Sunday, July 19, 2015

From Ijok With Love

Assalamualaikum.

I am writing using my iPad and the auto correct system is on therefore I just have to use English because I do not know how to switch it off.

It is actually Sunday, the third day of eidul fitri and I am sitting in my room with my Tokbomo sleeping. The rest are also sleeping since they retired late last night. Luckily I bring my iPad that keeps me awake and occupied.

How's your eid?

Mine was ok, with lots of durian. But too much of durians in an empty stomach has caused an accumulation of gas that lead to drowsiness. I felt as if I wanted to vomit to the extend that I could not stand the smell of the food served...hicks...good, I cannot eat then, selamat diet aku.

But the second day of eid was different. I was feeling better and there were arrival of new foods. My sister in law has brought along rendang kerang, and my sister has brought the infamous rendang tok. My sister and I have also prepared sambas ikan bilis petai. Haiyooooo, mana bisa gue diet kalau begitu.

But hubby said " Makan cikbib, nanti balik KK, kita tak dapat dah makanan macam  ini".

We had another kenduri last night where we were served powerful curry with sambal belacan. Ouch...I have broken my no rice diet yesterday, but I was satisfied and I think I can continue dieting today...insyaa allah 

I need to stop....see you again next time







Monday, July 13, 2015

Balik Raya ke Semenanjung

Assalamualaikum

13 Julai 2015, jam 6.05 pagi. Saya dan Tokbomo baru habis memasukkan barang-barang ke dalam beg untuk di bawa balik ke Semenanjung...hmm...rasa excited dia lain macam laaa, langsung tak de minat nak buat benda lain dah.

Kami menghabiskan cuti Sabtu dan Ahad di rumah. Pada hari Sabtu, kami telah ke Suria Sabah. Disitu kami telah menguruskan duit untuk hari raya kami, bukanlah secara terperinci tapi adalah sikit-sikit pembahagian untuk berapa nak bagi kepada mak, berapa nak belanja dapur untuk Chemor/Ijok...bla, bla, bla ...dan the most important thing is not to overspent sampai ada masalah selepas raya. Engkau permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Aamiin.

Tapi kan, sebagai manusia yang mempunyai nafsu membeli belah yang besar, kami telah berbelanja kepada perkara yang tiada langsung di dalam perancangan kami, aduhaii. 

Excited tau bila dapat benda tu, tapi, selepas aja kami membayar harga benda itu, kami telah saling berpandangan dan mengambil keputusan untuk balik. Yup, jom la kite balik sebelum kita terus berbelanja! Itulah masalahnya sekiranya kami berdua meluangkan masa di shopping center ni. Itu pun nasib baik KK tak de Aussino, kalu ada Aussino kalu, hah, Mat Misai tu mesti la akan kata yang kita perlu beli tuala raya la, kain lap kaki raya la dan saya pulak akan kata yang kami perlukan cadar raya laaaa....haaa....jom balik!

Semalam pulak adalah hari terakhir kita orang berbuka puasa di KK. Kami kan memang sudah sangat sangat tidak tahu nak makan apa sekarang ni dan oleh kerana itu kami telah mengambil keputusan untuk keluar makan. Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan kesesakan, kami telah berbuka di rumah terlebih dahulu, bersolat Maghrib dan keluar makan selepas itu.

Sewaktu berbuka di rumah, saya telah masak maggi mee yang di campurkan dengan segala sayur mayur yang ada bagi menghabiskan stok. Saya juga telah menggoreng kuih kasturi (coq kacang buat Tokbomo), juga untuk menghabiskan stok yang ada. And somehow, the instant noodles tasted really nice, hiks.

Kami telah  ke IMAGO dan bagi yang tidak tahu, IMAGO ni adalah shopping centre yang terbaru di KK. Kira boleh lah...baru kan...kami terus aja ke Pizza Hut. Lepas makan di Pizza Hut, kami adalah jalan-jalan sikit tapi tetap kena balik awal sebab kami nak solat tarawikh juga di rumah, takut kalau lambat-lambat, mengantuk, tak larat pulak nak solat.

Sampai rumah, kami solat dan lepas tu saya pack barang saya. letak di dalam beg. Hubby akan uruskan barang dia esok. 

