Sewaktu saya di tigkatan 2 dan tingkatan 3, saya telah belajar di sebuah sekolah di Balik Pulau, Pulau Pinang. Antara cikgu yang paling dekat di hati kami adalah dua orang guru Bahasa Malaysia iaitu Cikgu Hasran dan Cikgu Amin.
Kedua-dua cikgu sebenarnya baru sahaja mendapat ijazah mereka pada waktu itu dan kami adalah antara murid mereka yang terawal.
Baru-baru ini, kami telah berpakat untuk melawat kedua-dua orang cikgu ini. Berita ini telah di war war kan di dalam Wassup Group dan telah mendapat sambutan. 11 biji kereta telah bertemu di tol Jasin dengan jumlah manusianya adalah seramai 43 orang, termasuklah kanak-kanak.
Ada gambar...
Ini adalah satu antara 11 kereta yang pergi. Saya driver kali in. Kawan-kawan yang lain adalah Zahrah, Nora dan Sam. Kami bertolak dalam jam 8.05 minit pagi daripada stesen komuter Batu 3, dan telah sampai di Tol Jasin dalam jam 9.35 pagi.
Perjalanan 1.30 jam tu dirasakan sangat pendek sebab kami memang asyik pot pet pot pet sepanjang jalan....maklumlah, dah 30 tahun tidak berjumpa.
Sampai di tol Jasin, kawan-kawan yang lain sudah sampai dan sedang makan. Ada banyak menu, ada yang sponsor nasi lemak, ada yang bawak sandwich yang sangat sedap, ada kuih muih....banyakkkk
Kena la cari port yang redup kan...haaaa....tepi bangunan ni
makan dan bersembang. Bila saya tengok balik gambar-gambar yang ada, semuanya asyik tersenyum aja....kami semua ceria dan jadi macam budak-budak berumur 15 tahun balik
haaa...cookies yang Zahrah buat yang super sedap....lagi sedap dari famous amous
Lepas makan, dalam jam 10.15 pagi, kami bertolak ke rumah cikgu Hasran. Sebab memang tidak pernah sampai tempat ni, saya telah cepat-cepat chop belakang Wak Ram...ketua tunjuk jalan kami
Haaa....kereta-kereta yang terlibat. Kereta saya yang warna putih tu...
Haaaa....sampai dah di rumah cikgu. Ini adalah kasut-kasut kami
Sampai di sini, sekali lagi kami dijamu. Ada nasi tomato pulakkkkk
Haaa, cikgu kami siap order nasi tomato. Kami pun, dalam cuba nak kurang kan makan, masih juga makan...
nasi tomato...
makanan lain yang kawan-kawan saya bawa dari KL. Kuih-kuih dan buah-buah
Sibuk, semuanya rajin dan bekerjasama
Yang ni gambar living room room rumah cikgu
Makan dan sembang...tengok muka-muka tu, semuanya ceria
Fai dan Zahrah...dua classmate saya dulu
one group photo, yang dukung budak tu adalah cikgu Hasran
before we left, another group photo di depan pintu rumah cikgu
Selepas itu kami ke rumah Cikgu Amin pula yang terletak tidak sampai lima minit perjalanan daripada rumah Cikgu Hasran
Rumah yang ini meriah..warna merah dan kuning
tempat ni boys duduk
pintu antara tempat lelaki dan perempuan
yang tiup kek tu cikgu Amin, and the cake was prepared by Zahrah again...kagum saya sebab kawan saya ni pandai masak kek
the cikgus yang banyak jasanya kepada kami...Cikgu-cikgu ni ingat semua nama kami sampai ke nama ayah kami. Terharu betul.
group photo di depan rumah Cikgu Amin
Lepas tu, kami balik
Sebelum tu...haaa....ini adalah BFF...kami gang betul waktu form 1-3. Ini pun tak cukup korum sebab Azah, berada di Kuantan.
I had a great time lah waktu pergi Melaka ni. Sebenarnya ada banyak lagi gambar, tapi saya tidak masukkan semua. Seronok jumpa kawan, seronok jumpa cikgu, seronok sebab dapat menggembirakan cikgu...alhamdulillah. Semoga ada rezeki kami beraktiviti bersama lagi.