Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin berkongsi satu peristiwa sedih yang telah kami (seluruh keluarga kami) alami baru-baru ini.
Pada 18 Jun 2019, lebih kurang jam 9.30 malam (bersamaan 15 Syawal 1440), abang ipar yang saya panggil Abang Hatta telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
--------------------------------------------------------
Masih segar dalam ingatan saya bagaimana buat pertama kalinya saya berbual dengan Abang Hatta melalui telefon dalam tahun 1983-84. Saya ingat lagi bagaimana seorang lelaki dengan sangat bersopan telah memulakan perbualan seperti ini, "Assalamualaikum, maafkan saya, boleh saya bercakap dengan Fatimah?"...hiks.
Ahaaa...dulu mana ada handphone kalau nak bertenet, maka terpaksalah berkongsi dengan adik beradik lain menggunakan telefon rumah.
Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, Abang Hatta dan kakak saya telah melangsungkan perkahwinan dan beliau secara rasminya menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Abang Hatta adalah antara menantu kesayangan emak saya, juga abang ipar yang kami hormati/kasihi.
Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, Abang Hatta dan kakak saya telah melangsungkan perkahwinan dan beliau secara rasminya menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Abang Hatta adalah antara menantu kesayangan emak saya, juga abang ipar yang kami hormati/kasihi.
Hubungan saya dengan Abang Hatta dan Kakak menjadi lebih erat apabila saya berkahwin kerana suami saya juga sangat rapat dengan Abang Hatta. Mereka sering datang melawat kami di Shah Alam dan adalah satu kemestian buat kami untuk singgah di rumah mereka di Ipoh sekiranya kami pulang untuk melawat emak di Chemor pada setiap bulan. Yup, di dalam blog ini, saya sering merujuk kepada mereka sebagai Gang Ipoh.
Setiap kali kami singgah di Ipoh, Abang Hatta akan berusaha untuk membawa kami makan ke tempat-tempat yang dia rasa sedap/interesting di Ipoh serta kawasan di sekitarnya.
Saya ingat lagi di mana pada satu malam, (di dalam tahun 2014 agaknya) Abang Hatta telah beria-ia untuk membawa kami makan ke tempat baru yang kononnya "hip" di Ipoh. Cuma saya perasan pada malam itu, yang memandu kereta adalah kakak, bukan Abang Hatta. Yup, pada malam itu kami dimaklumkan yang kesihatan Abang Hatta adalah kurang baik dan beliau akan bersara awal. Berita itu adalah permulaan kepada berita-berita sedih yang saya terima mengenai Abang Hatta.
Selain daripada keluar makan, kami juga pernah bersama-sama pergi berjalan ke Langkawi, Johor, Pulau Pinang, Terengganu dan pastinya mereka pernah datang melawat kami di KK. Sebenarnya kami ada banyak lagi perancangan untuk pergi bercuti bersama-sama kononnya selepas Abang Hatta bersara, walau bagaimanapun Allah ada perancangan lain buat kami yang perlu diterima dan di yakini adalah yang terbaik.
Kami mendengar serta menyaksikan perubahan fizikal pada diri Abang Hatta. Setiap kali saya mendapat berita, ataupun melihat sendiri perubahan fizikal Abang Hatta, pastinya hati saya menjadi sedih, kadang-kadang boleh effect mood saya seharian.
Tapi Abang Hatta memang berjiwa kental dan sering menjadi lebih sihat dan ceria sekiranya beliau boleh travel. Abang Hatta juga suka makan dan sewaktu dia datang ke KK makanan yang paling disukainya adalah goreng pisang cheese.
Pada saat-saat akhir kehidupannya di mana beliau tidak lagi boleh keluar rumah bersendirian, antara perkara yang menggembirakan Abang Hatta adalah saat di mana dia boleh makan di rumah.
