Saturday, November 29, 2014

Hong Kong 2014 - Day 6

Assalamualaikum! 

It is now 10.33 pm, Saturday. Malaysia has just won 3-1 to Singapore in AFF Suzuki Cup...and I am happy.

Saya juga sudah basuh kain (guna mesin kali ni) dan sudah juga sidai. Sekarang ni musim hujan, oleh kerana itu, kerja-kerja untuk memastikan kain kering tanpa berbau adalah penting.

Setelah kerja-kerja membasuh selesai...marilah mengupdate blog. Saya akan bercerita mengenai hari ke 6, iaitu hari Jumaat.

Sewaktu saya masuk ke kelas saya pagi itu, saya nampak yang cuaca adalah berangin dan laut adalah berombak. Keadaan cuaca itu agak menakutkan, walau bagaimanapun, rakan dari Hong Kong mengatakan bahawa cuaca itu adalah biasa dan tiada masalah langsung mengenaik rancangan kami untuk menaiki kereta kabel di Ngong Ping.


Tengok...depa dah tukar carpet di dalam lift ke Friday 

Kelas hari ini adalah setengah hari kerana kami semua adalah digalakkan untuk menyumbang kepada ekonomi Hong Kong dengan membeli belah. Hikssss

Habis kelas, saya balik ke bilik menunggu suami saya yang bersolat Jumaat di Masjid Kowloon yang terletak di Nathan Road

Tokbomo bawa nasi beriani...murah sikit harganya, dalam HK$20...

rupa nasi tu tak lawa, tapi rasanya sedap, kami kongsi aja nasi tu

Tokbomo makan, kena lah isi minyak kan sebelum bergerak

Selepas solat dan makan, kami pun bergerak ke luar. Kita orang nak naik kereta kabel di Ngong Ping tu. Sebelum sampai ke stesen api di Ngong Ping tu, kita orang ada berhenti di perhentian untuk transit ke Hong Kong Disneyland. Bila sampai di situ, Tokbomo cakap "lain kali kita pergi Disneyland ye Cikbib"

Saya tak sangka yang hubby berminat untuk ke Disneyland, tapi kalau dia berminat, bisa saja kami pergi di lain waktu, insyaa allah kalau ada rezeki.

Kami sampai di stesen kereta kabel tu, dan beli ticket...tak ingat pulak harga ticketnya.

gambar kabel nya...hari ni orang belum ramai sangat


Saya...


pemandangan 

mula mendaki

view






 suami saya...waktu ni batteri camera dah nak habis...macam geram aja kat Tokbomo sebab tak charge battery...tapi tak pe, handphone ada kan 

saya...dengan posing menarik....kih kih kih

airport, tapi cuaca sangat berjerebu


kami naik kereta kabel ni ke Pulau Lantau. Tokbomo ada recall yang dulu, kalau dia tengok filem Hong Kong, orang-orang jahat akan ke Pulau Lantau untuk melarikan diri. Tempat ni macam secluded dan kurang membangun. Daripada kereta kabel, kami nampak ada trek yang boleh dilalui...macam teringin juga nak pergi. Mungkin boleh bawa bekal kan

Sampai aja kat pulau tu...kami nampak ada satu kedai halal dan Tokbomo terus nak makan lagi...he he he

kami beli kebab dan coffee, kongsi


bukan lapar sangat, tapi excited nak makan jugak jugak


Lepas makan, kami ke depan sikit dan nampak starbuck...haaa...terus Tokbomo menyesal sebab dah minum kat kedai yang terdahulu tu.

Bila kami sampai di sini, cuacanya sangatlah berangin, sejuk dan macam nak hujan...


Sempat tangkap gambar ni






yang ni guna self timer

yang ini pulak...he he he...ini gambar terakhir guna camera sebab bateri akhirnya habis.

Kami beratur dekat 30 minit untuk naik kereta kabel semula. Sewaktu beratur tu, ada pulak satu coupe mat salleh di depan kami. Yang lelaki tuuu, sangat handsome dan sangatlah romantik dengan pasangannya. Ramailah perempuan-perempuan Hkong, termasuk saya yang asyik melihat si lelaki ni.

