Monday, April 23, 2018

Conversation with Dear Emak

Assalamualaikum.

Hari ini hari Isnin, hari pertama bekerja untuk minggu ini. 

Ada rasa malas, ada rasa mengantuk, ada rasa nak pergi Langkawi, ada rasa nak makan laksa, tapi yang paling ketara sekali adalah rasa tidak tenteram. Mungkin banyak sangat dosa kut. Banyak sangat perasaan amarah, langsung jiwa tidak tenteram. 

Bila ada perasaan macam ini, saya agak gundah gulana juga di office ni dan oleh kerana itu saya telah mengambil keputusan untuk menelefon emak saya di Perak. 

Hmm...kalau emak saya ada mood bolehlah bersembang sikit, walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman terdahulu, 95% kemungkinan adalah emak saya tidak ada mood. Sabar ajalah.

Kali ini bila saya telefon emak saya macam mengah (breathless). Ahaaa...sepanjang perbualan tu saya dengar bunyi pernafasan emak saya. Emak saya ni dia kurang penyabar sedikit dan dia juga tidak suka membuat orang lain menunggu. Saya boleh bayangkan bagaimana dia meletakkan usaha dia untuk berjalan laju-laju untuk menjawab panggilan telefon saya sehingga dia semput. Maklumlah, sudah berumur 84 tahun.

Saya selalu cakap dengan emak saya untuk membiarkan saja orang tunggu emak dan tidak perlu tergesa-gesa, tapi ye lah kan, cara hidup itu sudah diamalkan selama lebih daripada 50 tahun, mana bisa dia berubah.

Anyway, we had a short conversation. Dia bercerita fasal kakak saya Mekyah ada balik rumah, dia bercerita fasal isteri Adli datang dan selepas itu bertolak ke Kedah bersama Huda dan Faiz dan akhirnya fasal mengundi. The conversation went like this:

Emak : Kamu balik mengundi?
Saya : Tak kut
Emak : Adik, kalau mengundi emak nak mengundi parti apa kali ni? Emak tak tahu lah...emak tengok tv tu emak macam tak faham
Saya :...*&(^%$#@!#%%^&***&^&*%$#@$%%
Emak : Tu lah, sekarang ni emak tak faham lah apa yang berlaku. Kalau tanya Ecah dengan Din (kakak dan abang ipar saya) mesti depa pandai. Mak pergi jumpa depa baru ni, asyik bersembang fasal politik aja.
Saya : Haaa...Kakcik pun sama lah tuh...
Emak : iye lah kut
Saya : Emak mengundi kat mana?
Emak : Selalunya dekat Sekolah Tamil Kelebang tu (saya dah check, betul)
Saya : Ye kut, kami pun dah kena tukar ke situ

Hiks...my mother is confused. Sebenarnya saya pun confuse juga dan sebenarnya, kalau saya balik Perak dan mengundi, saya memang tidak kenal langsung pun dengan mana-mana calon kecuali Husni Hanazlah dan ada seorang itu yang bernama Aminuddin sebab dia kawan abang saya.

Oleh kerana itu, saya main pangkah ajalah dan oleh kerana itu juga saya tidaklah bersemangat sangat  untuk membuang undi .

Saya masih mengekalkan tempat saya membuang undi di kampung atas alasan untuk balik kampung dan menemankan emak saya mengundi. Pernah di satu masa, saya temankan emak saya naik kereta khas (yang disediakan oleh UMNO kut)  untuk ke tempat mengundi emak saya di Kelebang. Emak saya selalu excited dan akan cakap dekat saya "ini kali ke 13 emak mengundi".

Panjang umur, ini akan jadi kali ke 14 emak saya mengundi.

Dan kali ini emak saya ada cucu yang tinggal bersama yang boleh menjadi peneman, jadi tiada isu risau dia pergi seorang diri untuk mengundi.

Anyway people, luangkanlah masa untuk mengundi. Mengundi itu adalah tanggungjawab kita.

Happy voting!


Sunday, April 8, 2018

Gang Kulim dan Ipoh Datang KK (KIDKK) - Day 7 (Akhir)

Assalamualaikum.

Hari terakhir KIDKK.

Saya bangun pagi dan masak nasi goreng sebab ada nasi lebih sewaktu di Karambunai serta ada banyak ayam goreng KFC juga. 

