tapi saya perempuan, yup, I am not fasting today, but I did wake up to prepare sahur meal for hubby. Right after subuh, hubby went back to sleep while I straight away started with my project before raya that is to clean up my kitchen cabinet.

It has been three years that Shuk and I lived here and this is the first time that I carry out a spring clean in my kitchen..he he, itu tandanya saya adalah seorang yang sangat rajin.

Sebenarnya semalam saya sudah buat separuh, hari ni saya buat separuh lagi. Actually the condition is better than what I anticipated..yeah, I have seen worse. Alhamdulillah, adalah habuk sikit...tapi tak de la banyak benda benda lain yang mengerikan, (saya tak suka cakap benda yang tak baik...so, tahu tahu sendiri lah ye).

Saya banyak juga buang benda, sampai hubby tegur...tapi saya tak larat dah nak simpan sebenarnya. Benda yang saya buang adalah bekas plastik yang kita dapat bila beli ABC ke, pengat ke...macam tu macam tu lah...tak sangka la banyak, tapi bila himpun dalam satu plastik besar, haaaa, tu dia, patutla rasa rumah berselerak.

Ada juga pan yang saya dapat waktu kahwin, tapi tak pernah guna pun. Saya tak suka dapur berselera, so, saya hanya guna satu kuali dan satu periuk kecil aja. Yang tu ajalah yang di ulang ulang guna, therefore, yang lain tu tersimpan ajalah.

Hubby sure marah kalau saya suggest nak let go yang tu..so, I better keep quite.

Saya sudah lap kitchen cabinet, basuh harta karun yang di dalamnya, lap juga dan sekarang ni tengah keringkan...yup, pastikan kering sebelum masuk lemari/kabinet ye...tapi kerja-kerja sudah 80% siap, legaaa, hati pun macam rasa ringan...ada kepuasan yang tak boleh diceritakan bila kita tahu yang sesungguhnya kabinet dapur kita tu bersih, walaupun tidak nampak dil luar...alhamdulillah, baru lah rasa macam nak raya kan?

Saya juga sedang basuh cadar...basuh telekung..yeeee, masanya lah kan, sebulan sekali...tapi masih banyak yang belum selesai..heeeeee, ini baru dapat rumah sebesar 20 X 70 kaki persegi..kalau duduk kat Jewelry, lagi lah penat mengemas.

Saya nak cari bunga lepas ni, ganti bunga lama yang kakak saya bagi waktu saya pindah rumah dulu..it's about time lah. Beli bunga ni pun boleh kelahi dengan hubby juga, dia suka bunga besar, saya suka bunga kecil. Dia juga asyik suruh saya beli vase yang besar tu untuk hias rumah...saya pulak asyik tanya, nak letak kat mana??? Rumah saya ni, setiap sudut dah ada benda...bunga yang ada pun dah cukup saya rasa...

Lagi satu, hubby suruh beli gak lemari perhiasan tuh...haaaaaaa....nak letak kat mana ni? Lagi satu, takut tak termaintain aja, jadi berselerak.

Negative sangat ke saya nih?...ha ha ha, tiba tiba rasa rumah ni dah kecil....perlu rumah besar lagi ni? haaaaa? biar betul....bawa bersyukur dengan apa yang ada cikbib...





Thursday, August 9, 2012

Sudah Mali

Ada seorang kawan saya yang baru melangsungkan perkahwinan baru ni. Kawan saya tu sudah berumur hampir 50 tahun..so, saya pun mengajukan soalan "macam mana puasa tahun ni dengan title sebagai isteri?'

Jawapan? ..he he 'dia kata, ada best, ada yangggg, tak la best sangat. Ye lah, waktu bujang boleh mengelat, sahur kalau malas, minum air aja...tapi bila dah kahwin, kena lah masak sikit atau panaskan, lagi satu yang leceh, haaaa, waktu period pun kena bangun juga...kalu bujang kalu, haaa, usah harap nak bangun'.

Heee..saya pun ada juga rasa yang macam tu sebenarnya, tapi bila saya cakap benda camni dekat suami, dia sikit pun tak de rasa bersalah sebab saya perlu bangun sebab nak make sure dia bersahur..he he..se dia cakap camni " tak pe lah cikbib, I can take care of my sahur time, cikbib boleh tidur"...tak ke heaven?

Instead dia jawab cam ni " tak pe cikbib, melayan orang makan sahur ni ganjarannya sama macam orang yang berpuasa"...ye ke? atau dia saja nak bagi saya senang hati...