Lelaki tu, muka dia macam Ben Affleck sikit-sikit.

Sampai di bawah, kami singgah di station MTR tu yang ada tempat shopping famous yang bernama Citigate (macam JPO sikit-sikit). Kami jeling-jeling lah barang-barang kat situ...tapi tak beli apa apa pun. 

Lepas tu, kami balik ke Nathan Road dan proceed ke Chungking Mansion. Kami ke Restoran Syed dan makan roti canai

 
Roti canai tu dia jual satu set dua keping. Kari ayam tu asing, Set ini harganya dalam HK$55. 

Tokbomo...sedap roti canainya. Kami order lagi satu set pun lepas tu...he he he.

Lepas tu, balik hotel dan berkemas untuk esok....

Bila Bangun Lewat

Sekarang ni dah dekat 11.30 pagi, hari Sabtu dan saya masih belum buat apa-apa lagi.

Bahana bila you started the day wrongly! DISLIKE!

Reason is simply because you woke up late. You missed your morning run. Schedule basuh kain lari. Skip breakfast of which may cause the whole weekend ruined because hubby may get his stomach ache or pening kepala. And all this happened just because you woke up later than you are supposed to.

Anyway, here I am, still has not showered yet, updating my beloved blog. Let's start with blogging..hiks. Later, I need to get prepared for a kendhuri and tomorrow, we'll be going to Teluk Intan, there's another programme with my good old friends.

Bila ada banyak program dengan kawan ni, teringat pulak dengan keluarga, teringat dengan Imran, Iman dan Irfan...teringat pulak kakak saya nak pindah rumah...tak pergi menolong pun. Hmmm

Bila saya tengok schedule saya untuk bulan December ni, macam setiap weekend ada programme...macam mana ni. I am trying to have a getaway session lah...maybe dengan keluarga di Ipoh...semoga ada rezeki.

Hmmm...itu sahajalah dulu...have a good weekend everyone!



Tuesday, November 25, 2014

Tempat Makan Baru

Assalamualaikum.

Hari ini hari Selasa. Seperti biasa, selepas Maghrib, kami berdua pun keluarlah untuk makan malam. Mula-mula Tokbomo nak pergi makan di Kedai Kopi yang terletak di Dataran Shah Alam tu, terlupa pulak yang kedai itu tutup pada hari Selasa.

Bila tengok kedai tutup, saya pun mencadangkan kami pergi ke satu kedai yang kami telah ternampak selepas kami pergi ke DEMC baru-baru ni. Nama restaurant tu, adalah seperti di bawah :

Nampak sangat menarik kan? Restaurant ni terletak di Plaza Azalea, Seksyen 14...hiks...tak jauh dari DEMC.  Jommmm kita terjah

Hmmm, signage tu dari dekat

Haaa, boleh duduk di dalam,

 tapi ye lah, Tokbomoh mesti perlu oksigen lebih kan, so, kita duduk lah diluar.

Kami disambut dengan senyuman ye...so, yang tu kita bagi markah penuh.

Lepas tu, kami tengok menu dan harga, mak aih, mahal!! Terlampau mahal buat kami yang memang makan di luar selalu kan. Tapi kalau datang sekali-sekala, boleh la kut.

Kami akhirnya order satu aja meal untuk menjimatkan duit...

Kami order Chilli Cheese Fries ni, big portion and cost us RM18.00. Saya ingat juga yang harga Olio Oglio adalah RM30.00

Hazelnut coffee cost us RM10.00

Saya order air suam aja, tapi saya songlap air kopi tu separuh...ekekekek

 
Tapi we have no problem with the taste...sedap. Coffee pun sedap. Layanan pun cepat dan friendly enough. Harga aja la mahal sikit

kertas tissue pun menarik

Dannn....licin....alhamdulillah.

