The moment I opened my eyes this morning, I was sooooo happy, yup, it's Saturday, it's a holiday, yipppeeeeee!!
We have a long list of things to do today and the first thing was to send my pesona for it's 60,000 km service.
After that, we had breakfast at cili merah,
Then we decided to go to Komplek PKNS, looking for baju raya, yay!!
Beli, jangan tak beli...saya beli..satu, dua, tiga baju kurung...itu je lah kut untuk tahun ni, kalau tidak, budget burst.
lepas tu, beli majalah, beli harmoni dan majalah wanita....saja untuk menghiburkan diri saya...
lepas tu, kami pun balik rumah, tapi singgah sekejap di seksyen 2 untuk beli ABC special tu..ye lah, sebelum puasa kan.
balik, makan ABC, tengok tv dan tidur.
Pukul 5, keluar ambil kereta, bil nya...RM700 lebih....memang asyik macam tu aja bil nya. Kali ni, kami perlu ganti break pad juga yang sudah habis sebelah, maklumlah, saya hari-hari asyik menekan brek kereta sepanjang perjalanan pergi dan balik.
Selepas tu, kita orang pergi Plaza Masalam, nak makan...sambil tu, saya tengok juga baju raya di situ. Saya perasan sekarang ni ada banyak baju dalam saiz ss, sss, sssss, tapi XL tak de. Bukan kah ini tidak adil? Ingat orang kurus je ke nak bergaya? Ingat orang gemuk tak nak bergaya ke? haaaa, dah marah ni.
Saya pun nak tanya lah orang yang jual baju tuh, ye lah, awat hang jual semua baju kecik je. Yang budak tu pun, jawab la dengan polite nya,' tak de la kakak, saiz terbesar, 42 je.'.
Yang saya pulak, baru je nak mengeluarkan soalan provokatif tu, tiba tiba baru lah perasan yang budak jurujual pun boleh tahan tembamnya...ha ha....mesti dia pun sedih jugak...lagi pun, kedai tu bukan dia yang punya.
Selepas insaf, saya terpandang pulak ada sorang wanita ni yang lagi gemuk dari saya, dan dia sedang membelek-belek baju juga, and of course disappointed, bila tengok dia, saya langsung terbersyukur sebab saya belum lagi ke paras gemuk setara itu, and at the same time, saya berdoa semoga saya tidak akan sampai ke tahap itu, amiiin.
Haaaa, kali ni kami round sampai tingkat teratas plaza Masalam tuh, saya siap beli beg untuk isi fail yang saya selalu bawa balik, beli polka dot...yang nampak professional sangat tuh, membosankan.
Annnd, esok kami plan nak pergi midvalley, beli baju Encik hubby pulak. Bulan puasa nanti, since shopping punya kerja dah habis, kita orang boleh buat benda lain pulak, macam mengecat tepi pintu yang baru diganti tuh...
Saya happy hari ni dan saya rasa sihat, thank you Allah...
huhu .. cik bib , saya takut la kalau semua baju cantik yang saya nak takde saiz ..
ReplyDelete