Saturday, April 4, 2020

4/4/2020 : Kata-kata Aluan Untuk Permulaan Baru

Assalamualaikum People,

Semoga anda semua sihat sejahtera di rumah masing-masing. Saya dan suami sihat, alhamdulillah.

Setelah hampir 9 bulan saya meninggalkan bandaraya Kota Kinabalu Sabah juga blog ini, hari ini saya kembali menulis, alhamdulillah.

Saya sebenarnya ada cuba menulis sejak 18 Mac 2020 lagi, iaitu pada hari pertama PKP. Malangnya, idea tidak datang. Mungkin sebab sebenarnya walaupun di rumah, tetapi saya "work from home". Yup, saya perlu sentiasa melihat message yang masuk ke telephone sebab kebanyakan adalah berkenaan kerja. But I guess the situation is improving, and maybe I have learnt and manage to cope with the situation better. 

Satu perkara yang mengejutkan sewaktu saya membuka blog ini adalah bilangan pelawat telah meningkat kepada 104, 600 ++ . Saya ingat lagi di mana azam saya dan suami pada tahun 2019 adalah untuk mencapai jumlah pelawat sebanyak 100,000. Tiba-tiba, dalam keadaan saya tidak membuat apa-apa "update" jumlah pelawat telah bertambah. 

Terima kasih semua yang sudi melawat dan membaca blog saya. Semoga saya akan dapat momentum saya dan menulis dengan lebih istiqamah selepas ini supaya anda ada bahan bacaan.

Okay, sila ambil post ini sebagai kata-kata aluan kepada permulaan baru saya sebagai blogger, hiks. See you with my next update soon!


No comments:

Post a Comment