Assalamualaikum.
Hari ini hari Selasa, 5 Mei 2015. Kalau masih boleh dikira, sudah 35 hari kami di KK.
Baru-baru ini, sempena cuti panjang hari buruh dan hari Wesak, saya dan Tokbomo pun merancang untuk pergi berjalan. Of course we wanted to go to Kundasang, unfortunately, all hotel rooms were fully booked. Kami pun cari lah tempat lain yang masih ada bilik untuk kami. Dan kebetulan, ada gambar ini di ofis :
Yup, Tip of Borneo. Dan alhamdulillah, kami telah mendapat bilik yang terakhir di Tommy's place, di Teluk Simpang Mengayau, di mana terletaknya Tip of Borneo.
Sebelum pergi tu, we asked around lah macam mana nak pergi (asked around tu adalah asked office mates lah...depa kan dah lama tinggal Sabah). Kami juga buat some research by reading other people's experience going there. Antara perkara yang kami ambil kira adalah :
1) tempatnya tidak berapa jauh, adalah 200 km macam tu, tapi sebab tiada highway, the journey will take us approximately 3 hours
2) Clean toilet atau RnR memang "tiada", oleh kerana itu, get yourself prepared by drinking less before going.
3) Bila dekat nak sampai, kita akan jumpa pintu gerbang yang agak sedih ke Tip of Borneo and not long after that, akan ada signage ke Tip Of Borneo. Haaa....kami memang hati-hati betul untuk pastikan yang kami tidak miss the simpang sebab if not, kami kena ikut jalan dari Kudat pulak....
Berbekal kan ilmu yang sikit-sikit dan doa yang banyak-banyak, kami pun bertolak dari KK dalam jam 10.30 pagi. Saya sempat juga tidur 30 minit dlm kereta, ekekekke. Kami sampai dalam jam 1.30 tengahari, sewaktu cahaya matahari memancar-mancar.
Okayy...lepas park kereta, kita orang survey tempat lah...
Biruuuuu, awan biru, laut pun biru
Lepas tu, kami berjalan ke "tanduk" tu. Sewaktu kami baca blog orang lain, mereka pakat-pakat cakap yang tempat ini angin sangat kuat dan ombak juga amat ganas. But somehow, waktu kami di sana, angin tidak berapa kuat, ombak juga sederhana aja...
Bila sampai aja, Tokbomo terus cakap yang dia nak turun ke "Tanduk" tu. Yang saya pulak tanya dia balik "Saya macam mana?".
Tokbomo kata "laaa, dah sampai, kita mestilah turun".
Haiyooo...ada orang kata, agak mencabar juga nak turun ke tanduk tu. Lebih-lebih lagi, saya waktu tu hanya pakai selipar jepun aja. Ada juga blogger lain yang kata kalau berat anda lebih daripada Xkg, you are not advised to go down to the "Tanduk". Soo...I was worried.
Tapi Tokbomo insist, dia sabar aja tunggu saya dan sentiasa hulur tangan. Berkat kesabaran Tokbomo tu, saya berjaya juga sampai ke Tanduk tu, dengan selipar jepun saya tu. Jom tengok gambo yang kami amik
Ada banyak lubang di batu-batu...ini adalah salah satu daripadanya
Tokbomo bersemangat nak ke hujung "tanduk" tu.
Gambar bukit yang perlu saya turuni dan panjat pula selepas itu untuk turun/naik ke "tanduk" tu
Tokbomo...belakang tu Laut China Selatan rasanya
Sempat pulak dia berselfie
Yang ni pulak, belakang tu adalah laut Sulu. Oh yeee, bagi mereka yang tidak tahu, tempat ini adalah pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan
Ini lah satu-satunya gambar kami berdua di "Tanduk" tu, oleh kerana itu, walaupun tak lawa, saya letak juga...kenangan kami ni
Saya, belakang tu Laut Sulu. Air laut itu adalah super jernih, nampak isi laut.
Saya suka gambar ni....awan tu cantik
Bayang-bayang Tokbomo tengah ambil gambar ketam
Saya di tempat hakisan juga menjadi tangga sewaktu naik dan turun bukit tu
Lepas tu kami naik dan mestilah ada sesi minum air dan termenung sambil berangan kan
Tokbomo excited nak bergambar di sini sambil menunjukan lokasi kami di atas peta itu
Saya....
Tokbomo...mata tak leh buka...ekekekeekk
Saya pulak....
Gambar kami berdua
Saya pulak bergambar di peta tu
Saya pulak tunjuk lokasi saya di mana, atas arahan Tokbomo la
Lepas tu, berjalan balik ke parking...panehhhhhh....memang gelap saya selepas itu
Kami kemudiannya ke rumah tumpangan kami di Tommy's Place
Depan bilik kami adalah jalan dan sebelah jalan itu adalah laut...tempat kami pergi makan dan tengok sunset
Haaa...papan tanda
Kami dapat bilik corner lot
Haaa...gambar bilik. Boleh la, clean bed, clean toilet.
Kami excited masuk bilik, pergi toilet, solat dan dua-dua tertidur. Lepas tu, kami bangun dan Shuk kata "jom makan tepi laut".
Haaa....saya masak nasi dengan ikan tenggiri masak tumis (merah)
Tak de pokok tau kat pantai ni. Akhirnya, kami duduk aja atas batang kayu ni, tengah panas. Tokbomo kata "cikbib berlindung ajalah kat belakang saya, saya tak kisah pun kalau jadi hitam". Hikss...romantik tak kalu cakap macam tu? ekekekekek
Mula tangkap gambar matahari
Haaa...yang hujung sana tu adalah "tanduk" tip of Borneo tu
Saya....yay
Saya suka gambar kat atas ni, yang berdiri tu adalah Tokbomo
Gambar bekas bekal kita orang...
Ha ha ha...bergaya sungguh Tokbomo ni. Untuk pengetahuan you all, pasir di pantai ini adalah sangat halus
Lagi satu....
Saya...yang macho
Yay...matahari pelan jatuh
Wifi adalah slow macam kura-kura. Nak tengok wassup adalah mengecewakan di sini
Matahari semakin jatuh
Kami lagi
Makin jatuh
satu lagi.... hari dah gelap
zoom sikit kat matahari tu
Matahari pelan tenggelam
Cuaca dah makin gelap waktu ni
Lepas tu, kami balik ke bilik, mandi, solat, lepak dan tdoq.