Seperti biasa, selepas selesai masak, saya hidangkan dan naik semula bersiap untuk menghantar KIDKK ke airport. Kami bercadang untuk bergerak pada jam 9.45 pagi.

Sebelum bergerak ke airport, akhirnya kami sempat ambil satu group photo yang proper di depan rumah. 

Sampai di airport, kami telah mengembalikan kereta juga bergambar dengan tuan kereta itu sekali..he he he

Tuan kereta ini (in black) adalah orang kampung suami saya, jadinya ini adalah sesi reunion dengan orang kampunglah. 

Selepas itu kami check in barang...banyak begnya sebab orangnya pun ramai

Satu lagi gambar photo sebelum masuk ke dalam. Budak yang pakai topi tu sebenarnya baru kena chicken pox, itu yang asyik tunduk macam itu aja bila bergambar.

Andddd....gambar last sebelum mereka masuk imigresen. Ada sesi ayaq mata juga sikit-sikit di sini.

Yup...begitulah berakhirnya KIDKK. 7 hari mereka berkampung di KK, lama juga tu.

Alhamdulillah, impian suami saya untuk membawa emaknya datang melawat Sabah tercapai juga. Terima kasih Ida dan keluarga, Kak Maton dan Shukriah yang sudi datang dan bawa emak ke KK. Tanpa mereka, mungkin impian membawa emak kami ke KK tidak kesampaian.

Kami juga ingin meminta maaf sekiranya ada apa-apa yang kurang sepanjang mereka berada di KK.

Semoga KIDKK menjadi memori indah buat mereka.





Gang Kulim dan Ipoh Datang KK (KIDKK) - Day 6 (Karambunai 2)

Assalamualaikum..

Hari ke 6 dan kami bangun di Karambunai. Selepas subuh, kami lepak sebentar dan keluar pergi menaiki basikal. Shuk dan saya dapat basikal yang tempat duduknya keras, makanya kami ada masalah sakit punkoq. Tapi gang lagi satu dapat seat yang ada cushion, jadi mereka lebih selesa.


Haa...Yon dan Irfan

Yong tengah menung melihat ombak

Haaa...ada sesi bergambar lah juga selepas hantar basikal tu kan


Haaa...gambar ni legend, kena letak...

Lagi satu, walaupun berbaju tidur, gaya mesti ada

Selepas naik basikal, saya telah mandi kolam..sorang ajapun waktu tu.

Rupa-rupanya selepas saya selesai, group yang satu lagi juga telah masuk kolam mandi...

Dalam jam 12.00 tengahari, kami telah bersiap untuk check out

Ada sesi bergambar lagi.

Selepas check out, kami pergi makan tengahari di Gayang Seafood

One for the album before the food arrived

Bila makanan sudah sampai, semua orang kusyuk makan

Antara menunya adalah udang goreng butter, sotong goreng tepung, ikan siakap masak nyonya dan sup sayur. Kami juga ada order soft shell crab, tapi tidak sampai lagi waktu ini.

Selepas itu, kami pergi beli jeli kelapa di Salut dan terus balik untuk solat di rumah. Selepas itu kami keluar kembali untuk ke Pasar Filipin membeli belah.

Dan alhamdulillah selepas shopping, kami sempat ke Tg Aru untuk melihat sunset

Hmmm...gambar kami dari belakang

Malamnya suami saya telah keluar dengan Ida untuk membeli kopi tenom. Kami makan KFC dirumah sahaja malam itu.

Ada upacara membungkus barang-barang yang dibeli malam itu dan suasana adalah meriah. Malangnya tiada gambar yang telah ditangkap. 

Esoknya mereka akan balik.

Gang Kulim dan Ipoh Datang KK (KIDKK) - Day 5 (Karambunai)

Assalamualaikum.

Hari ke 5 KIDKK. 

Saya bangun untuk solat subuh pagi itu dan boleh nampak gunung dari bilik saya. Walau bagaimanapun, sebab letih sangat, KIDKK  lupa langsung untuk meninjau sama ada boleh nampak gunung Kinabalu daripada bilik mereka pada pagi itu.

Kami semua terlebih penat dan telah tidur balik lepas subuh. Perjalanan balik hari ke Kudat memang memenatkan dan kalau ada perancangan untuk Kudat, saya nasihatkan anda untuk bermalam di sana.

