Thursday, April 5, 2018

Gang Kulim dan Ipoh Datang KK (KIDKK) - Day 2

Assalamualaikum.

Hari ini hari Khamis, 5 April 2018. Sepatutnya saya ke Tawau sebab ada program, walau bagaimanapun, sebab ada perubahan pada saat akhir, saya telah membatalkan pemergian saya. 

Perancangan Allah adalah yang terbaik kerana ditakdirkan pula saya macam rasa kurang sihat hari ini, jadi memang lebih baik saya tidak meneruskan perjalanan saya ke Tawau dan ambil kesempatan untuk lebih bertenang/berehat.

-----------------------------------------------------------

Saya ingin menyambung cerita KIDKK. Seperti yang dirancangkan, kami akan ke Kundasang pada hari kedua (22 Mac 2018). Sebelum tidur pada malam itu, kami telah memaklumkan rombongan yang masa bertolak adalah pada jam 10.00 pagi.

Esoknya, saya bangun lebih awal dan masak (saya lupa saya masak apa). Tapi saya ingat saya ada masak tumis ikan bilis yang saya bawa bersama ke Kundasang. Haaa....dah ingat, saya masak nasi putih, tumis ikan bilis, telur dadar dan timun.

Suami saya kemudiannya telah pergi mengambil kereta sewa daripada kawan lama beliau. Pada awalnya kami ingin menyewa kereta Myvi, walau bagaimanapun, atas sebab tertentu, kawan suami saya telah menggantikan kereta Myvi dengan proton saga putih.


Haaa...mereka-mereka ini adalah penumpang kereta saya, MIL, Shukriah dan Kak Maton

Kami bertolak lebih kurang pada jam 11.00 pagi dan seperti biasa kami singgah di Nabalu. KIDKK sibuk bergambar waktu di Nabalu, walau bagaimanapun, gunung Kinabalu memang tidak menampakkan diri pada hari ini. Lama juga KIDKK di Nabalu kerana ada kegiatan membeli buah-buahan dan segala kerepek. Siap beli durian, pulasan dan lain-lain.


Bergambar di Nabalu. Waktu ini ada dua orang ahli rombongan MIA, seorang pergi toilet, seorang lagi menerima panggilan telefon rasanya.

Yang ini baru semua ahli ada

Kami juga masuk sekejap ke Kinabalu Park, kami pusing ajapun dan tangkap gambar (yang muda-muda, yang tua semuanya malas nak turun kereta).

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan terus ke Ranau. Kami ke tempat ikan tagal...hah, biasalah kan, ada sesi menjerit geli-takut-sakit macam itu. 

Ha ha ha, MIL saya cool, dia diam aja dan siap nak pegang ikan tu

Happy faces

Oleh sebab cuti sekolah, orang adalah ramai. Hampir di semua tempat di penuhi oleh orang-orang Semenanjung. Waktu di Tagal, ada dengar kumpulan  satu kumpulan berkomunikasi dalam bahasa utara. Kaya orang Malaysia ni, mereka boleh bercuti beramai-ramai sekali, alhamdulillah.

Sewaktu di Tagal, KIDKK telah berpeluang untuk makan goreng pisang Sabah buat pertama kalinya...dan mereka semua kata sedap (memang sedap pun atau depa lapaq la kut).

Balik daripada Ranau, kami mendapat permintaan daripada KIDKK untuk singgah di Hotel Pines kerana mereka ingin bergambar.


Haaa...letak satu group photo di sini

Ehhh...haaa...satu gambar tuan blog

Selepas singgah di Pines, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang Guesthouse. Sebab ini adalah kali pertama kami pergi ke Kundasang Guesthouse, kami merasa agak risau sekiranya tidak berjumpa pula. Rupa-rupanya tempat itu dekat sungguh daripada Pekan Kundasang, tidak sampai 5 minit sekiranya menaiki kereta dan tempatnya alhamdulillah, ok.


Mula-mula nampak signage ini

and tadaaaa...the Kundasang Guesthouse, not bad


Tuan Tanah bergambar di Signage 

Unit kami di atas tu, belah kanan. Ada 3 bilik dan 12 tempat tidur.

Landscape pun cantik

Sewaktu mendaftar masuk di homestay, saya dimaklumkan bahawa cafe hanya menyediakan makanan sehingga jam 7.30 malam. Kami juga dimaklumkan bahawa kedai makan di Kundasang juga akan tutup sekitar jam 7.30 malam.

Berdasarkan maklumat yang diterima, KIDKK telah pergi untuk membeli barangan mentah di Kundasang kerana homestay ada menyediakan dapur untuk kami memasak.

Ohh..kami juga kesejukan sebab tidak bawa stoking dan lantai homestay adalah tiles...kih kih kih.

Menu pada malam itu adalah sambal sardin, sambal ikan bilis, ayam goreng dan nasi termasuk lah buah-buahan yang telah dibeli. Adik ipar saya yang masak. Hmmm...tiada siapa yang kelaparan malam itu.

Saya seperti biasa lepas makan malam, terus  mengantuk, tetapi KIDKK tidur dalam jam 1.00 pagi, kerana sekali lagi ada sesi bersembang. Banyak tenaga betul KIDKK ni.

Begitulah hari ke 2 KIDKK di Sabah berakhir.

No comments:

Post a Comment