Monday, April 23, 2018

Conversation with Dear Emak

Assalamualaikum.

Hari ini hari Isnin, hari pertama bekerja untuk minggu ini. 

Ada rasa malas, ada rasa mengantuk, ada rasa nak pergi Langkawi, ada rasa nak makan laksa, tapi yang paling ketara sekali adalah rasa tidak tenteram. Mungkin banyak sangat dosa kut. Banyak sangat perasaan amarah, langsung jiwa tidak tenteram. 

Bila ada perasaan macam ini, saya agak gundah gulana juga di office ni dan oleh kerana itu saya telah mengambil keputusan untuk menelefon emak saya di Perak. 

Hmm...kalau emak saya ada mood bolehlah bersembang sikit, walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman terdahulu, 95% kemungkinan adalah emak saya tidak ada mood. Sabar ajalah.

Kali ini bila saya telefon emak saya macam mengah (breathless). Ahaaa...sepanjang perbualan tu saya dengar bunyi pernafasan emak saya. Emak saya ni dia kurang penyabar sedikit dan dia juga tidak suka membuat orang lain menunggu. Saya boleh bayangkan bagaimana dia meletakkan usaha dia untuk berjalan laju-laju untuk menjawab panggilan telefon saya sehingga dia semput. Maklumlah, sudah berumur 84 tahun.

Saya selalu cakap dengan emak saya untuk membiarkan saja orang tunggu emak dan tidak perlu tergesa-gesa, tapi ye lah kan, cara hidup itu sudah diamalkan selama lebih daripada 50 tahun, mana bisa dia berubah.

Anyway, we had a short conversation. Dia bercerita fasal kakak saya Mekyah ada balik rumah, dia bercerita fasal isteri Adli datang dan selepas itu bertolak ke Kedah bersama Huda dan Faiz dan akhirnya fasal mengundi. The conversation went like this:

Emak : Kamu balik mengundi?
Saya : Tak kut
Emak : Adik, kalau mengundi emak nak mengundi parti apa kali ni? Emak tak tahu lah...emak tengok tv tu emak macam tak faham
Saya :...*&(^%$#@!#%%^&***&^&*%$#@$%%
Emak : Tu lah, sekarang ni emak tak faham lah apa yang berlaku. Kalau tanya Ecah dengan Din (kakak dan abang ipar saya) mesti depa pandai. Mak pergi jumpa depa baru ni, asyik bersembang fasal politik aja.
Saya : Haaa...Kakcik pun sama lah tuh...
Emak : iye lah kut
Saya : Emak mengundi kat mana?
Emak : Selalunya dekat Sekolah Tamil Kelebang tu (saya dah check, betul)
Saya : Ye kut, kami pun dah kena tukar ke situ

Hiks...my mother is confused. Sebenarnya saya pun confuse juga dan sebenarnya, kalau saya balik Perak dan mengundi, saya memang tidak kenal langsung pun dengan mana-mana calon kecuali Husni Hanazlah dan ada seorang itu yang bernama Aminuddin sebab dia kawan abang saya.

Oleh kerana itu, saya main pangkah ajalah dan oleh kerana itu juga saya tidaklah bersemangat sangat  untuk membuang undi .

Saya masih mengekalkan tempat saya membuang undi di kampung atas alasan untuk balik kampung dan menemankan emak saya mengundi. Pernah di satu masa, saya temankan emak saya naik kereta khas (yang disediakan oleh UMNO kut)  untuk ke tempat mengundi emak saya di Kelebang. Emak saya selalu excited dan akan cakap dekat saya "ini kali ke 13 emak mengundi".

Panjang umur, ini akan jadi kali ke 14 emak saya mengundi.

Dan kali ini emak saya ada cucu yang tinggal bersama yang boleh menjadi peneman, jadi tiada isu risau dia pergi seorang diri untuk mengundi.

Anyway people, luangkanlah masa untuk mengundi. Mengundi itu adalah tanggungjawab kita.

Happy voting!


No comments:

Post a Comment