Walau bagaimanapun, saya rasa agak lega kerana perancangan untuk island hop telah dibatalkan.

Saya bangun pagi itu untuk sediakan minuman sementara suami telah pergi membeli roti canai. Lega saya kerana tidak perlu sediakan sarapan.

Walau bagaimanapun, selepas itu kami menyediakan gulai kari ikan, ikan goreng, ayam goreng kicap, sambal belacan dan timun. Semuanya bukan saya yang masak, saya jadi mandor sahaja...ha ha ha...bukanlah mandor, saya minta tolong. Suami saya insist minta Kak Maton masak kari.

Menurut perancangan kami akan bertolak dalam jam 1.30 petang, tetapi realitinya tayar kereta hanya bergolek dalam jam 2.00 petang. Kira okaylah tu sebab kami sampai dalam jam 2.45 petang dan kami boleh mendaftar masuk pada jam 3.00 petang.

Sampai di villa, saya dan suami sibuk masuk dulu, check tempat tu dan sibuk hidang makanan juga sebab lapaq. Nasib baiklah yang lain tu lebih excited sebab baru pertama kali sampai dan tangkap gambar. Ini adalah pandangan villa kami dari hadapan, nombol 110.

Ini pandangan belakang villa, villa kami yang sebelah kiri tu. Kolam renang terletak di sebelah kiri villa (tidak nampak).

Ini adalah pemandangan daripada belakang villa kami, nampak laut macam itu

Saya di dalam rumah pula, sibuk menghidang makanan. Menu daripada kiri adalah ayam goreng kicap, ikan goreng, udang goreng, ulam timun dan sambal belacan.

Ini pula adalah gulai kari ikan yang di masak oleh chef dari Ipoh


Haaa...ini chefnya, sedang ambil makanan

pinggan nasi saya

Selepas makan, saya telah solat Asar dan bersedia ke pantai. I love Karambunai because of it's long white sandy beach. Saya juga suka sebab ombaknya besar...seronok main ombak. Dannn...orang tidak ramai, jadi, adalah sangat selesa untuk main air.

Lihat pantai di belakang tu...cantik kan

Main ombak...kami terpaksa berhenti sebab hujan turun

Kak Maton dan Emak Mertua Saya

Balik daripada mandi laut, kami masuk ke dalam kolam pula, tiada gambar la pulak


Selepas itu, saya kami bertenang, minum dan lepak sementara menanti malam.

Malamnya tiada upacara apa-apa pun. Kami makan malam, bersembang, saya baca buku sikit dan tidur.

Gang Kulim dan Ipoh Datang KK (KIDKK) - Day 4 (KUDAT)

Day 4 KIDKK di Sabah.

Hari yang ini saya bangun awal, solat dan terus masak. Saya masak cokodok (terlebih tepung pulak) dan mee goreng. Okay lah kan, untuk lapik perut sebelum ke Tip of Borneo, Kudat.

Saya masak dan selesai hidang semua dalam jam 7.30 pagi dan pada masa itu KIDKK sudah mula selesai bersiap dan turun untuk sarapan. 

Saya pula pada jam 7.30 pagi telah naik ke atas untuk mandi dan bersiap. Saya turun dalam jam 8.00 pagi dan tayar kami bergolek ke Kudat dalam jam 8.15 pagi.

Perjalanan ke Kudat mengambil masa 3 jam dan cuaca adalah tidak menentu di sepanjang perjalanan di mana di kebanyakan tempat hujan turun dan kami kesejukan di dalam kereta. 

Mungkin kerana keletihan kerana baru balik dari Kundasang semalam, penumpang kereta kami banyak menghabiskan masa dengan tidur. 

Kami sampai di KIDKK dalam jam 12.00 tengahari.


Oleh kerana jalan ke tip of Borneo telah ditutup, emak mertua saya terpaksa berjalan pelan-pelan. Semua orang bersedia pakai topi sebab memang panas pun.

Kakak/adik ipar saya yang memberi sokongan moral untuk emak mertua saya terus berjalan


Turun ke bawah. Walau bagaimanapun, sebab air pasang, mereka tidak ke "tip" betul-betul


Paknjang with Ikmal and Yon. Rasanya yang lain tidak turun ke sini. Saya melihat dari jauh sahaja kerana saya menemankan emak mertua saya di atas.

