Tuesday, April 14, 2020

Throwback : 17-23 September 2019

Assalamualaikum,

Hari ini 13 April 2020, di mana sudah hampir sebulan kita mengharungi PKP. Sama-sama kita doakan semoga keadaan akan menjadi lebih baik, insyaa allah.

Di dalam post ini, saya akan menyambung cerita saya mengenai satu tempoh di dalam kehidupan saya dan suami yang telah berlaku pada 17 - 23 September 2019. Sesungguhnya tempoh yang mencabar ini telah menambah pengalaman hidup kami berdua, mengubah mengenai cara kami melihat kehidupan ini dan semoga ianya akan menjadikan kami insan yang lebih baik.

Pada 17 September, selesai makan malam, saya beserta suami saya telah ke Hospital Avisena, Shah Alam. Tujuan kami pergi ke hospital berkenaan adalah kerana kami agak "concern" dengan tekanan darah suami yang agak tinggi dalam seminggu kebelakangan. Kerisauan kami bertambah apabila berjumpa dengan abang kepada suami di satu kenduri kahwin di mana beliau telah bercerita mengenai tekanan darahnya semasa beliau diserang strok 6-7 tahun dahulu. 

Berdasarkan input yang kami terima itu, kerisauan kami telah memuncak maka kami kuatkan hati dan memberanikan diri untuk ke hospital. Tiba di hospital, apabila di periksa, tekanan darah suami saya memang tinggi dan dia telah di letakkan di di bawah pemantauan di mana tekanan darah beliau di ambil setiap 3 @ 5 minit .


Ini adalah gambar suami semasa sesi pemantauan selama 1 jam. Sepanjang masa pemantauan, tiada perubahan ke atas tekanan darah suami saya dan doktor yang bertugas telah bertegas untuk tidak melepaskan suami saya pulang ke rumah. Menurut doktor tersebut, sekiranya kami tidak mahu untuk masuk "ward" di Avisena, kami perlu pergi ke hospital yang lain, tetapi keadaan suami saya memang perlu dipantau di hospital.

 Kami berdua agak terkejut dan tidak pasti bagaimana untuk menghadapi keadaan tersebut. Kami tidak bersedia kerana suami saya memang tidak pernah makan ubat untuk tekanan darah tinggi selama ini. Sepanjang kami di KK, suami saya tidak pernah pergi berjumpa doktor kecuali sekali, itu pun atas sebab yang agak kelakar. Shuk juga agak yakin yang dia sihat dan jika ada kerisauan pun adalah sebab dia seorang perokok tegar sejak berumur 19 tahun. 

Malam ini juga menjadi sejarah kerana ianya menjadi permulaan hidup baru buat Ahmad Shukri tanpa rokok...alhamdulillah.

Apa yang berlaku telah membuat kami melihat kembali cara kehidupan kami sejak kami balik Semenanjung. Kami tidak nafikan yang kami telah menjalani cara hidup yang agak melampau lebih-lebih lagi sebab waktu itu adalah musim durian. Kami memang makan agak banyak/kerap buah durian. Mungkin atas sebab inilah tekanan darah suami telah mencanak naik. Pada malam 17 September 2019, tekanan darah suami saya ada masanya mencapai 190/110. Allahuakbar. Tapi kami tetap bersyukur kerana tiada apa-apa kesan buruk yang "permanent" telah berlaku.

Suami saya terus di masukkan ke ward pada malam itu dan kesemua proses hanya selesai dalam jam 1.30 pagi. Saya sampai di rumah dalam jam 2.00 pagi, dan keesokan harinya saya telah bangun awal, singgah di hospital dengan membawa beberapa barangan keperluan suami dan terus ke ofis.

Petang/malam selepas kerja, saya akan singgah untuk melawat suami di hospital. Itulah jadual hidup saya selama hampir seminggu. Saya akan singgah di mana-mana kedai makan terlebih dahulu untuk membeli makanan (waktu itu saya rajin berpuasa) dan akan makan di bilik suami. Kami tidak bagi tahu sesiapa pun mengenai situasi suami sehinggalah apabila doktor yang merawat suami saya telah mencadangkan supaya suami saya menjalani angiogram kerana suami saya tidak dapat menyempurnakan "stress test" yang dijalankan untuk mereka membuat "conclusion" sama ada ada "abnormality atau blockage" di jantung suami saya.