Dan hari ini, kami akan balik Semenanjung....alhamdulillah.

Buat readers, saya ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin dan terima kasih kerana sentiasa sudi melawat blog saya ini. 

Bubaiiii


Saturday, July 11, 2015

Ujub?

Assalamualaikum.

Hari ini hari Sabtu. Hari yang saya nanti nantikan sebab boleh tidur panjang selepas subuh. Tetapi sekarang ini adalah selepas subuh dan saya sedang mengadap laptop...as alwiz

Dan kalau anda semua masih ingat, sepatutnya hari ini adalah hari di mana menteri saya sepatutnya datang. Kalu dia datang, soheh saya tidak boleh bersenang lenang sekarang...syukurnya lawatan ini di tangguhkann.

Mungkin ramai yang merasakan pastinya saya macam excited giler sebab akan balik kg. Tapi kan, to tell the truth, saya pun tak pasti tentang apa yang saya rasa. Saya tak de la rasa happy sangat walaupun saya rinduuu Semenanjung di mana sanak saudara dan kawan-kawan berada. Cuma satu perkara yang saya pasti sekarang adalah, saya happy sebab dapat cuti lama, walaupun mungkin saya tidak buat apa-apa pun waktu cuti nih kecuali spend masa dengan Tokbomo dan keluarga...semoga semuanya berjalan dengan baik.

Tapi pagi tadi saya, sebelum subuh, saya telah melakukan satu aktiviti yang mungkin akan menjadi aktiviti utama saya sepanjang cuti panjang ini. Aktiviti yang saya maksudkan adalah, membaca blog sindri. In fact, sewaktu hubby memeriksa apa yang saya buat sebab macam melambat-lambatkan solat pulak kan dan dia nampak saya baca blog saya sindri, terus dia cakap macam ni "Ha, baca blog sindri, ujub lah cikbib ni".

Tu diaaaa, dia panggil saya ujub...mari kita share makna ujub...mai saya google sat :

Ujub adalah sikap mengagumi diri sendiri, yaitu ketika kita merasa memiliki kelebihan tertentu yang tidak dimiliki orang lain. Imam al-Ghazali pernah berkata "Perasaan ujub adalah kecintaan seseorang pada suatu karunia dan merasa memilikinya sendiri, tanpa mengembalikan keutamaannya kepada Allah".

Ya Allah, ujubkan saya? Saya tahu Tokbomo bergurau sahaja pagi tadi, tapi saya rasa, ada eloknya saya lihat balik diri saya yang macho ini untuk memastikan sama ada memang ada sifat ujub. Mungkin sebagai manusia biasa, ada juge sekelumit perasaan itu kadang kala, tapi kita mesti ada ilmu supaya jika tiba-tiba datang perasaan di mana kita rasa kita aja yang betul, kita boleh check balik, beristighfar dan cuba baiki, insyaa allah.

Mari tengok balik kenapa saya suka baca blog saya sendiri....

1) sebab ianya menceritakan kisah hidup saya, macam diari kehidupan

2) mengingatkan kan saya kepada sesuatu perkara yang saya sepatutnya lakukan, tapi sudah terlupa

3) saya seronok/terhibur baca blog sendiri and I cannot explain why. Orang lain mungkin merasakan yang cara saya menulis tidak lah sebagus mana, tapi saya tidak kisah pun. Saya sendiri ada baca blog orang lain dan saya tidak rasa cara mereka menulis sesuai untuk saya and I know I have no rights tell them how to write. Ini kut yang ada ujub sikit-sikit sebab I just loveee the way I write.

4) Mungkin saya suka baca blog saya sebab bila saya menulis, saya cuba menjadi positif, menulis tentang perkara yang positif dan sekiranya ada perkara yang negatif, saya tetap berusaha mengolah secara positif, ataupun dengan cara yang lebih ringan/kelakar...mungkin sebab inilah kut kenapa saya terhibur sangat baca blog sindri, yup, sebab semua rencah blog ini adalah menurut citarasa saya sendiri kan

Hmmm...mungkin ada seribu satu sebab lain kenapa saya suka baca blog ini, tapi saya sudah malas nak fikir sekarang ni, mata mengantuk sudaaaa

Dannn....setelah anda baca sebab-sebab kenapa saya suka baca blog saya ni, adakah anda rasa saya ujub? Tokbomo...what say you?




