Assalamualaikum.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik sama ada mental ataupun fizikal.
Hari ini hari Ahad, sudah jam 2.30 petang pun. Esok dah nak kerja balik dan semalam saya kena kerja separuh hari dan oleh kerana itu, saya rasa tidak puas cuti.
Tapi tak pe, untuk post kali ini, saya akan bercerita mengenai percutian hari merdeka kami baru-baru ini di mana kami telah ke Labuan dengan menaiki feri.
Sebenarnya kami ada dimaklumkan tentang perkhidmatan feri untuk ke Labuan oleh rakan-rakan sepejabat dan baru-baru ini, apabila kebetulan kami makan tengahari di Restoran Nasi Padang di Jesselton Point, kami telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai perhidmatan yang disediakan daripada kaunter yang menjual tiket feri ke labuan.
Kami telah dimaklumkan bahawa pada setiap hari, ada dua feri yang akan ke Labuan iaitu pada jam 8 pagi dan 1 tengahari dan kami telah mengambil keputusan untuk menempah tiket untuk feri jam 8.00 pagi ke Labuan .
Untuk ke Labuan adalah seperti hendak keluar daripada negeri Sabah dan pergi ke negeri-negeri lain di Malaysia. Oleh kerana itu, para penumpang perlu melalui kaunter imigresen seperti yang boleh di lihat di gambar di atas. Kami biasalah kan, malas nak berbaris, jadi kami jadi antara orang yang terakhir masuk ke feri tu.
tu dia feri nya, Labuan Express Tiga
Kena lah tangkap gambo berdua kan. Gambo ni guna handphone hubby yang telah cuba menjadikan kami berdua "flawless" la sangatttt, sampai muka Tokbomo jadi licin macam tu...ekekekeek
Harga ticket satu hala. Nak balik ke KK kena beli tiket di Labuan pulak nanti
tempat duduk kami. Feri ini adalah 95% penuh, jadi sebelah saya tu, ada penumpang ye yang datang agak lewat. Perjalanan ke Labuan mengambil masa 3 jam 30 minit, dan ada toilet serta pekerja yang jual minuman dan maggi (lebih kurang macam cabin crew Air Asia juga mereka ni, hiks). Oleh kerana itu, tiada masalah lah kalau nak minum air panas kerana boleh beli aja di dalam feri ni.
Tapi, sebagai isteri yang solehah (hiks), saya telah menyediakan bekal iaitu nasi goreng sardin menggunakan nasi serta lauk sardin semalam. Kami juga bawa bekal air nescafe panas di dalam thermos. Seronok tau bawa bekal ni.
Haaa, sorry la gambar ni a little bit shaky, but this is roughly how the ferry looked like from our seats.
Sampai di jetty Labuan, kami cari kereta sewa. Kami sewa kereta Suzuki Alto ni yang berharga RM80 untuk sehari.
Lepas tu, kami pun meronda. Kami ada ambil peta yang ada maklumat mengenai tempat-tempat menarik di Labuan sebagai rujukan.
Kami pergi isi minyak dan tempat pertama yang kami lawati adalah Muzium Chimney
Yay, model berbayar saya
muzium ini menceritakan mengenai sejarah perlombongan arang batu di Labuan
Saya tangkap gambo Tokbomo daripada jauh, tapi tak masuk juga gambo chimney tu sepenuhnya
gambar chimney, kosong aja pun
Saya di bawah chimney tu
Kami, he he he
Haaa....baru lah penuh gambo chimney tu
Lepas tu, kami pergi ke taman burung
Ini antara burung yang ada. Ada banyak lagi burung kat situ, tapi sebab mereka di dalam kandang, gambo semuanya jadi tak berapa lawo. Kami tak berapa lama di sini sebab macam takde mende sangat pun, lain lah kalau ada budak-budak, baru lah meriah.
Seterusnya, kami pergi melihat pantai. Labuan ada pantai yang panjang dan putih, tapi, ada banyak "algae" tu lah, langsung jadi kurang menarik kan. Tapi kami telah singgah di gerai Kakak ni.
Yay, seronoknya bila tengok gerai macam ni kat Labuan sebab you can hardly find one in KK...tak pernah jumpa pun.
Kami order goreng pisang, goreng cempedak dan rambutan tu. Itu lah lunch kita orang sebab kami simpan perut untuk dinner. Kami merancang untuk pergi makan malam di tempat yang sedikit famous.
Hikkkssss....saya stop sini dulu ye...nanti sambung lagi.
No comments:
Post a Comment