Monday, April 25, 2016

Tingkat 9

Assalamualaikum.

Hari ini, hari Isnin. Selalunya, pada hari Isnin, saya adalah lebih cergas dan mata selalu terbuka sahaja. Walau bagaimanapun, hari ini, saya berasa mengantuk. 

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah turun sebentar ke bawah bangunan untuk membeli buah dan telah mengambil keputusan untuk naik tangga ke tingkat 9. Sudah lamaaaaaa saya tidak buat aktiviti seperti ini kerana sewaktu kami berpindah ke bangunan sendiri di KL Sentral, kami hanya dibenarkan menggunakan tangga sewaktu fire drill. Pada masa yang lain, kami memang perlu menggunakan lif.

I was sceptical at first on whether I could climb up to level 9 or not. Ada banyak perkara yang saya fikirkan. Yang pertamanya, pernafasan, saya risau kalau saya "breathless" , atau pun susah nak bernafas sampai lemas ke. Yang keduanya, saya risau juga part jantung/tekanan darah, ye lah, dah berumur ni, macam-macam boleh jadi. Yang ke tiga nya lutut saya yang cedera dan tidak berapa kuat tu serta kaki juga, yang perlu bertahan untuk membawa seorang yang seberat saya ni. Seterusnya adalah kenyataan yang saya akan naik tangga tu berseorangan, ye lah,  what if anything happen to me when I was alone.

And yeah, after considering all that, I decided to be more careful but continue with my climbing. Unlike when I was younger, I did stop to catch my breath twice, on 3rd and  6 th floor. And alhamdulillah, I arrived safely on 9th floor and went straight to the fan because it was damn hot!

Hmm...will I do that again? I don't know, but maybe I should consider doing it as part of my exercise. I know my colleague Saf is doing it...maybe I should seriously consider doing it..

Okay lah, itu aja untuk hari ini.

Monday, April 18, 2016

18 April 2016, Tentang Kuah Dal dan Bowling

Assalamualaikum.

Hari ini, 18 April 2016.

Saya bersiaran di depan tv, tengok berita TV3 dan mata saya sebenarnya sangat mengantuk dan seperti biasa, cuaca adalah sangat panas.

Cuaca siang tadi adalah baik/cerah, tetapi agak panas. Gunung Kinabalu ada menunjukkan dirinya selepas subuh dan oleh kerana tiada jerebu, saya dapat melihat dengan jelas laut dan pulau daripada tingkap bilik saya, alhamdulillah.

Oh, saya masak bihun goreng untuk sarapan, yup ada gambar...


yippiee....saya buat bihun tu, dapi suami saya telah potong cili yang letak kicap tu. Dia kata, kalau ada kenduri kat kampung, orang makan bihun dengan cili dan kicap tu (aishhh, saya cakap cili instead of cabai you...).

Saya juga ada ternampak gambar roti canai banjir di dalam instagram Hanis Zalikha. Alamak, terus teringin nak makan roti canai banjir (kuah dal) dengan sambal ikan bilis. Terus wassup suami dan suami terus kata "kena la buat sendiri cikbib, kat KK ni kat mana nak dapat?"

Saya pun terus minta suami tolong rendam kacang dal supaya saya boleh masak kuah dal. Suami pula, telah singgah di Bataras (macam Giant kecik kat Sek 18 Shah Alam tu) untuk beli roti canai segera.

And you alls, hari ini saya telah masak kuah dal buat kali pertamanya di dalam hidup saya. Suami saya kata, rasanya boleh tahan, kecuali rasa udang keringnya lebih sikit, tapi masih ok. Mari kita tengok gambo...

yup, saya makan roti canai segera dengan homemade kuah dal dan sambal ikan bilis yang saya buat Sabtu lepas. And yeah, ada bunga kecik tu sekarang ni di atas meja makan kami, baru beli jugak tu, beli di One Borneo.