Kakak saya pernah bercerita dimana dia telah menyediakan Abang Hatta makanan yang dia suka (saya lupa menunya) dan Abang Hatta telah memberi thumbs up untuk menu tersebut dan kepuasan di hati kakak pada waktu itu memang tidak dapat di ukur. Saya yang mendengar pun tumpang puas hati.
Pada bulan Januari baru-baru ini, sewaktu kami balik untuk cuti hari raya China, Abang Hatta telah sekali lagi di masukkan di hospital. Badannya telah susut banyak dan yang paling menyedihkan adalah doktor tidak membenarkan beliau makan. Sewaktu kami pergi melawat, beliau telah meminta untuk diberikan makanan dan bayangkan perasaan kakak saya pada waktu itu. Saya yang mendengar cerita sahaja pun telah berjujuran air mata.
Manisnya peribadi Abang Hatta ini ialah, walaupun beliau tidak boleh makan, beliau tetap mengingatkan kakak saya supaya makan. Abang Hatta juga terus menjadi seorang lelaki yang bersopan sehingga akhir hayatnya. Sewaktu kami melawat beliau, beliau sentiasa memastikan kami selesa, sudah makan dan sebagainya.
Keperhatinannya kepada orang lain juga tetap berterusan. Pada kali terakhir kami berjumpa dengan Abang Hatta, dia telah bertanya siapa lagi yang balik beraya di Chemor bersama kami dan suami saya telah menjawab "tak de orang lain Abang Hatta, selalunya Abang Hatta lah yang temankan kami". Teruslah drama air mata berlaku.
Pada 29 Disember 2017, iaitu tarikh hari lahir kakak, Abang Hatta telah menghantar message kepada saya untuk mengingatkan saya supaya membuat ucapan hari jadi buat kakak di Group Wassap keluarga. Ahaa...itu adalah side romantik Abang Hatta, dia adalah seorang yang sangat penyayang.
Pada 29 Disember 2017, iaitu tarikh hari lahir kakak, Abang Hatta telah menghantar message kepada saya untuk mengingatkan saya supaya membuat ucapan hari jadi buat kakak di Group Wassap keluarga. Ahaa...itu adalah side romantik Abang Hatta, dia adalah seorang yang sangat penyayang.
Pada 10 Jun 2019, sewaktu kami dalam perjalanan balik ke Shah Alam setelah beraya di Taiping, kami berhajat untuk singgah dan melawat Abang Hatta sekali lagi, tetapi kakak ada urusan dan tiada di rumah.
Pada hari Jumaat, 14 Jun, kakak saya telah menghantar message bertanyakan tarikh bila saya akan berangkat semula ke KK. Dia juga telah memaklumkan yang Abang Hatta telah dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman di paru-parunya yang menyebabkan beliau sukar bernafas.
Memang terdetik satu perasaan yang saya tidak dapat tafsirkan apabila saya menerima message tersebut lebih-lebih lagi apabila kakak bertanya tarikh saya balik ke KK. Saya sudah mula menangis selepas itu.
Memang terdetik satu perasaan yang saya tidak dapat tafsirkan apabila saya menerima message tersebut lebih-lebih lagi apabila kakak bertanya tarikh saya balik ke KK. Saya sudah mula menangis selepas itu.
Kami balik ke KK pada 16 Jun dan ianya adalah perjalanan pulang ke KK yang paling pilu buat kami.
Pada 18 Jun, lebih kurang jam 12.30 pm, kami telah dimaklumkan oleh Hazim bahawa atas nasihat doktor, keluarga di Ipoh bersetuju supaya bantuan pernafasan untuk Abang Hatta diberhentikan.
Malam itu (18 Jun 2019), sewaktu saya sedang memasak bubur kacang di dapur, saya telah terdengar suami saya membuat jerita kecil daripada ruang tamu. Hati saya memang rasa lain sikit tapi saya diam sahaja, Beberapa saat selepas itu, suami saya datang ke dapur dan memaklumkan kepada saya "Cikbib, Abang Hatta sudah meninggal".