Tapi saya rasa suami saya okay juga, dia sangat simple dan cuba memudahkan saya dalam banyak hal. Sebagai contoh, semalam, kami tidak makan nasi waktu berbuka, dan saya pula, lupa untuk memasak nasi sebelum tidur. Bangun pagi, saya pun tergesa-gesa lah, ye lah, nak masak nasi pulak kan. Walau bagaimanapun, bila saya masuk dapur, tengok tengok hubby dah masakkan nasi...tak ke terharu? saya tak suruh pun...hubby masak sendiri...thank you nana..ha ha

Okay lah...sedikit cerita sahur kami berdua...



Wednesday, August 8, 2012

Buruknya Orang Dewasa Merajuk

Hari ni hari ke 19 berpuasa, dan saya belum lagi tinggal, alhamdulillah...tapi tanda tanda bakal terjadinya ketidak berpuasaan itu memang sudah ada, contohnya, cerita telekung tu laa.

Isk, saya pun tak faham kenapa emo sangat, haih, penat dengan perangai diri sendiri. Saya tidak suka nak fokus dengan benda yang negatif ni sebenarnya, so, decided to berdoa semoga dilupakanlah perkara ini, dan diberi kesabaran diri yang lebih.

Satu lagi, saya tak tahan nak tengok telekung yang ada tu, rasa geraaam aja...teruknya perangai.

Anyway, hubby pujuk...dia kata "itu telekung aja cikbib, tuhan ada bagi banyak benda lain dengan cikbib, tapi, kalau nak, nanti saya beli yan berganda lebih baik"...terpaksa lah hubby pujuk seorang yang bukan budak-budak ni lagi...sian dia.

Anyway, hari hari saya adalah biasa, dengan meetings back to back semalam dan macam biasa, selepas hari yang panjang dan mencabar seperti itu, malamnya, lepas Maghrib, waktu break tengok berita dan tunggu hubby mandi, saya terlena. Bila terbangun dalam pukul 9, saya rasa lost betul, kat mana aku nih...hmmm, tengok tengok, pakai baju kurung dan tak mandi lagi.

Di tv waktu tu ada program 'Hello Bro, Tolong Masak (HBTM)'. Huh, semangat, nak tengok sat, ingatkan lepas tu baru mandi, tengok tengok lelap balik, pukul 9.30 baru bangun balik...hu hu, tak tengok langsung HBTM tu. Tak pe lah, lepas tu, saya mandi, solat isyak, solat tarawikh sorang sorang dan turun balik, tunggu Azizul Hasni berlumba'....

Semalam juga kami tidur aja depan tv, reason? hubby nak tunggu kut final 200m ada malam tadik...apara, tengok la schedule kat internet...rupa-rupanya bukan semalam.

Anyway, kehidupan kami rasa macam memerlukan lebih ahli supaya lebih ceria kan?..

Monday, August 6, 2012

Dissapointed!

Hari ni, ntah lah, mungkin PMS kut, tapi saya sedih giler, sampai solat tarawikh pun macam tak berapa fokus.

Sebab?

Waktu di Bandung, saya ada pilih satu telekung ni. Setelah memilih, saya minta suami saya tolong 'bargain' harga.

End up, keluar kedai, hubby beli tiga pasang telekung, dia kata, satu untuk saya, satu untuk mak chemor, dan satu lagi untuk mak ijok. Saya pun okay aja, ingat dia beli yang sama seperti yang saya dah pilih.

The thing is, bila saya tengok balik tadi, saya dapati telekung yang saya dapat, tu, bukan yang saya pilih dulu..mak aiii, sedihnya...

Rasa geram sangat dengan suami, dia suka buat keputusan sorang sorang, tak cerita the full story...isk....

Sekarang ni, saya cuba menenangkan diri...cuba fikir yang benda tu hanya lah telekung. Benda tu dunia aja kan...haih...tapi masih gerammmmm!

Friday, August 3, 2012

Azimah is 18 Today

I just found out that today is Azimah's 18th birthday. Azimah is the youngest daughter of my eldest sister.

I checked my photos database but could not find any photos of her.  Anyway, I know she doesn't like her face to be captured...

I wish all the best for her future undertakings. Please take one thing at a time dear, and do not worry so much about the future. What you have to do now is focus on your studies and try to get as much as experience as to become a better person. Let god/fate takes care of the rest.

I do not know whether Ima likes me or not (ha ha) because she seems to avoid me whenever I am around. Bukan lah avoid macam mana, tapi sebab dia quite kan, so terasa macam dia avoid lah pulak.