Dan semalam saya dan suami ada pergi main bowling di One Borneo. Kami sebenarnya mahu berjalan-jalan menghabiskan masa sebelum pergi makan nasi dengan sup ikan/tomato, jadi, bila berjalan-jalan tu, masuklah tempat main bowling tu dan saya saja main satu game. Suami saya sakit tangan jadi dia tidak boleh main.




heee....saya punye score adalah 121...kira okay lah tu sebab selama ni saya nak achieve 75 pun susah.

Lepas itu kami pergi makan sup ikan dan tomato tuuuu...


Hmmm, kali ini sup nya memang panas dan nasi pun panas. Pernah sekali tu kami pergi agak lambat dan sup nya kurang panas, jadi agak kurang sedap sedikit.


Kami lapar, jadi memang kami berselera. And yes, cabai burung itu adalah wajib untuk menambah kick sup ini.

Hmmm...sampai di sini dululah ye...saya nak tidur sat dan bangun solat sikit lagi...have a productive days ahead guys...

Friday, April 15, 2016

Jumaat 15 April 2016 - MIL

Assalamualaikum,

Hari ini hari Jumaat, 15 April 2016, jam 11.50 tengahari, waktu rehat untuk makan tengahari pada hari Jumaat di KK.

Hari ini, saya duduk sahaja di ofis dan update blog ni. Ingatkan nak pergi main boling tadi, tapi tak jadi pulak, sooo, kita lepak-lepak kat ofis ajalah. 

Cuaca adalah lebih baik pada minggu ini sebab hujan ada turun untuk membersihkan udara daripada jerebu. Pagi tadi, Gunung Kinabalu kelihatan dengan gah nya dan matahari juga memancar, alhamdulillah.

Saya pulak, sihat alhamdulillah, tetapi ada mata ikan di lidah saya yang membuat saya sedikit bad mood dan kurang selera makan (alhamdulillahhh, bukan senang saya ni nak hilang selera makan). Saya dapati badan saya ni macam panas dan perlu ambil jumlah air yang lebih daripada biasa. Sebenarnya saya ni rajin minum, tapi malas nak pergi toilet kalau minum banyak. Tapi sekarang ni saya tak peduli, saya minummmm aja. 

Seperti yang selalu saya tulis, antara perkara yang terpaksa kami lalui bila tinggal di KK adalah rindu kepada ahli keluarga juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan ahli keluarga. Dan, berita mengenai emak saya yang sakit gigi baru-baru ini, walau pun kecil, adalah agak menyentuh hati. Baru-baru ini pula, kami telah mendapat berita terkini mengenai MIL. Menurut adik ipar saya, ingatannya MIL saya mengenai perkara-perkara masakini adalah semakin berkurangan.

Ingatan MIL mengenai perkara-perkara yang dahulu adalah sangat baik, walau bagaimanapun, perkara-perkara yang berlaku masakini, agak susah untuk terlekat di fikirannya. Ini mungkin bukanlah perkara yang perlu di risaukan sangat tetapi sekiranya ianya sampai menyebabkan beliau lupa untuk makan dan seterusnya menjadi lemah, adik beradik suami saya mula lebih mengambil berat. 

Dan, bagi saya, yang paling menyedihkan adalah apabila MIL saya sendiri turut berasa sedih apabila dia menyedari tentang masalah yang dialaminya. Bila dia sedih macam tu, saya pun jadi sedih la juga.

Tapi ye lah, Allah bagi yang ini dan Allah ambil yang itu...kita perlu hadapi, redha dan banyak berdoa. Kami di KK, jauh. Tapi, adik beradik yang lain ramai yang sudah merancang untuk balik melawat MIL hari ini. Mungkin perlu ada jadual yang lebih terancang pada masa depan di mana pada setiap minggu, ada satu keluarga yang bisa melawat supaya MIL tidak sunyi.

Atau pun mungkin sudah masanya MIL tidak lagi tinggal sendirian, yup, dia pastinya memerlukan lebih perhatian dengan keadaan nya itu.