Saya tangkap gambar mereka dari atas


Group photo of KIDKK tanpa emak mertua yang tinggal di atas bersama saya.


Signage ini baru buat sebab dulu tiada.


Tuan Tanah


Shuk dan Ida. Gambar ini ditangkap sewaktu kami memulakan perjalanan pulang ke kereta. Emak mertua saya memang penat sungguh hari ini, dengan panasnya, dengan kena berjalan jauhnya. Tapi saya respect emak mertua saya sebab tiada satu keluhan pun keluar daripada mulut beliau...

Cuaca di sepanjang perjalanan balik adalah juga sedikit sejuk. Kami singgah di Kota Belud untuk makan dan seterusnya solat di Masjid Kota Belud.
Menu kami di Kota Belud adalah nasi ayam, nasi goreng kampung dan Paknjang order nasi pakprik. Kami juga order goreng pisang.

Saya sedikit sedih melihat keadaan bilik air di Masjid Kota Belud. Keadaannya adalah seperti keadaan tandas zaman 70 an tanpa kemudahan asas dan kurang bersih. Saya doakan semoga AJK masjid dapat memperbaiki keadaan supaya kebersihan tandas masjid lebih menggambarkan kebersihan dan kesucian Islam. Insyaa allah.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan. Saya dan Shuk singgah untuk solat Maghrib/Isyak di Masjid Bandaraya Likas dan meneruskan perjalanan selepas itu.

MIL saya sudah tersangat letih apabila sampai di rumah, beliau telah mandi dan terus tidur. Saya pun sama, mandi dan terus tidur. 

Walau bagaimanapun, saya telah di maklumkan bahawa KIDKK telah turun semula pada malamnya dan mereka laparrrr dan makan maggi. Alhamdulillah kami memang telah sediakan bekalan maggi, biskut dan lain-lain sekiranya mereka lapar...kih kih kih.

Mereka tetap tidur lewat, dalam jam 12.00 malam . Too late for Sabahan tu...

Saturday, April 7, 2018

Gang Kulim dan Ipoh Datang KK (KIDKK) - Day 3

Assalamualaikum.

Hari ke 3 KIDKK di Sabah.

Saya bangun awal, solat subuh dan terus memeriksa sama ada Gunung Kinabalu nampak atau tidak. 

Bila saya buka tingkap dan nampak gunung, apa lagi terus excited saya pergi ketuk pintu suruh orang bangun, ye lah, bangunkan untuk solat subuh dan tengok gunung. Selepas itu, kami pun berkampunglah di balkoni untuk menikmati panorama Gunung Kinabalu daripada balkoni homestay kami (Kundasang Guesthouse).

Alhamdulillah. Gunung Kinabalu jelas kelihatan daripada balkoni homestay kita orang


Kami meneruskan aktiviti tangkap gambar sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu.



Gambar di atas kena di kongsikan untuk memperlihat kan kekecohan di balkoni...sambil tengok gunung

Saya dengan suami betul-betul feel kali ini. Kami buat kopi, minum sambil berangan ada rumah di Kundasang...kih kih kih. Seronoknya kalau ada rumah di situ dan boleh jemur kain sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu.

Suami dan saya mengambil keputusan untuk mengambil angin pagi selepas itu.


Sebelum keluar, wanita-wanita ni minta tangkap gambar dari bawah...he he he, yang lelaki semua pakat tidur semula.


Kami meneruskan perjalanan sambil tangkap gambar...cantik kan? Dengan bunga-bunga berkembang di tepi-tepi jalan tu (abaikan model yang belum mandi tu)


Tengok rumah-rumah kampung. Saya rasa orang-orang Kundasang ni ramai juga yang senang berdasarkan keadaan rumah mereka. 


Kami berjalan sampai ke Pekan Kundasang yang sudah meriah dengan pasar pagi yang menjual berbagai barangan


Suami saya...cuaca nampak terik, tetapi sejuk


Ada bermacam-macam barangan dan perkhidmatan yang di sediakan di sini, tapi saya rasa perkhidmatan ini adalah antara yang paling menarik...bayangkan kalau khemah runtuh waktu berurut badan, masakkkkk.

