Assalamualaikum.
Hari ini hari Rabu, 21 Disember 2016. Di ofis ni hanya ada saya, Saf dan Asmah. Yang lain-lain tidak ada sebab ada yang cuti, ada yang sakit.
Mati kutu juga saya bila ramai yang tiada. Selalu kalau buat kerja, ramai aja yang membantu, tapi minggu ni memang hampir-hampir jadi lone ranger. Hari Isnin, sibuk cari feedback, semalam pula, ada visitor terkejut datang dan hari ini juga sibuk buat preparation untuk hari Jumaat.
Bila ramai yang tidak hadir, banyak juga perkara yang terpaksa ditangguhkan, haaaa, begitulah pentingnya rakan sekerja, tanpa mereka, buntu kita jadinya. Tiada siapa yang boleh buat kerja berseorangan di dunia ini, therefore, appreciate your colleagues.
Hari ini juga, mesti ramai yang terbaca mengenai seorang Dato' ini yang telah pergi ke Bangunan SUK Selangor dengan hanya bertuala, kononnya ingin tumpang mandi kerana di rumahnya tiada air. Saya tidak mahu membuat apa-apa komen mengenai isu ini tetapi suami dan saya baru sahaja berbincang mengenai masalah air di Selangor (Malaysia) semasa perjalanan ke ofis pagi tadi.
Perbualan bermula apabila saya bertanya sama ada Shah Alam terlibat atau tidak dalam masalah catuan air yang telah di umumkan baru-baru ini. Suami saya jawab "ya". Adoiii, kami kan nak balik hari Sabtu ni.
Makan keluarlah statement "Negara kita ni, kata nak jadi negara majulah, nak jadi negara yang mempunyai rakyat berpendapatan tinggilah, itu lah, ini lah, tapi masalah yang asas iaitu masalah air pun masih belum selesai".
Di Sabah masalah bekalan air ini memang biasa. Dalam 2 minggu itu, adalah sekali tidak ada air, tetapi, sebab kami 2 orang sahaja, kurang lah sikit masalah yang dihadapi. Tapi di Sabah ni mungkin lah kita boleh kata yang memang masih banyak sangat ruang yang perlu di sempurnakan, tapi bila cakap Semenanjung, haihh...where are we heading man, kalau masalah air pun tidak dapat diatasi.
Lepas itu, keluar pula isu mengenai kenyataan YB Timbalan Menteri Pendidikan mengenai isu fasal keputusan PT3 dan juga mengenai pelbagai pembaharuan yang dibuat. Saya tidak tahu mood apa saya hari ini tapi saya terus rasa yang sampai bila kah yang kita akan terus mencari sistem yang terbaik? Rasaya terlampau banyak tenaga dan wang yang telah diperuntukkan, tetapi kita masih belum nampak "result". Masih tercari-cari sistem yang terbaik. Kalau saya, hantar sahaja pakar kita ke negara-negara yang sudah yang sudah diakui mempunyai sistem pembelajaran yang baik, buat comparison dan pilih yang terbaik, kan senang. Pasti tiada satu sistem yang sempurna, but just choose the best. Penat saya mendengar sekejap ada PT3, sekejap tak de...
Ha ha ha, apa ke hal nya saya ni...
Anyway, hari ini juga saya sempat ke Pasar Filipina untuk membeli ole-ole untuk di bawa balik ke Semenanjung. Kami beli sikit-sikit aja pun, maka siapa ada rezeki, dia dapatlah, saya tidak boleh janji sebab adik beradik saya ada 8 orang, adik beradik suami pun 8 orang juga, dengan anak sedara lagi...heee....
Esok hari Khamis dan sekiranya iman saya kuat, saya akan berpuasa. Kalau iman tidak kuat, saya akan puasa pagi, buka tengahari. Jika iman saya solid, saya akan berpuasa cukup sehari, insyaa allah. Saya juga berhasrat untuk menjadikan puasa pada hari Isnin dan Khamis sebagai resolusi tahun 2017 saya. Itu saja resolusi saya...semoga tercapai, insyaa allah.
Ok lah you alls...dah nak tidur ni.
No comments:
Post a Comment