Tuesday, April 7, 2020

Throwback : Hello Semenanjung (8 Julai - 16 September 2020)

Assalamualaikum,

Hari ini 7 April 2020. Saya ingat nak berpuasa, tapi tak jadi. Walau bagaimanapun saya tetap bangun awal, goreng mihun (dah lamaa tak goreng mihun) awal-awal sebab sepatutnya ada online meeting jam 9.30 pagi. 

Lepas goreng mihun, saya bersiap, buka laptop, tiba-tiba meeting postpone. Haihhhhh....

Saya sempat pergi Guardian tadi sebab nak beli toiletries sikit juga air mineral. Kami juga terserempak dengan lori roti yang menghantar roti Gardenia di salah satu kedai, maka apa lagi, kami pun pergi lah beli roti juga. Selepas itu kami balik ke rumah, dan saya buka laptop semula, buat kerja.

Ok, mari kita bercerita mengenai memori saya kembali hidup dan bekerja di Semenanjung yang telah saya tinggalkan selama lebih daripada 4 tahun.

Pada hari pertama bekerja, kami telah bangun awal dan bergerak ke pejabat dalam jam 6.30 pagi. Kami sampai awal, dalam jam 7.00 pagi dan terus mencari tempat untuk sarapan. Saya hanya ingat LG1, tapi saya telah menghadapi masalah untuk berjumpa dengan lift untuk ke LG1...huh, saya rasa lost sungguh.

Ada kawan saya yang bagi remark macam ini "Alah Cikbib, baru duduk Sabah dah lost". Hah...saya bukan buat-buat, memang saya lost. Sampai sekarang ada perkara-perkara yang saya masih lost dan ramai juga orang yang saya tidak kenal.

Lagi satu, saya juga dapati ramai orang yang berubah dan kebanyakkannya kelihatan lebih tua, lebih-lebih lagi yang lelaki. Ye lah, rambut nampaknya ramai yang putih, tapi orang perempuan kan pakai tudung, jadi tidak nampaklah.

Ehh, melalut ke perkara lain pula, berbalik kepada breakfast di LG1 tadi, suami saya makan nasi lemak dan rasanya selama lebih kurang satu bulan, itu lah menu suami saya, tidak bertukar-tukar. Selepas sarapan, saya telah ke pejabat Pengarah HR untuk mendapatkan arahan seterusnya mengenai "Bahagian" baru saya.

Mengenai "Bahagian" baru saya ni, sebenarnya saya memang telah berdoa supaya saya ditempatkan di "Bahagian" yang terbaik untuk saya. Saya mahukan bahagian yang boleh membuat saya senang bekerja, mempunyai team yang baik, gembira, be able to develop myself...apa sahaja yang Allah rasa adalah terbaik untuk diri saya kerana saya sendiri tidak pasti apa yang sebenarnya terbaik untuk diri saya. Oleh kerana itu, sewaktu saya menerima berita penempatan saya itu, saya redha dan terus memaklumkan suami saya. Selepas itu, semuanya menjadi sejarah kerana segala-galanya berjalan dengan pantas.

Saya nak share juga gambar saya bersama dengan team saya..

Ada dua orang lagi Deputy yang tiada di dalam gambar, tapi ini sebahagian daripada orang kuat team saya. 

Nak share gambar ni, frame gambar lama yang saya jumpa di dalam kotak...kenangan betul.

Oleh kerana pada waktu ini kami hanya mempunyai satu kereta (kereta kami belum sampai daripada KK), suami mengambil keputusan untuk meneruskan aktiviti menghantar juga mengambil saya daripada pejabat. Walaupun aktiviti ini menyebabkan kos minyak/tol kami meningkat, saya berasa agak gembira kerana tidak perlu memandu, juga ada teman sewaktu menghadap trafik jam. Secara tidak langsung, ini memberi ruang untuk saya "adapt" dengan kehidupan fasa baharu saya.