Semoga semuanya dapat dilalui dengan baik buat emak saya, juga emak mertua saya. Mereka adalah wanita-wanita hebat yang telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam hidup. Pelihara mereka Ya Allah, kasihanilah mereka, permudahkanlah semua urusan mereka dan kurniakanlah mereka pengakhiran yang baik. Aamiin

Wednesday, April 13, 2016

13 April 2016, Balik dari Kundasang

Assalamualaikum.

Hari ini 13 April 2016 (Rabu), jam 9.47 malam dan saya bersiaran daripada Taman Sri Kepayan KK, depan tv. Suami saya telah memilih siaran Astro Maya untuk menonton Otai Masih Berbisa. 

Kami baru balik daripada Kundasang sebab saya ada program di sana. Dan alhamdulillah, hujan telah turun pada kedua-dua malam kami di sana (Sabah sudah lama tak hujan ye). Kundasang yang memang sejuk tu semakin sejuk lah jadinya, siap berkabus. 

Gunung Kinabalu ada menunjukkan dirinya pada hari ke 2 kami di sana. Kami tinggal di Hotel Heritage dan yang seronoknya adalah boleh melihat puncak Kinabalu daripada katil bilik hotel kami...heaven.

Balik ke KK, kami keletihan, jadi kami telah tidur pada petangnya. Pada malamnya, saya sempat blog hop dan telah terbaca post mengenai ibu kepada blogger Peej tidak sihat. Doa saya semoga ibu Peej cepat sihat.

Saya berhenti di sini dulu ye...macam blur dan kekeringan idea, mungkin sebab KK pun kering kan..semoga hujan turun dengan lebih kerap...

Okay people...jumpa lagi on my next post

Monday, April 11, 2016

Salam Isnin - 11 April 2016

Assalamualaikum.

Happy Monday people! 

Hari ini cuaca lebih baik di KK sebab akhirnya hujan yang agak lebat turun semalam. Gunung Kinabalu juga kelihatan dengan gahnya hari ini. Alhamdulillah.

Tengahari ini juga saya akan ke Kundasang sebab ada program sehingga hari Rabu. Semoga dipermudahkan semua urusan kita kita semua dan semoga semuanya akan berakhir dengan baik.

Have a productive days ahead..

Sunday, April 10, 2016

Hari Minggu, 9-10 April 2016

Assalamualaikum.

Saya sekarang ini sedang menonton NONA. Cuaca di KK adalah sangat panas (33 Degree Celcius). Suami saya kurang sihat jadi dia tak de mood sikit. 

Sebenarnya kami telah dimaklumkan bahawa terdapat masalah bekalan air pada hari Sabtu, 9 April 2016. Oleh kerana itu, kami telah mula bersedia pada hari Jumaat lagi di mana semua baju sudah di basuh dan semua baldi juga sudah dipenuhkan. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, berita yang tersebar itu rupanya tidak berlaku. Oleh kerana itu, hidup menjadi lebih selesa lah.

Semalam, saya bangun awal untuk menyediakan sarapan. Saya buat cokodok dan goreng karipap yang saya sudah sejuk bekukan...ada gambo..


Hah, ada kawan yang request gambar karipap yang kononnya elok sikit dari yang sebelum tu kan. Kira boleh la, kulit nya nipis sikit dan saiz lebih standard.

Kami keluar rumah dalam jam 10 pagi sebab kami merancang untuk ke kawasan berdekatan Sepanggar. Saja nak tengok kawasan tu dan cari Restoran Seafood Gayang, nak tunjuk dekat suami lokasi Lokan Bakar, Kelapa Bakar dan Jelly Kelapa yang sedap dan seterusnya makan di Restoran Sri Keningau.

Tapi sebelum itu, kami ke One Borneo dulu. Kami pergi tanpa ada ada tujuan pun, tapi tiba-tiba teringat untuk beli botol untuk buat roti jala itu. Saya cari di Parkson, tapi tiada, jadi saya saja tanya adik yang bekerja di Parkson tu dan dia cadangkan saya mencari barang tersebut di DIY.