Balik dari kedai ni, kami pergi ke CIMB Bank yang terletak tidak jauh dari restaurant ni, Lokasinya menarik dan berdekatan dan memudahkan. Parking pun banyak...jadik...buat masa ini tempat ini adalah sangat menarik....boleh lah cuba especially untuk mereka di jalan Platinum tuh,


Sunday, November 23, 2014

Hong Kong 2014 - Day 5


 Hari ke 5. Hari khamis...2nd last  day.

Pagi, sebelum saya keluar, saya cakap la kat Tokbomo yang saya mungkin tidak boleh keluar malamnya lama-lama sebab the next day kena buat some preparation. Tokbomo pun cakap..."okayyy"

Tapi, bila balik aja ke bilik petangnya, saya terus ajak Tokbomo pergi sky100. Yup...terus saya tengok panduan nak pergi ke sky100 tu daripada booklet yang kami ada tu. Kena tengok dan buat catatan sikit. Baca kat bilik senang sikit sebab boleh pakai glasses, dan terus arahkan ke lampu yang terang sikit...maklum lah, sudah sedikit rabun. 

saya...melihat map...kerja melihat map adalah kerja saya. Saya akan tengok nak naik train apa, turun kat mana, transit train ke dan keluar exit pintu mana. Senang aja kalau kita ikut betul-betul arahan.

waktu nak pergi sini, kami turun stesen mana ntah dan kata kunci seterusnya adalah ELEMENTs...cari exit ke ELEMENTs

yup...entrance

beli ticket

Harga ticket adalah HK$180. Lebih kurang RM90 seorang

Jalan...tangkap gambo kat sini sat
  
ni dalam lift

haaa....sekarang dah 250 metres pulak

Kami dalam lift

saya

kena lalu lantai macam ni bila keluar dari lift


rasa licin sikit...hiks 

kami sampai dalam jam 5.45...dah gelap...jadi tak nampak sangat laaa...nak buat macam mana kan, saya hanya free malam je

kat kaunter dia 

yes, 393 m above sea level 

saya termenung

gambo ni, kami letak camera kat dinding...jadi lah macam ni 

yang ni kami minta tolong ada sorang mamat ni tolong amik

yes...sky 100 adalah yang ke 7 tertinggi di dunia. 

no caption 

gambo tak jadi...tapi nak letak juga


Shuk dan handphone...kadang-kadang terganggu juga bila dia tengok handphone memanjang. Mungkin lepas ni kami akan kuat kuasakan no handphones on certain time....

ada kedai cenderamata...kami tak beli pun

lepas tu kami pun balikkk....ada restaurant kat atas tu, tapi kami tak berminat...

Bila kami turun pulak, kami dapati semua kedai yang ada adalah totally irrelevant. Tempat ni lagi dahsyat dari Nathan Road, ataupun Habour City

Tapi tak pe, kami pun cari lah aktiviti sendiri


Hmmm...Dolce n Gabbana...dan Richard Mille...

Hermes...Shuk terus teringin nak tengok handbag kat kedai ni 

cuba nak bergaya macam patung tu

Cartier....nak beli jam Tissot pun sesak, inikan pulak Cartier kan

Piaget

decoration krismas baru bermula 

jam yang ni harga beratus ribu...tak pe, tengok free

Ada serupa tak? ekekekekek...kami mengisi masa kami buat benda macam ini ajalaa

Tempat ni, walaupun tidak sesuai, tapi saya suka juga sebab sangat mewah sehingga bau tempat ni pun sangattt wangi...serious

Lepas tu kami pun balik naik MTR. Kami pergi makan kat Nathan Road again

gambar kad octopus yang sangat berjasa juga ticket untuk ke sky100 


bergambo di restaurant yang kami makan 3 kali di Hongkong. Tokbomo lagi banyak kali, ada 5 kali kut

Saya dan Tokbomo ada berkelahi juga fasal makanan ni. Bukannya apa, Tokbomo hari-hari nak makan nasi beriani aja....heee. Oleh kerana itu, malam yang ni, Tokbomo konon beralah...kami makan spaghetti....tapi kan...macam tak sesuai pulak...tak pedas

sebab Tokbomo tak suka spaghetti tu, kita orang order lah roti nan ni dengan lentil soup juga.

Lepas tu....balikkkkkk....tidur.