Assalamualaikum.
Uwaaa...hebat tajuk saya hari ni kan? hiks...
Hari ni mood saya untuk buat kerja memang kedaung, maklumlah, hari terakhir bekerja sebelum raya kan. Dalam tak de mood tu, tiba-tiba teringat yang saya masih belum membuat penamaan untuk KWSP saya. Saya ada dimaklumkan bahawa sekiranya penamaan tidak dibuat, waris kita mungkin akan menghadapi masalah untuk mengeluarkan wang daripada KWSP sekiranya apa-apa terjadi kepada kita (nauzubillah!).
Kebetulan pula, ofis saya menyewa di Bangunan KWSP KK, hmmm, senanglah nak berurus. Saya pun ke kaunter KWSP, dan saya dapati tidak berapa ramai orang berbaris di kaunter. Saya pun turut berbaris untuk tidak sampai 3 minit untuk bertanya dan mendapatkan borang KWSP 4. Walau bagaimanapun, saya masih perlu berjalan balik ke ofis kerana perlu ambil tanda tangan rakan di ofis sebagai saksi di borang.
Setelah siap mengisi borang dan mendapatkan tanda tangan saksi, saya kembali ke KWSP, ambil nombor dan menunggu. Masa menunggu adalah kurang daripada 10 minit. Pegawai di kaunter yang melayan saya (namanya Bibiena macam tu, tak pasti) adalah sangat bagus. Hmmm.
Saya juga ambil kesempatan untuk bertanya sama ada betul atau tidak apa yang saya dengar mengenai kepayahan untuk mengeluarkan duit bagi waris sekiranya saya tidak meletakkan penama. Pegawai tersebut menafikannya dan menurut beliau, memang ada proses yang agak strict, tetapi ianya tidak lah begitu susah.
Hmmm...lepas tu saya telah "smudge" saya punya cap jari...aiyooo....tapi officer tu senyum aja. Andd, dalam masa kurang daripada 30 minit, semuanya selesai, alhamdulillah.
Saya ada dengar yang kaunter-kaunter KWSP memang menyediakan kemudahan yang baik, tapi saya memang sudah lama tidak pergi ke kaunter KWSP di Jalan Raja Laut tu, sampai dah lupa. Anyway, kipidup KWSP, dan buat kawan-kawan yang masih belum membuat penama tu, you can do so ASAP.
Chow dulu
No comments:
Post a Comment