But maybe she got it from me since I was very shy myself when I was younger. Yeah, lack of self confidence and simply dislike the presence of others. But I changed once I grow up, develop my self confidence and understand more about life. I discovered the joy of being around family and friends and now I simply dislike the idea of having to spend my time alone.

But one thing for sure, this girl, Azimah, can really write. I wonder if she could really become a blogger one day and make it as a source of income? hmm, kan dah ada option tu Ima? Maybe you can seriously think about it.

Hmmm. I used to ask her to take up Journalism so that she could travel around the world (that is what I want to do actually, suruh orang lain buat pulak kan?)...but her response was...no response, ha ha ...

I know you are reading this Ima and I want you to know that no matter what, no matter where, you will always be the niece I love. Have a happy birthday with your sisters.

Wednesday, August 1, 2012

Berubah Kepada Yang Lebih Baik?

Saya kenal kedua-dua suami dan isteri ini, dan kedua dua nya masih muda dan baru 2 tahun berumahtangga. Mereka berkahwin setelah agak lama bercinta (dalam 5-6 tahun) dan proses perkahwinan mereka juga tidaklah mudah kerana kedudukan kewangan yang amat terhad.

Walau bagaimanapun, selepas berkahwin, sang suami telah mendapat pekerjaan yang lebih baik. Saya dapat lihat secara fizikalnya/kewangan yang mereka telah 'improve'.  Mereka mampu membeli kereta sendiri juga gadget-gadget lain yang menjadi kegilaan orang muda. Walau bagaimanapun, mereka masih belum dikurniakan anak.

Apabila bersama, mereka saya lihat amat mesra dengan nama-nama manja yang digunakan (baby la..ayang la...)..heeee. Cuma, mereka terpaksa berpisah pada hari bekerja kerana sang suami terpaksa bekerja di tempat lain.

Baru-baru ni, saya telah menerima berita yang mereka telah bercerai. Saya secara peribadi tidak lah terkejut, walau bagaimanapun saya merasa sedih dan sedikit kasihan, lebih lebih lagi ke atas sang isteri.

Saya telah diberitahu bahawa sewaktu proses perceraian, sang isteri kelihatan begitu determine untuk bercerai dan merasakan tiada langsung ruang untuk mereka kembali sebagai suami isteri. Sang suami juga telah memberikan reaksi yang sama, "yeah, ekau tak mahu sekali, aku tak mahu kat ekau seratus kali"...ye lah, dua dua tengah emosi kan...tiada kompromi lagi pada waktu itu.

Melalu facebook, saya dapat lihat bahawa sang isteri masih secara aktif mengikuti perkembangan keluarga sang suami-ex. Saya juga diberitahu bahawa sang isteri, mungkin dalam usaha untuk mengubati hati yang lara, telah banyak mengembara dan salah satu lokasi yang telah dilawati adalah kolej di mana adik iparnya (x adik ipar lah sekarang) belajar di Kelantan...jauh tu....

Sang suami pulak tak nampak apa-apa aktiviti di dalam facebook...tapi ada yang memberitahu bahawa salah satu punca kepada perceraian mereka adalah sang suami mempunyai kawan perempuan lain di tempat dia tinggal sewaktu bekerja.

Cerita ini cerita biasa, tiada yang istimewa. Cerita perkahwinan yang gagal, cinta yang putus di tengah jalan.

Saya mempunyai ikatan persaudaraan dengan pasangan ini, oleh kerana itu, jauh di sudut hati saya mendoakan yang semoga mereka akan kembali bersatu.

Sebagai perempuan, saya membayangkan perasaan sang perempuan, mesti sedih apabila tiada lagi seorang yang bernama suami untuk menjadi penguat diri untuk hidup di dunia ni. Walau pun mungkin sebelum ini mereka memang sudah biasa tidak bersama, terpisah kerana kerja, but believe me even to have the 'taught' that someone is loving you and really care about you from far is enough to give you some 'strenght' to carry on...helps to cheer up your day...

Sang lelaki pula...hmmm, sekiranya memang ada pengganti, pasti ruang untuk mereka rujuk kembali adalah agak sukar

Hmm...cerita dunia ni macam macam kan. Apa yang pasti, saya yakin sang perempuan tadi banyak belajar dengan apa yang berlaku..insya allah dia akan menjadi manusia yang lebih baik selepas ni.

Yang lelaki pulak...saya doakan yang sama...semua pengalaman akan membentuk diri kita pada masa hadapan..semoga kita sama-sama belajar, insya allah.