Sooo...pencarian berhasil..


Saya beli 2 sebab saya belikan untuk kawan ofis saya juga.

Tapiii, keluar aja dari DIY, suami kata yang kita perlu pekena kopi dulu Cikbib, sooo, kami ke Star bucks..


Hah...orang kampung duduk kat Starbucks kan. Kami beli Macchiatos tu, tapi too sweet for us lah, we prefer latte. Sebenarnya suami saya telah tiba-tiba sakit kepala sewaktu keluar daripada DIY tadi, jadi nya, saya telah sempat ke 7 Eleven sat untuk beli panadol dan air mineral. Lama juga kami lepak di sini sebab nak bagi Shuk relax sikit...tutup mata sat.

Selepas itu...kami pun memulakan lawatan kami ke Sepanggar. Sebenarnya saya dah banyak kali pergi, tapi suami belum pernah lagi. Kami tengok aja tempat itu dan hanya singgah makan tengahari di Sri Keningau.

Kami balik ke rumah selepas itu dan alhamdulillah, hujan turun sedikit, sehingga basahlah juga bumi Sabah ni sedikit. Semoga akan turun hujan yang lebih lebat/lama, selepas ini. Bumi Sabah sedang dilanda jerebu sekarang ini dan suhu adalah tinggi/panas.

Hari ini, saya bangun pagi dan telah sediakan roti jala menggunakan botol yang saya beli semalam


Roti jalan itu di makan dengan kari minggu lepas...ha ha ha ha. Hmm...okay lah juga bila saya buat roti jalan kali ini compare dengan waktu saya buat di Shah Alam dulu. Sampai menangis saya buat waktu tu sebab saya gunakan acuan yang macam cawan tu, yang kurang "user friendly" sikit. Lagi satu, di KK ni, saya guna kuali non stick yang elok sikit, jadi masalah melekat tu memang tiada. Tapi sifat malas dan kurang teliti dan ingat nak senang tu memang termaktub kan, jadi kualiti presentation tu tetap lah masih kurang. Heee...saya main lipat macam itu ajalah.

Hooo...mesti ramai yang nak tahu apa suami saya punye komen kan? Haaa...dia kat sedap. Saya sibuk bercakap dengan kawan saya sewaktu dia tengah makan tadi, jadinya tak sempat nak tanya lebih detail. Tapi dia ada mengada-ngada tanya kenapa tak gulung, saya kata "kalu nak gulung kalu, buat sindri". Suami saya kata, dulu emak mertua saya buat lagi lah tak lipat pun, main hidang sehelai-sehelai aja.

Hmm...hari makin panas ni. Saya nak tidoq sat dan kami bercadang nak keluar nanti selepas Asar...

---------------------------------------------------------------------------------

Saya nak catat juga di sini di mana pada Hari Jumaat, 8 April, Mr Os telah meninggalkan kita. Semoga dipermudahkan semua urusan akhirat allahyarham.


Friday, April 8, 2016

Jumaat, 8 April 2016 - Opah Sakit Gigi

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Saya baru habis bersarapan dan suami pun sudah balik ke rumah. Hari ini saya buat cucuq ikan bilis tapi termasin sikit. Kawa sepejabat pulak telah belikan pulut udang dan pais ubi (lepat ubi) yang sedap. 

Selepas ini, saya ada lawatan ke kilang dan sekarang saya nak menulis sekejap..short one.

Semalam, selepas waktu Maghrib, anak saudara saya telah wassup saya dan bagi tahu yang emak saya sakit gigi. Dia kata, opah diam aja dan asyik baring, rupanya opah sakit gigi. Mereka telah mencadangkan supaya opah pergi ke klinik, tapi seperti biasa, opah tak nak. Opah cuma request nak air kelapa dan air zam zam.