Sesi menangis saya diteruskan selepas itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh kerana kami agak rapat dengan Abang Hatta, maka ada banyak perkara yang akan mengingatkan kami kepada beliau.
Oleh kerana kami agak rapat dengan Abang Hatta, maka ada banyak perkara yang akan mengingatkan kami kepada beliau.
Antaranya adalah di mana baru-baru ini saya teringin untuk makan maruku dan menyatakannya kepada suami. Suami saya terus jawab "dulu Abang Hatta yang bagi kita maruku, sekarang tak de lah".
Macam semalam, sewaktu kami ke Metro Jaya dan ternampak baju lelaki jenama "Arrow", terus kami teringat di mana kami selalu suka belikan Abang Hatta baju jenama itu.
Sewaktu kami pergi makan di Shah Alam pun kami teringat Abang Hatta.
Sewaktu Abang Hatta mula sakit, saya sering mendoakan semoga Allah kurniakan kesembuhan buat dia, semoga ada rezeki untuk dia melihat dunia ini kerana dia suka travel.
Tetapi apabila dia semakin tenat, saya doakan semoga Allah kurniakan yang terbaik buat Abang Hatta, juga kakak, juga anak-anaknya.
Sesungguhnya jangan kita silap dan menganggap cabaran ini hanya untuk Abang Hatta sahaja kerana sesungguhnya ianya juga adalah cabaran untuk seluruh keluarga juga orang sekeliling. Mungkin Abang Hatta di cabar dengan kesukaran kerana tidak sihat, tetapi jangan dilupa bahawa ahli keluarganya juga di duga daripada segi lain.
Sesungguhnya jangan kita silap dan menganggap cabaran ini hanya untuk Abang Hatta sahaja kerana sesungguhnya ianya juga adalah cabaran untuk seluruh keluarga juga orang sekeliling. Mungkin Abang Hatta di cabar dengan kesukaran kerana tidak sihat, tetapi jangan dilupa bahawa ahli keluarganya juga di duga daripada segi lain.
Saya doakan semoga dalam setiap cabaran yang Allah turunkan ada kesenangan/kemanisan buat Abang Hatta, buat kakak dan anak-anaknya.
Bagi saya, Abang Hatta telah melalui pusingan kehidupan yang sempurna.
Bagi saya, Abang Hatta telah melalui pusingan kehidupan yang sempurna.
Keadaan sakit itu menghapuskan dosa, juga adalah satu proses untuk menyediakan hati supaya redha dengan perpisahan kekal yang bakal dihadapi.
Sewaktu Abang Hatta tidak sihat, ramai kenalan sempat datang melawat untuk berjumpa, bermaafan dan seakan mengucapkan salam perpisahan. Bukankan itu satu proses yang cukup sempurna?
Saya nak share antara gambar Abang Hatta yang ada di dalam simpanan saya :
The fun side of him, always cheerful. Sewaktu beliau sakit pun, beliau tidak jadi pemarah atau merengus, cuma beliau lebih kerap menangis.
Sewaktu kami di Kundasang, dia suruh Kakak ambil gambar ini untuk di hantar ke Group Wassup Surau beliau.
Abang Hatta dan Shuk
Gambar sorang-sorang, I will miss that smile.
Abg Hatta dengan kakak dan Tiha. Doa saya semoga kakak kuat.
Saja nak share di sini, ig Ainaa, anak sedara saya
ini pula ig Airi
Ada juga beberapa gambar di sekitar pengebumian yang dihantar untuk tatapan saya di KK.
Ada banyak lagi gambar, tapi mata saya sudah bengkak sangat ni, saya rasa saya perlu berhenti dan mandi. Sekarang sudah hampir jam 9.00 pagi, sudah hampir dua jam saya menulis.
You know we love you Abang Hatta and we are missing you a lot.
Semoga di ampunkan segala dosa Abang Hatta dan dipermudahkan semua urusan akhirat Abang Hatta. Aamiin.
No comments:
Post a Comment