Friday, July 10, 2015

Pengalaman Indah di KWSP Sabah

Assalamualaikum.

Uwaaa...hebat tajuk saya hari ni kan? hiks...

Hari ni mood saya untuk buat kerja memang kedaung, maklumlah, hari terakhir bekerja sebelum raya kan. Dalam tak de mood tu, tiba-tiba teringat yang saya masih belum membuat penamaan untuk KWSP saya. Saya ada dimaklumkan bahawa sekiranya penamaan tidak dibuat, waris kita mungkin akan menghadapi masalah untuk mengeluarkan wang daripada KWSP sekiranya apa-apa terjadi kepada kita (nauzubillah!).

Kebetulan pula, ofis saya menyewa di Bangunan KWSP KK, hmmm, senanglah nak berurus. Saya pun ke kaunter KWSP, dan saya dapati tidak berapa ramai orang berbaris di kaunter. Saya pun turut berbaris untuk tidak sampai 3 minit untuk bertanya dan mendapatkan borang KWSP 4. Walau bagaimanapun, saya masih perlu berjalan balik ke ofis kerana perlu ambil tanda tangan rakan di ofis sebagai saksi di borang.

Setelah siap mengisi borang dan mendapatkan tanda tangan saksi, saya kembali ke KWSP, ambil nombor dan menunggu. Masa menunggu adalah kurang daripada 10 minit. Pegawai di kaunter yang melayan saya (namanya Bibiena macam tu, tak pasti) adalah sangat bagus. Hmmm.

Saya juga ambil kesempatan untuk bertanya sama ada betul atau tidak apa yang saya dengar mengenai kepayahan untuk mengeluarkan duit bagi waris sekiranya saya tidak meletakkan penama. Pegawai tersebut menafikannya dan menurut beliau, memang ada proses yang agak strict, tetapi ianya tidak lah begitu susah.

Hmmm...lepas tu saya telah "smudge" saya punya cap jari...aiyooo....tapi officer tu senyum aja. Andd, dalam masa kurang daripada 30 minit, semuanya selesai, alhamdulillah.

Saya ada dengar yang kaunter-kaunter KWSP memang menyediakan kemudahan yang baik, tapi saya memang sudah lama tidak pergi ke kaunter KWSP di Jalan Raja Laut tu, sampai dah lupa. Anyway, kipidup KWSP, dan buat kawan-kawan yang masih belum membuat penama tu, you can do so ASAP.

Chow dulu

Thursday, July 9, 2015

Cuaca di KK

Semalam, hujan telah turun dengan lebatnya di KK sehingga saya terbangun dalam jam 1.30 pagi.

Dalam jam 2.30 pagi pulak, saya terbangun lagi sekali sebab ada bunyi guruh yang sangat kuat. Rasa bergegar-gegar bunyinye sehingga saya terbangun, panik dan sampai terfikir macam ni "mak, another earthquake ke?" . Saya terus kejutkan Tokbomo, dia terus jaga dan terus dengar serta rasa getaran guruh tu, tapi bila habis, dia selamba aja tidur balik.

Dan pagi tadi, dalam jam 6.50, hujan turun balik dengan lebatnya. Bila hujan lebat ni, kita doakanlah semoga keadaan di Kundasang stabil, tiada tanah runtuh. Semoga allah pelihara mereka.

Cuaca di Sabah ni lain sikit kut daripada Shah Alam. Saya tidak pasti pulak kenapa, tetapi salah satu sebab mungkin berpunca daripada kedudukannya yang berdekatan dengan laut. Di sini, sekiranya hari mahu hujan, angin akan bertiup kuat, sampai bergegar-gegar atap rumah. Baru-baru ni, pada hari Sabtu, angin telah menyebabkan tong-tong sampah di kawasan kita orang di terbangkan ke seberang jalan. Bila habis hujan, semua orang pergi keluar mencari tong sampah masing-masing.

