Tuesday, September 29, 2015

Back in KK

Assalamualaikum.

Saya baru balik semula ke KK pada hari Ahad, 27 September 2015 setelah bercuti seminggu di Shah Alam, Bukit Mertajam, Chemor, Ipoh dan Felda Ijok di Selama. Pastinya kali ini tujuan saya bercuti adalah untuk menyambut hari raya haji, juga untuk melihat rumah kami di Shah Alam, juga melawat sedara mara sama ada yang sihat, ataupun yang kurang sihat, juga untuk melaksanakan urusan-urusan lain.

And you know what, this time I really looked forward to go back to KK because of the haze. KK is hazy but the condition in Shah Alam was worse. 

Our flight was scheduled at 7.30 am so we have to start our day very early. We woke up at 4.30am, and hurriedly took our bath since the taxi was due to come at 5.00 am. We arrived at KLIA, checked in and went around to find the surau (since the one that is near to KFC has been relocated somewhere else) to perform our subuh prayer. After that, we went straight to the boarding hall feeling hungry...ekekeekekek.

Masuk aja kapal terbang, mak aiiii, sejuknya ghase and I was not wearing stockings. Ghase sejuk, Ghase sejuk, dia tak pakai stockings...haaa...Dan kami, dalam kesejukan itu, juga kelaparan itu, juga mengantuk itu, telah cuba tidur, malangnya, ada seorang baby ini yang meragam dan menangis la pulak. Hubby saya tengok steady aja tidur, tapi saya sekejap aja terlelap, lepas tu, baby tu mula la menangis dan mata saya pun jadi tak buleh tidur dah.

Saya doa dalam hati, "Ya Allah, tenangkanlah baby tu dan permudahkanlah urusan ibubapanya untuk menjaga baby itu". Heee...agaknya, berkat doa saya (0.000000000000000001%) dan pastinya berkat doa ibu bapa baby itu, selepas setengah jam, saya sudah tidak dengar bunyi tangisan lagi.

Kami pun dihidangkan sarapan...alah, mesti mereka yang biasa naik MAS ke KK dan Kuching biasakan dengan hidangan nasi lemak beserta udang masak tumis tu kan. Mereka juga ada hidangkan jelly dan kacang. Hubby pulak asyik ulang-ulang yang nasi lemak Pak Nasser dalam Air Asia lagi sedap...haishhh.

Tapi kami memang makan dan minum dengan agak bersungguh2 (nak cakap pelahap, ghase melampau pulak) sebab memang lapo dan dahaga. Cuaca pulak tak berapa baik waktu tu dan kapalterbang jadi sedikit bergetar, dan oleh kerana itu, anak-anak kapal tidak boleh menghidangkan air panas dan hubby telah memilih untuk meminum "sprite" sebab merajuk teh tarik tak de. Saya minta juice, itu kira standardlah kan.

Kami sampai KK dalam jam 10.00 pagi, ambil kereta di ofis dan terus balik rumah.

Balik rumah, saya rasa saya ada bagi salam...tapi mungkin kurang bersungguh-sungguh kut sebab ada sedikit gangguan sewaktu melihat pintu pagar di biarkan sedikit terbuka oleh si pemotong rumput. 

Lepas itu, kami lepak, tengok tv sat dan tertidur. Hah...tidoq lamaaa, dari jam 12.00 tengahari sampai 1.45 tengahari. Tapi memang best sedap tidur yang ini, mungkin sebab kami memang letih sebab bangun awal sangat.

Lepas tu saya pun bangun, solat zohor, masak nasi goreng, basuh bilik air, mandi.....bla bla bla. Saya rasa mesti ada hujan dan angin kuat melanda sabah sebab macam banyak rumput-rumput masuk dalam rumah.

Malamnya...kami tidur.

Esoknya, sewaktu dalam perjalanan ke ofis, suami saya telah bercakap macam ini "saya mimpi merapu-rapu sungguh malam tadi. Merapu sampai tak ingat apa yang saya mimpi".

Saya pun jawab "ehhh...ye lah, saya pun mimpi bukan-bukan (saya ni jenih tido tak mimpi ye)".

Infact, waktu saya tidur waktu tengahari di sofa tu pun, saya ada juga mimpi sikit, mimpinye memang agak pelik, tapi seperti biasa, saya abaikan saja.

Lepas tu hubby kata "kita lupa bagi salam kut waktu masuk"...saya pun macam tidak berapa ingat...mungkin juga.

Saya jawab juga macam ini, "Tapi saya dah solat dalam bilik tu".....agaknya solat saya kurang berkualiti kut.

Hmmm....memang ada lah makluk-makhluk yang menumpang rumah tu waktu kami tak de agaknya dan kami pula adalah agak lalai bila memulakan langkah kami untuk masuk ke rumah semula.

Oleh kerana itu, sewaktu balik semula ke rumah selepas menghantar saya ke ofis, hubby pun masuk semula ke rumah dan semua bilik di rumah tu dengan lebih proper. Dia buat benda-benda biasa seperti bagi salam dan baca ayat kursi. Saya pulak, waktu nak solat Maghrib, qamat kuat-kuat sikit. Itu ajalah ubatnya, Islam itu mudah dan semua orang boleh minta tolong dari Allah secara terus.

Dan malam tadi, saya tak mimpi pun..tokbomo saya tak pasti. Tapi saya telah terbangun sekali sebab hujan lebat sangat dan bunyi hujan yang menimpa atap tu kuat sangat. 

Insyaa allah, dah okay kut keadaan, dan semoga kami dapat menjalani kehidupan seperti biasa di KK. Semoga saya menjadi orang yang lebih pandai di sini dan dapat menjalankan kerja saya dengan sempurna...chow dulu.




No comments:

Post a Comment