Assalamualaikum!
Hari ini 2 September 2015. Hari ke 2 bekerja tanpa orang kuat saya kerana mereka bercuti. Semoga dipermudahkan semua urusan saya.
Semalam, saya rasa teringin sangat nak makan sesuatu yang panas, pedas, masam dan berair...ermmm, teringat saya dengan laksa yang dijual di gerai di tepi Bangunan Haji Ismail Group di Langkawi. Saya rasa saya sangat sesuai dengan laksa Langkawi sebab ianya lebih pedas.
Waktu-waktu macam ini yang membuat saya rindu kat Shah Alam sebab bila teringin nak makan sesuatu, kita tahu di mana kita boleh dapat benda-benda yang kita nak makan tu.
Malam tadi sempat juga tanya dekat rakan se ofis sama ada satu kedai ini ada jual mihun sup/soto ke. Saya nak makan sup yang boleh letak sambal kicap tu supaya ianya boleh jadi pedeh (pedas).
Sebenarnya, tuhan nak suruh saya belajar masak kut kan? Saya teringin juga nak buat laksa sendiri dan minta suami saya belikan bahan-bahannya. Saya minta dia beli bunga kantan, dia kata "ada". Saya minta dia beli daun sendehom (orang perak panggil sendehom ye, orang lain panggil daun kesum kut), suami saya terus pandai-pandai jawab, "Orang Sabah mana tahu daun tu Cikbib". Adakeee.
Jawapan yang sama saya perolehi bila saya juga nak "daun pudina" sebab saya suka letak daun pudina dalam laksa saya...baru lah saya "mint" sikit.
Teringinnya...malam ni nak cari maggi asam laksa lah...buleh juga hirup-hirup macam laksa kan...
Ini baru di Kota Kinabalu ni, belum lagi tinggal di Peru ke, Argentina ke...haaaaa
No comments:
Post a Comment