Saturday, April 4, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Assalamualaikum People,

Pada 16 Mac 2020 (Isnin), saya dan suami telah dikejutkan dengan pengumuman daripada PM mengenai PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 (Rabu).

Some people were very happy with this announcement but I have mixed feelings. Ye lah, inilah kali pertama mengalami perkara inikan, sooo, I was unsure. Cuma cerita-cerita emak saya mengenai curfew yang di alaminya pada zaman dahulu kembali bermain-main di ingatan.

Pada 17 Mac 2020, kehidupan di ofis menjadi sangat sibuk. Kami terpaksa menghadiri beberapa mesyuarat yang seterusnya di sambung dengan perbincangan di dalam kumpulan yang lebih kecil. Akhirnya sewaktu mahu balik ke rumah, hati saya rasa agak sebak. Yup, tiba-tiba sayu pulak sebab terpaksa meninggalkan ofis sebegitu lama.

Bangun pagi esoknya, kepala terasa berat. Hari pertama, kedua dan ketiga, tangan sentiasa memegang handphone sehingga tengah malam. Minggu pertama PKP berakhir dengan cepatnya. Begitu juga minggu ke dua. Alhamdulillah keadaan semakin baik di minggu ke 3 dan semoga ianya berpanjangan sehingga minggu ke 4. Ada soksek mengatakan yang PKP akan di sambung lagi sehingga akhir April. Saya doakan keadaan menjadi semakin baik dan kehidupan akan segera kembali normal.

Ahaaa, cerita kerja memang lah tak best, mari cerita perkara-perkara yang selain kerja.

Untuk pengetahuan anda semua, rumah kami baru sahaja siap kerja-kerja ubahsuai pada akhir bulan Februari 2020 (kami kembali masuk rumah pada 20 Februari 2020). 

Apabila kami balik rumah, kami terpaksa menghadapi habuk yang tebal serta kerja-kerja mengemas yang lain. Habuk daripada kerja-kerja ubahsuai ini bukan boleh di bersihkan dengan sekali atau dua kali mop, tetapi mungkin 20 kali mop pun belum bersih lagi.

Ini bukan kerja ringan ye dan alhamdulillah, suami saya memang in charged. Dia merancang kerja yang dibuat hari-hari dan saya boleh nampak yang bilangan kotak yang kami bawa daripada KK semakin berkurangan

Apabila PKP diistiharkan, selain daripada kerja ofis, semestinya saya juga menolong suami berkemas. Akhirnya, walaupun belum sempurna, dapur kami mula kelihatan seperti dapur orang lain, dan juga mula mengeluarkan asap, alhamdulillah.


Haaa...ini dapoq cum ofis saya juga waktu PKP.  Serabut...tapi ok lah jugaa

Saya sudah lupa menu pertama yang saya masak, tapi saya ada masak ayam masak merah, ikan jaket masak sambal, ikan bawal masak kari, ikan merah masak asam pedas, gulai lemak kacang buncis,  cucoq ikan bilis, cucoq kodoq...haaaa, benda-benda itulah sahaja pun yang saya pandai. 

Saya macam malas tangkap gambar, tapi bila saya tengok balik di dalam handphone, adalah juga gambar yang boleh saya tempek di sini...

Menu kepala ikan merah masak asam pedas bersama ikan buncis dan petai di tumis bersama ikan bilis. 


Gambar ini ditangkap sewaktu kami makan kali kedua (2nd round). Ikan jaket di tumis bersama petai.


Pada hari pertama dan kedua tu, kami keluar rumah dan minum pada petangnya. Konon rindu nak tengok langit.  Sekarang suami keluar seorang sebab saya buat aerobik kan...kononn.

Tengok kotak di belakang suami saya tu, yup, kami masih dalam proses untuk clearkan barang-barang yang di bawa daripad KK. 


Cokodok...teringin la nak makan cokodok ni lagi, kena beli pisang ni.


Anddd, makanan sihat kami. Makan jagung ni buat kami teringat jagung manis Kimanis..

Saya juga rindu untuk berjalan di Taman Tasik Shah Alam. Untuk memastikan tetap ada peluh masin keluar, saya cuba cari video-video aerobik di you tube dan ikut. Keluar lah juga peluh. Peluh akan keluar lebih banyak sekiranya anda tidak pasang kipas, ha ha...boleh lah. 

Saya juga sempat lah tengok movie di tv, kerana sebelum ini saya tak berapa sempat tengok tv. Sepanjang PKP juga saya tidak pergi melawat ibu saya di rumah kakak saya Mekyah. Walau bagaimanapun emak saya faham dengan apa yang berlaku sebab dia memang tengok berita TV3 hari-hari.

Allah juga telah bagi sedikit cabaran apabila rumah kami menghadapi masalah di mana air tidak naik ke tangki. Walau bagaimanapun Allah telah permudahkan urusan kami apabila kontraktor yang membuat kerja ubah suai rumah kami adalah juga jiran kami yang terdekat. Apabila suami saya hantar text memberitahu situasi yang kami hadapi, dia terus datang untuk membantu.


Saya rasa saya memang mahu menutup tirai untuk post pertama saya ini, walaupun suami saya berpesan tadi minta saya menulis panjang-panjang (walaupun dia tak baca detail sangat). Maybe this is a good start already lah kan.

Sebagai penutup, saya doakan semua rakyat Malaysia okay dan cukup perkara-perkara asas untuk hidup. Sekiranya ada masalah, sila hubungi mereka-mereka yang boleh membantu. Saya tahu ramai yang terhenti punca pendapatan kerana tidak dapat keluar mencari rezeki.

Saya juga tahu ramai yang risau dengan apa yang berlaku selepas PKP. Adakah banyak syarikat yang akan tutup, ramai yang akan kehilangan kerja...banyak benda yang tidak baik terbayang di dalam fikiran kita.

Kita berdoalah banyak-banyak. Semoga dengan niat untuk membantu rakyat, keadaan kewangan kerajaan dapat bertahan dan kita dapat bersama-sama menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

Kita fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik insyaa allah, apa juga keadaannya, akan dipermudahkan. Aaamiin.

Sampai di sini dulu...




No comments:

Post a Comment