Thursday, September 17, 2015

Labuan : Second Part

Assalamualaikum.

Haaa, semalam adalah 16 September 2015, hari Malaysia dan ianya telah disambut besar-besaran di KK di mana PM, TPM dan semua menteri pun datang. Oleh kerana itu, YBM, YBTM dan KSU Jabatan di mana saya bekerja pun telah hadir di upacara semalam dan oleh kerana itu, seperti biasa, pegawai-pegawai yang bertugas di negeri perlulah menyambut dan ambil peluang berjumpa dengan orang-orang besar ni. Ini adalah pengalaman kali pertama saya jadi saya adalah agak berdebo-debo. Tapi, alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar.

Ok, kita sambung kisah fasal Labuan ye di mana setelah makan goreng pisang dan rambutan di gerai makcik tepi laut itu, kami telah ke hotel untuk check in. Kami tinggal di Hotel Grand Dorsett.


Kami telah dapat bilik bernombor seperti di atas. 

Seperti biasa, sebelum buat benda lain, saya tangkap gambo dulu...tangkap gambo toilet..

tangkap gambo katil

Ada balkoni yang mengadap laut

Ada tv dan sofa

Laut di luar bilik..kami request view laut kali ini.

Masuk bilik, seperti biasa kami pun freshen up sikit, solat dan bersiap untuk keluar berjalan dan cari tempat makan malam

Oh, sebelum itu singgah kat sini untuk minum petang...

Kami berdua ajapun dalam bilik tu, kami minum petang sikit-sikit

Suami...dia ghalit makan ayam tandoori

Selepas itu, kami meneruskan pengembaraan di Pulau Labuan yang kecik ini...
Kami ke War Memorial. Ingatkan ada apa, ghope-ghopenye, ada kuboq askar

Ada askar dari India lah, dari Australia lah...

Hah...bergambo di antara kuboq-kuboq tu. 

Tapi tempat tu well kept, bersih, seronok jugalah meluangkan masa di situ. Selepas itu, kami pun "waze" arah ke Anjung Ketam. Kawan ofis kata tempat ni famous, dan saya pun rasa tempat ini famous sebab boleh cari di dalam waze kan.

Yay, dapat makan seafood kepunyaan orang Melayu Islam...seronok. Kami telah dinasihatkan untuk pergi awal, sebab kalau lewat, orang ramai, order lambat sampai. 

Tempat ini bukan kepunyaan satu restoran sahaja, tapi a few gerai. Jadiii, sila lah pilih gerai mana yang anda mahu

hubby yang pilih menu jadi dia pilih ini..ketam
dan ikan. 

Menangis nak menghabiskan makanan sebab ikan tu besar dan ketam pun banyak sedangkan kami dua orang aja. Saya tak makan nasi pun jadi kira habis jugalah makanan yang ada

Hah...gambar pemandangan tempat makan kami...

Selepas itu, kami telah pergi ke shopping centre yang berdekatan kerana kononnya nak tengok barang-barang bebas cukai (ingatkan macam Langkawi). Tapi saya tengok macam tak de apa benda yang di jual selain daripada minuman keras, sedikit cokelat dan rokok. Mengecewakan sungguh. 

Tapi kami round juga lah sikit dan saya ada juga beli barang sikit...hiks.

Lepas tu, kami balik hotel, dan saya sempat berendam sebab ada garam yang boleh digunakan untuk berendam tu. Lepas mandi, solat, kami pun lena sebab penattt....

No comments:

Post a Comment