Tuesday, April 21, 2020

Throwback : Bercuti di Terengganu

Assalamualaikum.

Hari ini hari Selasa, 21 April 2020 dan kita masih di dalam PKP. Saya letakkan tarikh ini sebagai tarikh di mana bermulanya saya menulis post ini kerana saya mungkin mengambil masa lebih daripada satu hari untuk menyempurnakannya.

Seperti biasa, saya sibuk aja dengan WFH, di tambah pula dengan urusan masak memasak. Hikss...selalunya saya meluangkan lebih kurang 1 jam sahaja, atau kurang daripada itu untuk menyediakan makanan. Walau bagaimanapun, oleh kerana hari ini saya masak menu special sikit iaitu  rendang kerang, saya telah menghabiskan masa hampir 2 jam di dapur. Adeh, lama tuu, tapi siap lah juga rendang kerang saya. 



Saya tangkap gambar tetapi gambar itu menjadi pelik seperti di atas. Tapi tak pe lah, saja nak kongsi tentang kejadian rendang kerang saya. Inilah kali pertama saya buat rendang kerang dan sedap, alhamdulillah. 

Ianya bermula minggu lepas di mana tiba-tiba saya telah teringat tentang hari raya dan rendang kerang kakak ipar saya. Suami saya telah beli online kerang sebanyak 3 kg. Saya proses kerang tu, rebus dan kupas untuk mendapatkan isi (suami tolong) dan letak di dalam peti ais sebab bahan-bahan untuk buat rendang tidak ada. Untuk proses sahaja sudah 2 jam, masak rendang lagi 2 jam...uish, inilah masakan yang paling lama saya pernah masak...hiks. 

Lepas makan (dalam jam 3.30 petang) saya mengadap komputer semula sambil makan bubur kacang, allahuakbar. Lepas tu terus berdoa "Ya Allah, kurniakanlah aku kesihatan yang baik, jauhkanlah aku daripada kegemukan, aaminn".

Saya juga ingin mencatatkan di sini di mana Keluarga Opah Chemor telah telah menerima berita sedih di mana ibu kepada kakak ipar saya telah meninggal dunia (Mariyam Che Ros). Oleh kerana PKP, tidak ramai yang boleh melepasi "roadblock" untuk hadir di pengkebumian allahyarham. Walau bagaimanapun kami telah dimaklumkan bahawa beliau telah selamat di kebumikan tengahari tadi, alhamdulillah. 

Doa kami semoga di permudahkan semua urusan akhirat allahyarhamah serta dikurniakan jannah. Aamiin.

Sebenarnya suami saya sudah hint lama untuk saya membuat post yang baharu, walau bagaimanapun, saya diamkan dahulu kerana saya tidak pasti saya ingin menulis mengenai apa. Untuk mendapat idea, saya telah browse gambar yang ada dan berjaya mengumpulkan cukup gambar untuk post ini. Yup, saya ingin menulis mengenai percutian kami di Terengganu pada bulan Oktober 2019.

Ini adalah antara percutian pertama yang kami plan betul2 selepas kami balik ke Semenanjung. Ianya hampir dibatalkan kerana suami saya telah masuk ke hospital, walau bagaimanapun, alhamdulillah, tetap ada rezeki kami pergi.

Kami bertolak pada 5 Oktober 2020 (Sabtu). Abang saya telah mencadangkan supaya kami keluar daripada rumah pada jam 7.00 pagi tetapi kami hanya keluar pada jam 7.30 pagi. Kami telah bertemu di pertengahan jalan untuk breakfast juga ke toilet..



Tempat ini adalah sebuah petrol pump yang terletak selepas Genting Sempah. Best juga tempat ini, agak cozy. Sampai di Terengganu, oleh kerana banyak kedai makanan tutup, kami pusing-pusing, jumpa tempat makan ini...sebab dah lama perkara ini berlaku, maklumat mengenai nama kedai juga lokasinya telah hilang dari ingatan saya.


Makan nasi lagi....tapi sedaplah, alhamdulillah

Lepas itu, kami check in di Primula Beach Resort. Mak saya duduk di bilik Abang Hab dan keluarga, depa duduk bilik besaq sikit, kami duduk bilik biasa aja.

Haa, gambar emak saya satu

Selepas itu, kami pun settle down, solat dan berehat. Tapi abang saya sangat aktif di mana beliau telah ke sana-sini membeli makanan...macam-macam di belinya dan dia hanya berjalan kaki...I salute you my brother.