Lagi satu, hujan yang turun, macam tidak sampai aja ke tanah sampai saya rasa geram. Saya nak la hujan tu turun dan membasuh dan melembabkan bumi kan. Hujan di sini macam lalu sahaja sebab di tiup angin. Oleh sebab itu, keadaan hujan lebat macam semalam, boleh lah saya kategorikan sebagai "sangat-sangat jarang berlaku". Pastinya saya suka hujan, bersyukur juga sebab hujan turun, tetapi, angin dan guruh yang mengiringi hujan itu, agak menakutkan.

Beberapa hari ke belakangan ini, cuaca juga adalah mendung berpanjangan (seakan ada jerebu). Keadaan agak gelap dan penglihatan juga tidak jauh. Gunung Kinabalu juga sudah lama tidak kelihatan. Tapi saya okay dengan cuaca ini sebab kurang panas.

Well, itu lah sahaja laporan mengenai cuaca di KK. Saya sudah mengira hari untuk balik sekarang ni you allsss...

okay bubaiii

Tuesday, July 7, 2015

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Hari ini, 7 Julai 2015, hari ke 20 kita berpuasa.

Sebentar tadi, dalam jam 9.39 pagi, saya telah menerima emel yang menyebabkan hati saya lega dan mood raya mula sampai...alhamdulillah. Oleh kerana terlampau excited, saya rasa saya perlu bertenang dan menulis dahulu...bernafas cikbib, bernafas.

Haih...leganya saya rasa. Sepatutnya, kami punye Menteri nak mai Sabah pada 11 Julai ni. Bila orang besar-besar nak datang ni, kita mesti buat persediaan yang bukan sedikit, dan oleh kerana itu, saya dan kawan-kawan di ofis ni memang suspens. Bila tahu postponed, kami rasa lega lah sedikit tetapi kami mengambil keputusan untuk meneruskan juga persediaan yang hampir siap itu supaya sekiranya YBM nak mai lain kali, preparation yang perlu di buat itu, adalah lebih ringan, insyaa allah.

Haa, sekarang ni baru lah ada mood nak cerita fasal raya kan.

Tapi tak tahu lah pulak nak cerita apa, walaupun excited. Hari ni, kami dah tukar duit, dah dapat sampul duit...ok, settle hal duit.

Balik KL, ada banyak benda lain yang kena settle. Kena amik kuih/barang serta kena beli barang dapur/keperluan untuk 2 rumah i.e. Chemor dan Ijok. Kami ni datang dari keluarga besar dan kedua-dua emak kita orang adalah dalam umur yang sangat tua dan perlu di bantu bila anak-anak mereka yang ramai ni balik. 

Nanti di Chemor, saya kena masak dan kerja mengemas memang banyak di ambil alih oleh anak-anak sedara yang cekap. Ada anak sedara saya yang awal-awal sudah ingatkan saya untuk masak itu dan ini. Terharu juga bila diminta masak macam tu, walaupun rasa malas tu tetap ada, he he he. Tapi kalau kita masak dan budak-budak tu makan dengan seronoknya, di situ lah kepuasan...yup, kepuasan yang tidak ternilai.

Di Ijok pulak adalah terbalik, saya tak berani nak masak sebab kakak2 ipar saya yang masak, jadi saya buat benda lain seperti mengemas dan basuh pinggan.

Kami juga berharap yang kami ada masa untuk lepak di Shah Alam...maybe beraya di rumah kawan-kawan juga. Mungkin ada masa untuk jadi DBS juga, walaupun semalam.  Saya juga teringin nak makan roti john, mee goreng mamak Syed/Pelita, juga mertabak Singapore yang dijual di Seksyen 4 (dah lupa pulak nama kedai). Habis lah diet aku.

Ok lah...kena sambung kerja ni...assalamualaikum.






Monday, July 6, 2015

Rasa Nak Termuntah

Assalamualaikum.

Kami tengah menonton cerita M.A.I.D. ni. Saya mungkin telah termiss beberapa episod sebelum ini kut sebab bila saya tengok episod hari ni, mereka dah berbaik-baik dan ber "abang" ber "sayang" already. 

Aish...langsung saya dah tak berapa suka cerita ni sebab saya malu sikit-sikit bila tengok pasangan yang terlalu meluahkan rasa cinta mereka...ekekekeek...so old fashion of me laaaa, what to do, I am a macho girl, remember? I cannot cintan cintun too much!

