Assalamualaikum.
Hari ke 3 KIDKK di Sabah.
Saya bangun awal, solat subuh dan terus memeriksa sama ada Gunung Kinabalu nampak atau tidak.
Bila saya buka tingkap dan nampak gunung, apa lagi terus excited saya pergi ketuk pintu suruh orang bangun, ye lah, bangunkan untuk solat subuh dan tengok gunung. Selepas itu, kami pun berkampunglah di balkoni untuk menikmati panorama Gunung Kinabalu daripada balkoni homestay kami (Kundasang Guesthouse).
Alhamdulillah. Gunung Kinabalu jelas kelihatan daripada balkoni homestay kita orang
Kami meneruskan aktiviti tangkap gambar sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu.
Gambar di atas kena di kongsikan untuk memperlihat kan kekecohan di balkoni...sambil tengok gunung
Saya dengan suami betul-betul feel kali ini. Kami buat kopi, minum sambil berangan ada rumah di Kundasang...kih kih kih. Seronoknya kalau ada rumah di situ dan boleh jemur kain sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu.
Suami dan saya mengambil keputusan untuk mengambil angin pagi selepas itu.
Sebelum keluar, wanita-wanita ni minta tangkap gambar dari bawah...he he he, yang lelaki semua pakat tidur semula.
Kami meneruskan perjalanan sambil tangkap gambar...cantik kan? Dengan bunga-bunga berkembang di tepi-tepi jalan tu (abaikan model yang belum mandi tu)
Tengok rumah-rumah kampung. Saya rasa orang-orang Kundasang ni ramai juga yang senang berdasarkan keadaan rumah mereka.
Kami berjalan sampai ke Pekan Kundasang yang sudah meriah dengan pasar pagi yang menjual berbagai barangan
Suami saya...cuaca nampak terik, tetapi sejuk
Ada bermacam-macam barangan dan perkhidmatan yang di sediakan di sini, tapi saya rasa perkhidmatan ini adalah antara yang paling menarik...bayangkan kalau khemah runtuh waktu berurut badan, masakkkkk.
Bagi yang pernah ke Desa Cattle dan melalui jalan daripada Pekan Kundasang, pasti merasa curiga dan agak tidak pasti dengan keadaan homestay yang terletak di kawasan situ. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa, walaupun keadaaan di tepi jalan memang agak semak dengan kilang baja lah, mini market lah, construction lah, walau bagaimanapun, keadaan kampung di bahagian dalam adalah lebih kemas dan menarik.
I must mention here that it was a good walk because the weather was nice. Kami mengambil masa dalam 30 minit untuk ke bandar Kundasang dan 30 minit untuk balik semula ke homestay. Menurut suami kami berjalan lebih kurang 5 km. Ada juga cabaran iaitu apabila kami perlu mendaki bukit, haaaa, cemeh tidak putus urat kentut waktu itu.
Kembali ke rumah, para wanita telah siap minum/makan pagi sementara yang lelaki/kanak-kanak masih lena.
Kami makan dan lepak-lepak selepas itu. Saya sempat ambil gambar ibu mertua saya termenung di hujung balkoni. Teringin saya untuk tahu apa yang ada di fikiran dan hati beliau.
Kami pun berkemas selepas itu dan mendaftar keluar daripada homestay dan meneruskan perjalanan ke Desa Cattle.
Yay...gambar penumpang kami hari ini..ceria sentiasa
Waktu kami pergi ke tempat anak-anak lembu dan kambing, tiba-tiba ada pulak signage yang memberitahu bahawa anak-anak lembu dan kambing itu sudah kenyang. Hilanglah peluang budak-budak KIDKK untuk memberi anak-anak lembu/kambing minum susu.
Hah...lembu kenyanggggggg....alahai. Aktiviti memberi lembu minum susu sepatutnya adalah aktiviti yang paling menarik untuk budak-budak
Saya tidak suka muka saya waktu ini, tapi bila tengok gambar pemandangan belakang itu cantik, saya kongsi juga gambar ini dengan anda semua
Saya dengan adik suami saya
menikmati produk desa cattle
Saya dan suami selepas itu terus lepak bersama ibu mertua di situ sementara yang lain pergi mengambil gambar
Ini antara gambarnya
Setelah yang lain selesai bergambar, barulah kami bawa emak mertua berjalan ke kereta perlahan-lahan.
Dalam perjalanan balik ke KK, kami singgah membeli sayap madu di Pekan Kundasang. Lama juga kami berhenti di situ sebab saya sempat terlelap di dalam kereta. Saya makan juga sayap bermadu kali ini dan inilah kali pertama saya makan sayap walaupun sudah 3 tahun saya di bumi Sabah. Sedappp...tapi saya tidak berani makan kepak banyak-banyak.
Sewaktu dalam perjalanan pulang dan kami memang sudah keluar daripada Pekan Kundasang, baru kami teringat satu benda...yaaaaa...kami lupa singgah beli sayur di tempat jual sayur tuuuu...alaahhhh.
Kami meneruskan perjalanan dan telah singgah di jambatan Tamparuli. Saya tidak keluar daripada kereta kerana menemankan MIL serta seorang anak saudara saya yang demam campak. Saya juga sempat singgah di pasar Tamparuli untuk membeli sayur, alhamdulillah, Allah bagi juga saya beli sayur.
Gambar di atas di ambil daripada camera suami saya
Yang ini di ambil daripada facebook adik suami saya
Seterusnya kami singgah di rumah terbalik. KIDKK hanya masuk rumah terbalik dan tidak ke studio yang terletak di belakang rumah terbalik kerana mereka baru sahaja pergi ke studio yang lebih kurang konsepnya di Langkawi baru-baru ini. Saya dan Shukri tidak masukpun dan hanya tumpang ke bilik air dan bersolat di surau.
Rumah terbalik : Waktu bertenang..
Selepas itu, kami pun balik ke rumah di mana saya terus solat Maghrib dan menyinsing lengan untuk memasak. Saya masak kacang buncis tumis, goreng udang yang besar-besar tu, sambal sardin dan sambal tumis yang di bawa daripada Kundasang telah di panaskan semula juga telur dadar. Simple...tapi alhamdulillah semuanya selesai.
Selepas selesai makan dan mengemas, saya naik ke bilik, mandi, solat dan terus tidur kerana saya perlu menyimpan tenaga untuk esok. Esoknya, kami akan Kudat dan saya perlu bangun lebih awal kerana tayar akan bergolek tepat jam 8.00 pagi.
No comments:
Post a Comment