Assalamualaikum.
Semoga para pembaca semuanya sihat dan dan ceria selalu.
Pada 22 Februari 2018, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu pejabat, suami saya telah memaklumkan bahawa adiknya yang berada di Kulim bersama kakak yang tinggal di Ipoh serta ibu mertua saya bercadang untuk datang ke KK pada cuti sekolah bulan Mac 2018. Terujanya kami mendengar berita itu.
Sebagai panduan, kami telah menyediakan itinerary untuk persetujuan mereka. Itinerary nya adalah seperti berikut :
Hah...orang Kulim telah bersetuju dengan proposal yang ke 2 dan mereka juga telah mengambil keputusan untuk tinggal lebih lama dan anak-anak mereka akan ponteng sekolah 2-3 hari...hiks.
Kami telah membeli tiket online di mana untuk 8 orang jumlah kos tiket adalah RM2,500. Memang rezeki betul lah dapat tiket yang murah seperti itu semasa cuti sekolah, alhamdulillah.
Walau bagaimanapun, kami telah membeli satu tiket tambahan untuk ahli baru yang tiba-tiba nak datang juga dan harga tiket melambung di mana untuk seorang penumpang harga pergi balik adalah RM500. It is all about timing/rezeki.
Saya bayangkan orang di Semenanjung juga sibuk dengan pelbagai persediaan di sana sementara kami di KK juga sibuk. Kami bersihkan rumah, siapkan tempat tidur, beli/proses bahan-bahan mentah untuk di masak, mendapatkan tempat tidur di Kundasang juga Karambunai dan mencari kereta sewa dengan harga yang berpatutan.
Kami juga menyediakan proposed budget supaya semuanya lancar.
Sebulan selepas itu, pada 21 Mac 2018, gambar di bawah telah diletakkan di group wassup keluarga...
Yes, mereka sudah berada di KLIA 2. Nampak ceria kan? Saya masih di ofis waktu itu kerana cuba untuk menyelesaikan kerja sebelum bercuti.
Mereka telah terbang dalam jam 5.00 petang daripada KLIA 2 dan sampai di KKIA dalam jalam 7.30 malam.
Hah, suami sempat tangkap gambar waktu mereka keluar daripada balai ketibaan
Yay, happy faces
Sampai di rumah saya mereka telah dihidangkan mihun goreng udang bersama nescafe oleh Chef Cikbib...kih kih kih. Saya lah tukang masak selama hampir 7 hari mereka di Sabah (ada juga bantuan daripada mereka, tapi 80% saya yang masak). Saya tidak tahu lah sama ada saya masak ok atau tidak, tapi yang pastinya, mereka tidaklah kebuluran...kih kih kih.
Malamnya kami tidur awal kerana kami akan bertolak ke Kundasang pagi esok.
Okay...kita sambung nanti ye.
No comments:
Post a Comment