Saya call emak saya lepas tu dan emak saya kedengaran okay. Dia kata, mungkin sebab panas, rasa sakit tu adalah lebih dari biasa. Saya cuma suruh dia makan panadol kalau tak larat sangat dan esok pagi, kalau keadaan tidak pulih, kena lah jumpa doktor gigi juga.

Dalam keadaan macam ini, saya kena lah call kakak saya kat Ipoh tu, tanya pendapat. Kakak saya ada hal sebenarnya, tapi dia kata dia akan direct anak-anak sedara saya untuk bawa opah ke klinik mana nanti.

Tapi, bila malam sikit, anak sedara saya telah post gambo opah sakit dan dia kata opah telah minta panadol. Emak saya tu, jarangggg sangat ambil panadol. Bila tengok gambar emak saya sakit, kakak saya terus ambil keputusan untuk pergi juga tengok emak esok/hari ni lah.

And today, saya belum terima apa-apa update lagi dari kampung, semoga dipermudahkan semua urusan emak saya, juga kakak saya serta anak-anak sedara saya yang menguruskan emak/opah. Semoga sakit itu jadi penggugur dosa dan disegerakan kesembuhannya.

Aamiin...

Thursday, April 7, 2016

Khamis, 7 April 2016, Sarapan Kari

Assalamualaikum.

Hari ini hari Khamis, 7 April 2016 dan saya tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis sesuatu di sini.

Sekiranya anda ingat, semalam, saya telah menyediakan karipap sebagai hidangan untuk sarapan. Walau bagaimanapun, dalam jam 10.00 pagi, sewaktu saya menelefon suami, saya telah di beritahu yang suami saya sedang sakit kepala...hmmm....sebab tak makan nasi ke? Suami saya tu sejak akhir-akhir ni, kena ambil sarapan yang lebih berat seperti nasi. Tapi ye lah, tak kan setiap hari nak ambil nasi waktu sarapan, bosan lah pulak kan.

Petangnya pula, sebelum balik semula ke rumah, kami singgah di Imago dan telah makan di Pizza Hut. Maksudnya, kami tidak makan nasi langsung semalam. (Macam lah dah setahun tak makan nasi kan..) .

Oleh kerana risau suami kena migrain, maka saya telah masak kari ikan pada malamnya, Suami saya terus excited dan cakap "wow, boleh la bawa bekal esok"...hiks.

So, pagi tadi kami pun berangkutlah bawa nasi, kari ikan dan ulam timun dalam mangkuk tingkat yang kami baru beli tu. Saya tidak pasti lah macam mana bau kari itu telah effect ofis saya...sepatutnya kalau orang berbau, kita kena beri sedikit kan...tapi kami pun bawa sikit aja pun. 

Saya ada juga share apa yang saya masak dengan kawan-kawan ofis, tapi saya sebenarnya selalu segan aja sebab rasanya tak la sedap sangat kan dan saya juga selalunya masak terlebih pedas daripada apa yang orang Sabah boleh terima.

Ohh..tentang rasa, suami saya cakap macam ini "jangan tanya, nanti cikbib ujub" ...uwaaa... complement ke tu? Sebenonya, suami saya tu lapar dan sudah lama tak makan lauk kari. That's why kari saya jadi rasanya lebih sedap tu.

Ini satu lagi contoh di mana saya melapurkan apa yang terjadi. Ada kawan saya kata, saya ni tidak berapa "low profile" sangat sebab semua cerita pun nak share. Kecik hati saya dia cakap macam itu. Tapi pelik jugak saya sebab semalam, dia adalah antara orang pertama yang response bila saya letak post pagi-pagi tuh..macam excited pulak bila saya letak post, kih kih kih.

But anyway, saya ada bincang balik dengan suami mengenai perkara ini dan kami telah membuat keputusan (untuk isu ini, nak juga bincang isu supaya boleh di golongkan sebagai orang bijak kan) bahawa yang paling penting adalah apa niat saya bila menulis. Sekiranya orang lain mempunyai pendapat yang berlainan, biarkan.

