Sunday, April 8, 2018

Gang Kulim dan Ipoh Datang KK (KIDKK) - Day 5 (Karambunai)

Assalamualaikum.

Hari ke 5 KIDKK. 

Saya bangun untuk solat subuh pagi itu dan boleh nampak gunung dari bilik saya. Walau bagaimanapun, sebab letih sangat, KIDKK  lupa langsung untuk meninjau sama ada boleh nampak gunung Kinabalu daripada bilik mereka pada pagi itu.

Kami semua terlebih penat dan telah tidur balik lepas subuh. Perjalanan balik hari ke Kudat memang memenatkan dan kalau ada perancangan untuk Kudat, saya nasihatkan anda untuk bermalam di sana.

Walau bagaimanapun, saya rasa agak lega kerana perancangan untuk island hop telah dibatalkan.

Saya bangun pagi itu untuk sediakan minuman sementara suami telah pergi membeli roti canai. Lega saya kerana tidak perlu sediakan sarapan.

Walau bagaimanapun, selepas itu kami menyediakan gulai kari ikan, ikan goreng, ayam goreng kicap, sambal belacan dan timun. Semuanya bukan saya yang masak, saya jadi mandor sahaja...ha ha ha...bukanlah mandor, saya minta tolong. Suami saya insist minta Kak Maton masak kari.

Menurut perancangan kami akan bertolak dalam jam 1.30 petang, tetapi realitinya tayar kereta hanya bergolek dalam jam 2.00 petang. Kira okaylah tu sebab kami sampai dalam jam 2.45 petang dan kami boleh mendaftar masuk pada jam 3.00 petang.

Sampai di villa, saya dan suami sibuk masuk dulu, check tempat tu dan sibuk hidang makanan juga sebab lapaq. Nasib baiklah yang lain tu lebih excited sebab baru pertama kali sampai dan tangkap gambar. Ini adalah pandangan villa kami dari hadapan, nombol 110.

Ini pandangan belakang villa, villa kami yang sebelah kiri tu. Kolam renang terletak di sebelah kiri villa (tidak nampak).

Ini adalah pemandangan daripada belakang villa kami, nampak laut macam itu

Saya di dalam rumah pula, sibuk menghidang makanan. Menu daripada kiri adalah ayam goreng kicap, ikan goreng, udang goreng, ulam timun dan sambal belacan.

Ini pula adalah gulai kari ikan yang di masak oleh chef dari Ipoh


Haaa...ini chefnya, sedang ambil makanan

pinggan nasi saya

Selepas makan, saya telah solat Asar dan bersedia ke pantai. I love Karambunai because of it's long white sandy beach. Saya juga suka sebab ombaknya besar...seronok main ombak. Dannn...orang tidak ramai, jadi, adalah sangat selesa untuk main air.

Lihat pantai di belakang tu...cantik kan

Main ombak...kami terpaksa berhenti sebab hujan turun

Kak Maton dan Emak Mertua Saya

Balik daripada mandi laut, kami masuk ke dalam kolam pula, tiada gambar la pulak


Selepas itu, saya kami bertenang, minum dan lepak sementara menanti malam.

Malamnya tiada upacara apa-apa pun. Kami makan malam, bersembang, saya baca buku sikit dan tidur.

No comments:

Post a Comment