Salah satunya adalah ikan celup tepung dan coconut shake tu. Saya pulak sudah lama tidak makan makanan yang banyak-banyak macam tu, jadi macam cultural shock pulak. But it was fun and very convenient for my mother since she can just sit down near the window, enjoying the sea view while everything was delivered to her.

Kalau dengan suami saya, perancangan memang tidak akan menjadi seperti itu. Suami saya mesti beramai-ramai ke mana-manapun...mungkin agak meletihkan untuk orang tua.

Best nya percutian kali ini ialah kerana kami tiada perancangan yang ketat. Kami cuma kata kami mahu ke Kuala Teregganu untuk bawa emak berjalan, nak tengok laut, nak pergi melawat Ecah (kakak saya), nak pergi pasar payang dan untuk saya, saya mahu makan keropok lekor.

Ahaaa...senang tu bahhh.

Jadinya kami pun telah pergi melawat keluarga kakak saya..


Lama tak jumpa depa ni, macam depa duduk jauh kat Sabah tu...anyway, mak saya sangat puas hati sebab sempat melawat keluarga kakak saya ni.

Pergi Pasar Payang..yay. Kakak ipar saya telah pinjam wheelchair dari hotel untuk membawa emak saya ke Pasar Payang. Saya pergi dengan suami saya pada lain masa, walau bagaimanapun saya tidak sempat membeli banyak barang sebab tiba-tiba sakit perut dan saya tidak jumpa proper toilet. Adoiiiii. Itu lah perancangan Allah kan, walau bagaimanapun saya tetap bersyukur sebab sempat sampai lobby hotel untuk urusan yang perlu, yeah.

Dan kami sempat enjoy laut...alhamdulillah

Suka gambar ini, abang saya dengan cucu sulungnya, Aryan



Enjoying the beach after breakfast


My mother and my brother


suami saya, dalam mengah tu, kami sempat sempurnakan 4 km pagi itu

Belakang tu ada gambar jambatan yang boleh angkat-angkat tu.

Suami saya sebenarnya tidak berapa sihat waktu ini, yup, dia baru saja keluar daripada hospital dan masih mengah...dia memang mengah sehinggalah dia buat angiogram di bulan Februari 2020.

Tapi dia tidak tunjuk dia sakit sangat, cuma di lebih banyak berehat, dan lebih banyak tidur dari biasa waktu tu...sian dia.

Lepas tu makan...inilah aktiviti yang paling kerap kami lakukan

Breakfast di hotel

Inipun breakfast di hotel juga

Dinner di Pantai Batu Buruk...sedap masakannya, memang orang Siam yang masak

Abang Ipar saya orang Ganu suruh beli keropok kat sini, memang sedap dan berbaloi. Kami juga ada beli satar...sedap juga. Rasanya rezeki kami waktu cuti yang ini memang dapat makan benda sedap ajalah.

Kami tinggal di KT 2 malam dan balik ke KL pada hari Isnin
  
 Bergambar di lobby hotel sebelum balik. 

Dapat lah family photo. Suami saya nampak okay dalam gambar, dia memang okay pun, tapi kena banyak bertenang sebab kadang-kadang susah bernafas.

Rasa macam boleh bercuti dengan Abang Hab and family lain kali. Cumanya Abang Hab kami ni terlampau cekap dan efficient, sampai kami tak boleh nak catch up...

Tapi secara keseluruhannya we enjoyed the trip and my mother has even suggested that we buy a house in Terengganu, next to the beach...hiks. Kami cuma janji yang kami akan bawa emak bercuti lagi, tepi laut juga....

Sebelum berpisah, saya nak tambah satu lagi perkara yang berlaku kepada kami selepas Shuk hospitalized adalah kami telah mendapat kereta baru(Toyota Yaris) pada 25 September 2020..

Mmmm...warna merah. Ini namanya kereta cari makan sebab kereta ini memang kereta untuk saya bekerja. Semoga di murahkan rezeki kita semua di sebalik semua cabaran yang bakal kita hadapi selepas selesainya isu Covid 19. Insyaa allah di setiap kesusahan, pasti ada kesenangan. Semuanya daripada Allah.

Hokeh, di sini dulu...jumpa lagi

1 comment:

  1. Toyota Yaris 25 September 2020 ye... Belum keluar lagi tuu hehe

    ReplyDelete