Ok fellas, I just need some time off...so, nak sambung kerja balik. Esok Fridayyyyyy.....


Wednesday, April 6, 2016

Tentang Karipap dan hari ini, 6 April 2016

Assalamualaikum.

Hari ini 6 April 2016.

Saya bangun pagi dan goreng karipap. Percaya atau tidak, semalam, dengan gigihnya saya telah menyediakan karipap supaya senang untuk digoreng pada pagi ini. Masa keseluruhan untuk saya buat karipap itu, adalah dekat 1 jam 30 minit kut, dan itu adalah consider sangat lama buat saya yang selalu masak benda-benda simple aja. 

Masa untuk menyediakan adunan tepung dan inti karipap tidak sampai pun 30 minit, tapiii, nak membuat sebiji-sebiji karipap tu adalah bahagian yang stress sikit. Tapi kira okay lah juga sebab saya bawa depan tv kan...so, it was rather ok.

And kali ini proses untuk buat sebiji-sebiji karipap itu adalah lebih senang sebab saya sudah ada roller dan acuan karipap tu...hmmmm, 90% lebih mudah. Sepanjang waktu saya buat karipap itu, saya asyik la berfikir macam mana susahnya orang-orang yang buat karipap untuk dijual tu. Penat. Betul. Saya nak buat 25 biji karipap pun rasa sudah cukup penat. Tapi, mungkin salah saya juga kut sebab saya baru habis melakukan kayuhan sejauh 13 km dan terus buat karipap. Dengan panasnya, dengan penatnya, itu yang terlebih stress tu.

Komen suami mengenai karipap saya kali ini adalah  : "Memang sangat improve kalau dibandingkan dengan kali pertama dahulu. Tapi, lain kali Cikbib buat lah inti lain pulak, janganlah asyik guna sardin aja....". Saya guna sardin sebab itu sahajalah yang ada di dapur saya..he he he.

Dan pagi ini, sewaktu di dalam perjalanan ke ofis, kami sempat mendengar DMFK yang menjadi jemputan di Sinar FM.

Antara yang telah di katakan oleh DMFK adalah antara perbezaan antara orang-orang yang tidak bijak, biasa-biasa dan bijak adalah :

i  ) Orang yang tidak bijak selalu membicarakan mengenai sesuatu yang lebih negatif seperti mengutuk orang lain

ii) Orang yang biasa-biasa akan memperkatakan/melaporkan  mengenai apa yang berlaku

iii) Orang yang bijak akan memperkatakan tentang isu

Hmmm...anda tergolong di kalangan orang yang mana? Saya, kalau saya tengok balik post-post saya di blog ini, banyak kepada melaporkan tentang kehidupan saya...kadang-kadang ada jugak mengutuk orang dan kadang-kadanggggg ada juga memperkatakan tentang isu. Senang aja nak membuat keputusan mengenai diri saya ni.

Okaylah...itu sahaja untuk permulaan hari ini...selamat bekerja you alls




Sunday, April 3, 2016

Setahun di KK dan Tentang 26 Mac

Assalamualaikum.


Hari ini hari Ahad, 3 April 2016. Saya di depan tv sementara suami di dapur sedang potong nenas. Mesti dia nak makan dengan Mak Bee tu. Hari ini adalah sangat panas dan kami berdua memang merasa agak kurang selesa.

Heyyy, pada 1 April 2016 baru-baru ini, telah genap setahun kami di KK. Terasa baru saja kami sampai di KK, kepoh-kepoh cari rumah, masukkan Unifi, masukkan Astro, beli tv, beli katil, dapat kutu pulak pergi beli almari dll....tiba-tiba, kami sudah setahun di sini.

Banyak juga yang telah saya lalui di sini. YBM sudah 2 kali datang, YBTM yang dua orang tu sudah 3 kali datang, Dep. CEO ada datang sekali, buat seminar ada sekali, saya ada buat opening remark depan CM sekali, dan saya ada buat presentation beberapa kali.