Berita ini agak merisaukan. Kami jadi takut dan merasakan yang kami perlu memaklumkan orang lain supaya mereka boleh berdoa untuk kami. Suami saya mula memaklumkan emaknya, juga adik beradik yang lain. Begitu juga saya.

Saya ingat lagi pada pagi Sabtu, 21 September 2019, apabila saya melawat suami saya, tiba-tiba dia peluk saya lama sikit dan waktu itu rasa macam sayu sikit, hah. Moment semacam ini jarang berlaku di dalam hubungan kami, jadi bila ianya terjadi, ianya memang memberi kesan kepada saya. Tidak dapat diterjemahkan dengan perkataan apa yang terjadi, tetapi ianya adalah luahan perasaan risau/sedih/takut/keliru suami saya. Saya yang di peluk pula adalah seperti biasa adalah keliru dan kosong, mungkin sebab itu, saya boleh menerima semua rasa risau/ sedih /takut /keliru suami saya itu...haaa...hebat nya saya menceritakan apa yang berlaku..kih kih kih


Selepas waktu itu barulah saya perasan yang suami saya diletakkan di HDU (Level 5). HDU ni macam kira elok sikit daripada ICU lah, maksudnya agak kritikal juga keadaan suami saya tuh. Sepanjang suami saya di ward, mesin tekanan darah sentiasa mengambil tekanan darah beliau secara automatik. Nurse juga sentiasa memantau tekanan darah setiap jam. Saya juga rasa yang suami saya sentiasa ada aktiviti semasa beliau di hospital.


Pernah sewaktu saya pergi melawat pada hari Sabtu dan beliau berada di Gym, untuk buat stress test. Kadang-kadang ke sini, kadang-kadang ke situ, sampai saya agak risau sekiranya saya mengganggu aktiviti-aktiviti rawatan yang beliau perlu lalui.

Walau bagaimanapun, oleh kerana suami saya masih boleh berjalan, selera makan juga masih bagus, kehidupan di hospital adalah agak menyeronokkan. Pekerja/nurse juga doktor adalah ramah dan mereka memang saling bergurau senda. Makanan yang dihidangkan juga adalah sedap dan memenuhi selera suami.

Tengok tu, seronok aja dia makan.

Haaa, sesi minum teh tarik pun ada juga sebab suami saya kata, doktor memang galakkan dia berjalan sikit-sikit di keliling hospital.

Ini gambar Mekyah dan Encik Ghaz datang melawat. Abang Hab bersama keluarga juga sempat datang dan kawan saya Azhana juga ada datang melawat, tetapi tiada gambar lah pulak. 

Pada 23 September 2019, suami saya telah dibenarkan keluar daripada hospital bersama-sama satu beg plastik ubat. Keadaan suami saya selepas itu memang berubah di mana beliau tidak boleh membuat kerja berat dan ada ketikanya agak sukar bernafas. Suami juga agak sukar untuk bangun pagi.

Selepas keluar daripada hospital, kami perlu membuat keputusan sama ada untuk menjalani angiogram dan sekiranya kami ingin menjalankan angiogram, kami juga perlu mengambil keputusan sama ada untuk membuat ujian tersebut di Avisena, ataupun di IJN kerana ianya melibatkan kos yang berbeza.

Ada pelbagai perkara yang difikirkan dan menambahkan tekanan kepada kami...hikssss.

Suami saya juga telah berusaha mencari rawatan alternative yang boleh menyelesaikan masalah "blockage" di jantung selain daripada stent/balloon/bypass sekiranya angioplasty dijalankan. 

Kehidupan diteruskan, tetapi saya memang rasa kehilangan pembantu terbaik saya kerana suami saya tidak berapa boleh berjalan jauh (dia cepat mengah) juga tidak boleh membuat kerja-kerja berat (angkat beg berat pun tidak boleh)...

Shuk juga perlu berjumpa doktor selalu, mula-mula dalam setiap 2 minggu dan selepas itu setiap bulan. It was quite a challenging period for us, tapi banyak perkara lain telah dipermudahkan, alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, semuanya telah berlalu, selepas ini saya akan bercerita mengenai bagaimana kami cuba mencari rawatan alternative yang sesuai buat Shuk. 

Kita jumpa lagi


















No comments:

Post a Comment