Kehidupan sosial kami pula adalah sangat sibuk. Tidak seperti di KK di mana kami akan pergi ke Shopping Mall, di Semenanjung, hujung minggu kami sentiasa ada aktiviti. Kami pasti dapat jemputan sama ada untuk kenduri kahwin atau pun aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan keluarga/kawan-kawan.

Aktiviti-aktiviti ini juga menyebabkan badan kami agak terkejut kut, asyik makan aja kan, makan nasi minyak lah, nasi beriani lah, durian lah, ikan bakarlah, cendol lah....

Yang ini bersama ex-state directors (ladies)..first time saya makan makanan korea.

Suami saya ambil kuih lopes di Restoran Cili Merah...kami memang tidak masak langsung pada 8 bulan pertama kami di Semenanjung.

Pergi makan setelah selesai melawat cucu saudara di IJN...makan tengah-tengah panas ni memang lain sikit...

Cendol Jalan Bellamy. Kami pergi makan ikan bakar jalan Bellamy hampir setiap hari Sabtu, tanpa jemu. Balik aja daripada makan, bau belacan daripada kuah asam tidak akan hilang daripada tangan kami sehingga petang.

Makan durian. Ini satu gambar makan durian di rumah Abg Hab, tapi saya dan suami saya ada banyak sesi makan durian kami sendiri, memang kemaruk sedikit.

Lagi family gathering di luar, makan makanan Pantai Timur

Kenduri, ada banyakkkk kenduri. Ada di KL, ada yang di luar KL.

Kami juga ada mendapat khabar menyedihkan seperti perginya kakak kepada kakak ipar saya di Seksyen 18 Shah Alam, juga seorang Adik di Pejabat saya yang meninggal dunia di Phuket Thailand.

Saya berkesempatan untuk menunaikan solat jenazah untuk kedua-duanya, alhamdulillah. Tapi being a blogger sempat juga saya berlari-lari untuk menangkap gambar...hiks.

Kami juga telah menjual kereta Pesona kami..

Gambar terakhir bersama Pesona pada 25 Ogos 2019, syahdu aja rasa, tapi kehidupan perlu di teruskan.
 
Kami menyambut hari raya haji di Ijok. Rumah saya di Chemor memang tidak ada orang waktu ini...sedih.


Saya cuba istiqamah untuk exercise setiap hari Sabtu dan Ahad....alhamdulillah


Antara perkara yang buat kami rindu KK adalah urutan kaki di Wisma Karamunsing. Di Shah Alam, ada kedai urutan kaki oleh mereka yang cacat penglihatan, kami ada pergi ke situ.

Rumah kami masih berterabur, dengan barang-barang daripada KK yang telah sampai pada 26 Julai 2019.

Suami saya tetap cuba yang terbaik di mana dia telah membawa segala kotak masuk dalam bilik supaya ruang tetamu lebih kemas. Walau bagaimanapun, kami tetap stress sikit-sikit...hah

Sesungguhnya kehidupan kami masih tidak settle waktu ni, cuma kami terus berusaha untuk bertenang...

Oleh kerana keadaan rumah yang kurang semenggah, kami tidak dapat mengajak emak kami untuk bermalam, tapi kami cuba bawa emak keluar makan, bawa balik kampung, juga keluar melawat saudara mara. 

Ini boleh lah di katakan transition period. Rumah berterabur, nak cari barang tak jumpa, toilet tidak boleh guna, rumah pun macam nampak lusuh sungguh. Tapi kami teruskan...berdoa juga semoga Allah mudahkan dan semoga akan ada pengakhiran yang baik.

Dan...kadang-kadang, Allah bagi kami hadiah untuk tenang kan hati..

Sewaktu stress memandu, kadang-kadang kami boleh nampak sunrise atau sunset yang cantik, cuma kami tidak berkesempatan untuk menangkap gambar dengan sempurna.....


Kehidupan tetap diteruskan.

No comments:

Post a Comment