Assalamualaikum,
Hari ini sudah hari Khamis, 1 Disember 2016. Saya sebenarnya sudah plan mahu update blog ni pada hari minggu, 26-27 November, tapi tidak terbuat pulak...sooo...mari cuba curi masa dan update sekarang.
Bercerita mengenai hari minggu, kami telah menyambung kerja mencangkul kami pada hari Sabtu, sehinggalah kerusi kecil tempat duduk saya sewaktu bekerja telah patah. Kejadian itu adalah satu lagi bukti mengenai betapa seriusnya isu berat badan saya ini. Ehh..ada gambar kerusi patah itu...jeng jeng jeng...
Tapi tak pe, saya telah ganti dengan kerusi baru, iaitu kerusi kecil yang di letakkan di dalam bilik mandi. Kerusi itu adalah lebih kukuh, lebih selesa dan lebih sesuai untuk saya buat merumput. Itulah yang di namakan Allah bagi yang lebih baik, alhamdulillah.
Selepas merumput, kami telah mandi dan pergi ke Suria Sabah. Mungkin sebab gaji baru masuk, terasa nafsu untuk shopping adalah membuak-buak ketika ini. Teringin nak tuala baru lah, teringin nak beli itu lah, nak beli ini lah. Tapi saya telah mengelak daripada pergi ke bahagian beg, takut terbeli samsonite sebab saya memang sudah lama asyik tengok aja satu beg ni. Semoga allah bagi kekuatan untuk saya...ataupunnnnnn...kalau ada sale gila- gila waktu Krismas ke...hmmm. Anyway, sekarang ni KK memang sudah gila-gila sale...tu yang terjebak tu.
Kami juga pergi ke satu kedai yang menjual seribu satu macam benda. Kedai ini bukan kedai hardware, tapi dia ada jual cangkul kecil seperti di bawah :
Hah...hubby was skeptical at first when I told him that I want to have that cangkul, but once he tried it himself, he fall in love with it right away. Saya juga ada beli kerusi kecil baru untuk ganti kerusi yang telah diambil untuk menggantikan kerusi yang patah itu.
Kami juga ada beli benda-benda lain yang saya sudah tidak boleh ingat. Cumanya, bila balik ke rumah dan membuat kiraan, kami terkedu sedikit dengan jumlah yang telah dibelanjakan...semoga kami akan insaf selepas ini.
Sebab ada cangkul baru, kami pun lebih bersemangatlah untuk membersihkan rumah kami. Tapi cuaca di akhir tahun di mana hujan turun hampir setiap petang menjadi cabaran kepada kami kerana rumput yang di kumpulkan tidak boleh kering. Kami mengharapkan supaya rumput itu boleh kering cepat untuk dibakar...
Selepas merumput pada pagi Ahad, saya telah sediakan cucur udang untuk sarapan.
Selepas sarapan, saya tdoq...
Selepas Asar, kami keluar ke Imago untuk berjalan-jalan tanpa berbelanja langsung walaupun hanya seketul ais krim sebab kami insaffff...ha ha ha ha ha. Tapi kami ada juga buat marketing, beli beras, beli jagung dan lain-lain barang keperluan.
Solat Maghrib buat di Imago sahaja hari itu dan sebelum balik, kami dinner di sebuah gerai ini dan bila sampai di rumah, kami bersiap untuk menonton GV. Hah...itulah sahaja aktiviti kami hari minggu lalu.
Saya ada masak gulai lemak cili api dengan udang pada hari Jumaat malam Sabtu. Saya juga goreng ikan dan buat sambal belacan/timun. Rasa sudah lama sungguh saya tidak masak sebegitu sehingga selera menjadi berganda.
Okaylah you alls, sampai di sini dulu. Sekarang ni, saya tak larat sunggu nak tengok berita TV3 sebab asyik berita mengenai Perhimpunan UMNO kan...malas nak tengok.
No comments:
Post a Comment