Bagi yang pernah ke Desa Cattle dan melalui jalan daripada Pekan Kundasang, pasti merasa curiga dan agak tidak pasti dengan keadaan homestay yang terletak di kawasan situ. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa, walaupun keadaaan di tepi jalan memang agak semak dengan kilang baja lah, mini market lah, construction lah, walau bagaimanapun, keadaan kampung di bahagian dalam adalah lebih kemas dan menarik. 

I must mention here that it was a good walk because the weather was nice. Kami mengambil masa dalam 30 minit untuk ke bandar Kundasang dan 30 minit untuk balik semula ke homestay. Menurut suami kami berjalan lebih kurang 5 km. Ada juga cabaran iaitu apabila kami perlu mendaki bukit, haaaa, cemeh tidak putus urat kentut waktu itu.

Kembali ke rumah, para wanita telah siap minum/makan pagi sementara yang lelaki/kanak-kanak masih lena. 

Kami makan dan lepak-lepak selepas itu. Saya sempat ambil gambar ibu mertua saya termenung di hujung balkoni. Teringin saya untuk tahu apa yang ada di fikiran dan hati beliau.

Kami pun berkemas selepas itu dan mendaftar keluar daripada homestay dan meneruskan perjalanan ke Desa Cattle.

Yay...gambar penumpang kami hari ini..ceria sentiasa

Waktu kami pergi ke tempat anak-anak lembu dan kambing, tiba-tiba ada pulak signage yang memberitahu bahawa anak-anak lembu dan kambing itu sudah kenyang. Hilanglah peluang budak-budak KIDKK untuk memberi anak-anak lembu/kambing minum susu.

Hah...lembu kenyanggggggg....alahai. Aktiviti memberi lembu minum susu sepatutnya adalah aktiviti yang paling menarik untuk budak-budak


Saya tidak suka muka saya waktu ini, tapi bila tengok gambar pemandangan belakang itu cantik, saya kongsi juga gambar ini dengan anda semua


Saya dengan adik suami saya


menikmati produk desa cattle

Saya dan suami selepas itu terus lepak bersama ibu mertua di situ sementara yang lain pergi mengambil gambar


Ini antara gambarnya


Setelah yang lain selesai bergambar, barulah kami bawa emak mertua berjalan ke kereta perlahan-lahan.

Dalam perjalanan balik ke KK, kami singgah membeli sayap madu di Pekan Kundasang. Lama juga kami berhenti di situ sebab saya sempat terlelap di dalam kereta. Saya makan juga sayap bermadu kali ini dan inilah kali pertama saya makan sayap walaupun sudah 3 tahun saya di bumi Sabah. Sedappp...tapi saya tidak berani makan kepak banyak-banyak.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dan kami memang sudah keluar daripada Pekan Kundasang, baru kami teringat satu benda...yaaaaa...kami lupa singgah beli sayur di tempat jual sayur tuuuu...alaahhhh.

Kami meneruskan perjalanan dan telah singgah di jambatan Tamparuli. Saya tidak keluar daripada kereta kerana menemankan MIL serta seorang anak saudara saya yang demam campak. Saya juga sempat singgah di pasar Tamparuli untuk membeli sayur, alhamdulillah, Allah bagi juga saya beli sayur.

Gambar di atas di ambil daripada camera suami saya

 Yang ini di ambil daripada facebook adik suami saya

Seterusnya kami singgah di rumah terbalik. KIDKK hanya masuk rumah terbalik dan tidak ke studio yang terletak di belakang rumah terbalik kerana mereka baru sahaja pergi ke studio yang lebih kurang konsepnya di Langkawi baru-baru ini. Saya dan Shukri tidak masukpun dan hanya tumpang ke bilik air dan bersolat di surau.

Rumah terbalik : Waktu bertenang..

Selepas itu, kami pun balik ke rumah di mana saya terus solat Maghrib dan menyinsing lengan untuk memasak. Saya masak kacang buncis tumis, goreng udang yang besar-besar tu, sambal sardin dan sambal tumis yang di bawa daripada Kundasang telah di panaskan semula juga telur dadar. Simple...tapi alhamdulillah semuanya selesai.

Selepas selesai makan dan mengemas, saya naik ke bilik, mandi, solat dan terus tidur kerana saya perlu menyimpan tenaga untuk esok. Esoknya, kami akan Kudat dan saya perlu bangun lebih awal kerana tayar akan bergolek tepat jam 8.00 pagi.