Dan tahu tak, hari ini, saya dan hubby asyik la menggunakan perkataan "rasa nak muntah". Kami berdua ni ada masalah jemu nak makan. Rasa jemuuu dengan masakan saya lah kut. 

Tentang nak masak ni, kadang-kadang ada konflik juga, Kadang-kadang saya teringin aja nak masak benda-benda yang lain daripada biasa saya masak seperti gulai masam ke (yang macam asam rebus/singgang tu), asam pedas ke..anything without santan atau yang bertumis kan. Tapi hubby sangat skeptikal, dia maintain nak makan lauk yang sama aja and really, saya sampai tak lalu nak makan. 

Menu hubby waktu bulan posa ni adalah pusing-pusing gulai lemak cili padi (ikan ke, udang ke, kentang ke), sardin dan tumis ikan/ikan bilis/dll dan sardin. 3 menu tu la yang di pusing pusing dan saya dah macam tak larat nak tengok makanan tu.

Tapiii...bagus juga kan bila saya jadi kurang berselera sikit sebab perkara itu memang jarang jarangggg berlaku. Selera saya selalunya adalah sebesar badan saya...hiks...mungkin sepatutnya saya bersyukur sebab ada lah juga perasaan tak lalu nak makan tu. 

Anyway, esok saya ada jemputan untuk makan di luar. Hubby pulak, lepas buka posa tadi sudah demand untuk saya buat sambal tumis ikan bilis untuk dia berbuka seorang esok. Dia minta saya masak esok pagi lepas makan soq. Biaq betul, lepas soq tu kan mata saya asyik nak tutup aja. Saya decided untuk masak terus sambal tu lepas solat Maghrib tadi, sudah siap pun, lega rasanya.

Ehh...ok lah...itu sahajalah dulu. Saya rasa, kalau rasa jemu dengan makanan ni boleh kekal sampai selepas puasa, boleh la saya jadi kurus sikit kan? Insyaa allah...doa bulan posa kan makbul. 

Ya Allah, kuruskanlah aku, dapat lah aku mencapai berat badan ideal dalam masa terdekat ini dan kekal lah aku sebegitu, janganlah aku gemuk balik...aaaamiiin. (Min, hang tolong doakan aku ye!)

okayyy, bubaiiii



Sunday, July 5, 2015

Hari ke 18 Berpuasa

Assalamualaikum.

Hari ini, hari Ahad, 5 Julai 2015, jam 9.50 malam. Kami sudah solat tarawikh dan sekarang ini sedang lepak-lepak.

Tokbomo pulak, asyik lah suruh saya update blog ni. Asyiikkkk tanya. Macam lah blog ni best sangat ke apa...haish...ada ke rasa stress sebab tak update blog...tak patut sungguh.

Tokbomo siap suruh saya tengok balik apa yang saya tulis masa bulan Ramadhan tahun lepas. 

Saya pun tengok lah juga apa yang saya tulis masa bulan Ramadhan tahun lepas. Tahun lepas banyak juga perkara yang berlaku sebab kami beli kereta baru dan Tokbomo baik sangat sebab berkorban menghantar saya pergi dan balik ofis hampir setiap hari walaupun keadaan trafik sangatlah teruk. Dia kesian dekat saya kut sebab saya memang mengantuk bila memandu waktu pagi ramadhan...kesian tu satu, takut pun satu hal jugak agaknya, ye lah, tak ke bahaya kalau siap boleh terlena waktu memandu...

Satu lagi perkara yang sering dibangkitkan sewaktu bulan puasa adalah peranan yang kami mainkan sebagai Datuk Bandar Simpanan Shah Alam. Haaaaa....saper ingat DBS nih? Malangnya, pada tahun ini, sama ada kami suka atau tidak, kami tidak dapat menjalankan tugas kami sebagai DBS lagi. Di KK pulak, tak de jawatan kosong...ehh, tiada langsung jawatan tersebut, sooo...kami duduk rumah ajalah, bermalas-malas.

Sebenarnya, hanya tinggal lagi seminggu aja sebelum kami balik ke Semenanjung. Tapii, sebelum balik itu, ada cabaran yang perlu kami lalui. Semoga Allah permudahkan semua urusan saya, serta team saya.

Ok lah, di sini dulu ye...nanti saya update lagi...selamat beribadah!