Tuesday, July 7, 2015

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Hari ini, 7 Julai 2015, hari ke 20 kita berpuasa.

Sebentar tadi, dalam jam 9.39 pagi, saya telah menerima emel yang menyebabkan hati saya lega dan mood raya mula sampai...alhamdulillah. Oleh kerana terlampau excited, saya rasa saya perlu bertenang dan menulis dahulu...bernafas cikbib, bernafas.

Haih...leganya saya rasa. Sepatutnya, kami punye Menteri nak mai Sabah pada 11 Julai ni. Bila orang besar-besar nak datang ni, kita mesti buat persediaan yang bukan sedikit, dan oleh kerana itu, saya dan kawan-kawan di ofis ni memang suspens. Bila tahu postponed, kami rasa lega lah sedikit tetapi kami mengambil keputusan untuk meneruskan juga persediaan yang hampir siap itu supaya sekiranya YBM nak mai lain kali, preparation yang perlu di buat itu, adalah lebih ringan, insyaa allah.

Haa, sekarang ni baru lah ada mood nak cerita fasal raya kan.

Tapi tak tahu lah pulak nak cerita apa, walaupun excited. Hari ni, kami dah tukar duit, dah dapat sampul duit...ok, settle hal duit.

Balik KL, ada banyak benda lain yang kena settle. Kena amik kuih/barang serta kena beli barang dapur/keperluan untuk 2 rumah i.e. Chemor dan Ijok. Kami ni datang dari keluarga besar dan kedua-dua emak kita orang adalah dalam umur yang sangat tua dan perlu di bantu bila anak-anak mereka yang ramai ni balik. 

Nanti di Chemor, saya kena masak dan kerja mengemas memang banyak di ambil alih oleh anak-anak sedara yang cekap. Ada anak sedara saya yang awal-awal sudah ingatkan saya untuk masak itu dan ini. Terharu juga bila diminta masak macam tu, walaupun rasa malas tu tetap ada, he he he. Tapi kalau kita masak dan budak-budak tu makan dengan seronoknya, di situ lah kepuasan...yup, kepuasan yang tidak ternilai.

Di Ijok pulak adalah terbalik, saya tak berani nak masak sebab kakak2 ipar saya yang masak, jadi saya buat benda lain seperti mengemas dan basuh pinggan.

Kami juga berharap yang kami ada masa untuk lepak di Shah Alam...maybe beraya di rumah kawan-kawan juga. Mungkin ada masa untuk jadi DBS juga, walaupun semalam.  Saya juga teringin nak makan roti john, mee goreng mamak Syed/Pelita, juga mertabak Singapore yang dijual di Seksyen 4 (dah lupa pulak nama kedai). Habis lah diet aku.

Ok lah...kena sambung kerja ni...assalamualaikum.






No comments:

Post a Comment