Yang pastinya, sekarang ni saya lebih selesa di KK sebab pengetahuan mengenai industri dan syarikat di Sabah telah meningkat. Keyakinan datang dengan ilmu lah kan.

Yang itu, fasal kerja, mengenai kehidupan pula, kami berdua memang belajar untuk adapt. Pada hari bekerja, kami cuba untuk breakfast bersama dan itu adalah salah satu masa yang paling mengembirakan buat kami. 

Waktu balik ke rumah selepas kerja juga adalah lebih awal. Pastinya saya kena masak untuk makan malam kan (walaupun tidak tiap-tiap hari). Saya ada juga cuba masak masakan-masakan yang tidak pernah saya cuba sebelum ini seperti....laksa utara, masalodeh, karipap, walaupun presentation karipap tu tidak lah mengkagumkan, cheezekut, kek batik...hmmm...itu ajalah yang saya ingat.

Sebagai bukti betapa seriusnya saya memasak, saya telah membeli acuan karipap pada hari ini kerana saya dapati saya memang tidak boleh mengepil karipap dengan baik. Minggu lepas (27 Mac) pula saya telah membeli "roller" dannnn...apa tu...nanti saya letak gambo...


haaaa....excited nak masak agaknya saya ni
-----------------------------------------------------------


Minggu lepas, pada tarikh 26 Mac adalah birthday suami saya. Kami tiadalah buat apa-apa sambutan, walau bagaimanapun, pada pagi Sabtu tu, saya pun turun lah pergi dapur untuk sediakan makanan istimewa. Walau bagaimanapun, oleh sebab tiada apa-apa bahan yang sesuai, saya pun buat nasi lemak ajalahhh...


Hah...yang istimewanya nasi lemak ini adalah pinggan-pinggan tu...baru beli tu sebenarnya. Kami beli mangkuk tu untuk makan laksa sebenarnya, tapi bila letak makanan dalam pinggan ni, rasa macam menarik pulak la bila all white kan, makanan nampak lebih menyerlah. And yes, kali ini saya berjaya sediakan telur rebus dengan kuning telur tu lembut macam tu...kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi.

Pada hari Ahad (27 Mac), saya telah sediakan kek batik untuk hubby..


Hmmm...kira macam kek hari jadi lah. Kami makan sikit ajapun dan bawa selebihnya ke ofis untuk dikongsi dengan kawan-kawan.

-----------------------------------------------------------
2 April 2016


Saya masak laksa sempena 1 tahun di KK.... hah...gambar makan laksa guna mangkuk putih dan sudu baru juga...he he he. 

Pada 3 April 2016 pula, akhirnya kami telah berpeluang untuk celebrate hari jadi Encik Shuk...



Kami order sepotong kek, popiah tuh dan air...itu ajalah pun. Selamat menyambut hari lahir wahai suami, semoga sihat tubuh badan, murah rezeki dan dikurniakan pengakhiran yang terbaik. 

Dan sebab kami memang bawa bekal hampir setiap hari ke ofis, suami saya telah excited beli benda ni jugaaa...


3 layer tu, suami dah plan dalam fikiran, satu layer nasi, satu layer kuah/lauk, satu layer lagi timun/sayur/sambal belacan...rasanya beli container ni dah jadi macam hobi terbaharu kami lah.

Dan pagi ini, saya ada sediakan cokodok pisang..



Dan last sekaliii.....saya nak share juga gambo karipap yang saya buat baru nih....


Haaa...bagi saya karipap ni sedap aja tapi suami saya kata..."kulitnye tebal sangat, intinya pulak, terlampau banyak kentang dan kurang sardin, intinye perlu dikurangkan. Shuk juga kata buruk benar presentationnya".

Kih kih kih...tengok la, kalau rajin, sebab dah beli roller tu kan, juga acuan karipap tu kan...mungkin saya tidak perlu give up lagi dan terus mencuba kan...