Assalamualaikum.
Apa khabar? Salam hari Isnin semua. Semoga semuanya sihat, dan dipermudahkan semua urusan kita, di dunia, juga akhirat.
Hari ini adalah hari yang mencabar, juga menarik. Kami mendapat kerja baru pada jam 10.50 pagi dan perlu memberi feedback pada jam 11.00 pagi. Saya perlu mendapatkan 3 feedback walau bagaimanapun, sehingga saat ini saya baru mendapat satu feedback yang sempurna. Lagi satu syarikat berjanji untuk bagi response petang ini sementara yang lagi satu masih belum dapat di hubungi.
Lebih menarik lagi adalah bila topik yang perlu kami tanya adalah satu topik baru yang kami tidak berapa faham. Hah..new measures yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Semacam perlu membaca satu perkataan ke satu perkataan dan setiap perkataan tu kena google translate semula sebab tidak faham. But that's where the challenges are, just keep trying and leave the rest to Allah.
Cabaran ini sebenarnya semakin menarik sebab salah seorang kawan saya sedang bercuti dan saya perlu buat kerja seorang diri. Ha ha ha ha ha ha...semoga Allah permudahkan. Aamiin.
Okay, sudah-sudah fasal kerja, mari bercakap mengenai cuti kami semalam.
Saya tidak tahu kenapa tetapi mood saya untuk shopping memang meningkat lah sekarang. Rasa teruja aja nak pergi shopping mall. Banyak juga saya beli kali ini, tapi semuanya barang keperluanlah (konon), tapi memang ada benda yang saya kena ganti baru seperti kasut kerja. Saya memang jenis guna satu kasut sampai kasut tu lunyai dan sudah tidak berapa sesuai untuk di bawa ke mesyuarat, kalau bawa ke lawatan kilang, masih lagi sesuaiii...
Jadi, saya telah beli kasut dan baju dan seluar. Saya ada juga ternampak handbag cantik daripada tingkap cermin di salah satu buti handbag di Imago. Tapi, bila masuk dan check harga, saya terkejut beruks sedikit (konon juga, what do you expect kan, butik tu). So, kami mengambil keputusan untuk tidak membelilah kan, lagi pun saya baru saja beli handbag baru pada bulan Mac baru-baru ini dan selalunya setiap handbag boleh tahan 3-4 tahun sebab saya jenis tidak berapa bertukar handbag, pakai yang tu aja (semoga kuat iman).
Dan yang menariknya adalah apabila saya ditanya oleh adik kedai handbag itu mengenai asal usul saya. Bukanlah bertanya secara detail, tapi dia tanya macam ini "akak asal dari mana? dari Brunei?"
Haaa....dari situ baru lah saya faham yang sesungguhnya pada setiap hari minggu, KK adalah dipenuhi oleh warganegara Brunei. Maklumlah, nilai RM pun turun, maka rakyat Brunei memang lebih berkemampuan untuk membeli belah. Baru lah saya faham bagaimana butik2 mahal boleh hidup di KK, yup, rakyat Brunei rupanya yang membeli.
Selepas itu, apabila kami melihat wanita Melayu yang simple, pakai tudung, dan tidak lah glamour sangat, tetapi pergi ke butik-butik mahal dan melihat barang, rupa-rupanya mereka orang Brunei.
Sewaktu kami minum di salah satu cafe di Imago, kami juga telah menyaksikan dua buah bas kecil yang bernombor plat Brunei. Rupanya mereka datang naik bas dari Brunei....
Kami pun ada berfikir-fikir untuk ke Brunei sebenarnya, saja nak berjalankan. Kami ada pilihan sama ada untuk naik kapal terbang (yang mahal giler), ataupun naik bas, ataupun drive sendiri. Kami tengah fikir-fikir yang mana satu pilihan hati.
Secara peribadi, saya teringin naik kereta sendiri, tapi suami saya mungkin mahu naik bas. Nanti kami bincang balik (atau bertekak) dan buat keputusan.
Okaylah people, saya akan balik ke Semenanjung pada 24 Disember nanti. Doakan selamat dan mudah perjalanan saya nanti.
Okayyy...assalamualaikum
No comments:
Post a Comment