Sunday, September 13, 2015

Tentang Weekend, Laksa dan Mekyah Datang KK

Assalamualaikum.


Hari ini hari Ahad, 13 September 2015 dan saya sudah makan malam, sudah solat Isyak dan sekarang ini tengah lepak depan tv, tengok laptop sambil menonton AF.

Minggu lepas saya macam senak sikit...he he he...senak kenapa entah, tapi oleh kerana itu saya tidak sempat update blog ini. Tapi tak pe, saya pun sudah tidak senak sekarang, jadi saya akan rajin-rajin sikit update blog minggu ini sebab minggu seterusnya adalah minggu hari raya haji pulak kan....

Eh, ingat tak post saya mengenai "Kepingin nak makan Laksa Utara" baru-baru ini? Saya ada cerita kan yang suami saya telah gagal jumpa bunga kantan dan daun sendehom sehingga saya sedih. Walau bagaimanapun, saya telah bercerita dengan rakan-rakan seofis mengenai kegagalan suami saya saya itu and you know what, masalah terus selesai kerana depa boleh pergi belikan. Haaaa, settle satu benda.

Dan, bila sudah ada dua bahan itu, semalam, hari Sabtu, saya telah masak laksa utara dengan jayanya, alhamdulillah. Ada gambo...

Saya guna ikan sardin 5 ekor. Ada 5 ekor lagi dalam fridge, bila pulak la saya nak masak lagi ni....And yes, the colour is very red and yes, it is hot. Cabai kering kat Sabah ni memang yang terlebih pedas sikit, tapi sesuai untuk saya. Sebab dah cukup pedas, saya tak perlu potong cabai burung lagi...yumss



ha ha ha...sesungguhnya gambar di atas adalah keterlaluan. Tapi ye lah kan, punyelah lama saya tunggu bunga kantan dengan daun sendehom tu kan...haaaa, letak banyak-banyak...

Jadiknya, semalam saya breakfast 2 mangkuk laksa, lunch 2 mangkuk laksa. Dinner, saya makan semekut dengan kopi Tenom aja. Suami saya kata kuah laksa tu "not bad". Dan saya secara peribadi merasakan ini adalah salah satu kejayaan dalam hidup saya, to be able to prepare  my own laksa...alhamdulillah, I was and still feeling soo happy.

Hari ini pulak, saya telah masak nasi lemak dengan lauk tumis ikan bilis bersama petai yang kakak saya bawa daripada Shah Alam baru-baru ini. Ada gambar, tapi shaky lah pulak...





Saya nak ujub kat sini sebab suami saya kata "sedapnya. Kalau cikbib kurangkan pedas sikit, boleh buat jual"...ekekekeekek. Secara peribadi saya rasa nasi itu a little bit too dry. Tapi suami memang suka nasi tu dry macam itu.

Nasi lemak itu jadi lunch buat suami saya tengahari tadi tapi saya makan laksa semalam untuk lunch, makan lagi 2 mangkuk...diet la sangat kan.

Malam ni pulak, kami makan cucur kodok...haihhh...memang kerja makan ajalah kami weekend ni.

Oh yee...hari Isnin baru ni, kakak saya Mekyah datang KK sebab dia ada kerja sikit. Hari Ahad petang tu, dia ada datang untuk dinner. Kami juga ada keluar makan  pada hari Rabu malam. Kami ada tangkap gambar masa dia datang dinner tu..



the photo above was taken when we were having coffee after dinner. As for dinner, the menu were :


Kali ni Mekyah datang bawa roti Gardenia dan sambal hitam Pahang yang sedap. Saya suka kalau sambal Pahang tu ada dalam peti ais sebab di saat-saat genting, boleh aja buat lauk kan...suami pun excited juga dan dia sudah gunakan sambal itu untuk buat perencah nasi goreng baru-baru ni. 

Okaylah people...saya akan sambung cerita saya pergi Labuan later ye...doakan saya sihat. Saya doakan semua pembaca sihat juga, insyaa allah.


No comments:

Post a Comment