Sunday, November 20, 2016

Our Weekend, 19/11-20/11, Mencangkul

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Kami sihat di KK, cuma kami sakit tangan sedikit kerana melakukan aktiviti mencangkul....maklumlah, saya ni dekat 30 tahun tidak mencangkul maka terkejut lah sedikit.

Sebenarnya saya sudah memulakan aktiviti  ini pada minggu lepas dengan menggunakan pisau potong ikan suami saya. Pada masa itu, dapat lah saya merumput lebih kurang keluasan 10 kaki x 10 kaki. Melihat saya menggunakan pisau pemotong ikan, suami telah mengajak saya mencari cangkul, tetapi tak jumpa lah pula. Walau bagaimanapun, kawan sepejabat saya, Saf, telah memberi pinjam cangkul dan pencakar tanah kepunyaan mak dia, maka bermula lah aktiviti mencangkul kami.

Sebenarnya suami saya telah melakukan aktiviti mencangkul ni terlebih awal iaitu sewaktu hari bekerja. Beliau hanya memotong sahaja rumput dan telah meninggalkannya berselerak, supaya saya boleh menyelesaikan kerja seterusnya.

Oleh kerana itu, pada pagi Sabtu, saya telah memulakan aktiviti saya lebih awal daripada suami iaitu pada jam 6.30 pagi. Lebih kurang jam 8.00 pagi, saya sudah penat, masuk rumah dan berehat sedikit (terbaring sebenarnya, macam boleh lelap waktu tu). Walau bagaimanapun, suami saya pulak keluar memulakan kerja. Haihhhh....

Haaa...untuk menaikkan  semangat suami, saya ambil satu gambar ini...waktu ini suami saya tidak sedar

Bila dia perasan, semangat terlebih lah pulak....isk isk isk

Dan hasil nya adalah lebih kurang seperti di atas ni. Walaupun nampak macam kemas aja di dalam gambar ni, tapi kalau tengok di luar gambar, masih banyak lagi yang perlu kami buat. Selain daripada membuang rumput, kami juga perlu mengasingkan banyak batu. Saya letakkan sahaja batu-batu tersebut ke tepi (berdekatan dinding pagar).

Kami juga perlu meratakan tanah supaya kelihatan kemas. Berat juga kerja ini sebenarnya, tapi kami tetap bersemangat untuk melakukannya dan berdoa banyak-banyak supaya dipermudahkan semua urusan. Saya juga berdoa supaya ditunjukkan cara yang lebih mudah untuk kami melaksanakan kerja-kerja kami.

Kami selesai melakukan kerja lebih kurang pada jam 10.30 pagi. Setelah mandi, saya sediakan sandwich sardin untuk sarapan..sebenarnya inti sardinnya adalah lebihan pada hari sebelumnya.

hmm...nampak sedap la pulak...

Selepas itu, kami menonton tv dan tanpa disedari, kami dua-dua terlelap dan bila bangun, suami suruh saya bersiap untuk pergi makan nasi beriani sebab dia lapaq. Walau bagaimanapun saya telah mencadangkan supaya saya masak kari kepala ikan...

 Hmmm...boleh laaa...cumanya ikan itu jadi kenyal, kenapa ye? Over cooked ke? Tapi suami saya kata sedap.

Malamnya kami tidur awal jugak...asyik mengantuk aja kami berdua ni.

Esoknya, bila bangun kami, kami dua-dua rasa badan sakit, kih kih kih. Tapi kami tetap bersemangat untuk menyambung kerja mencangkul kami.

Tapi, sebelum itu, saya nak kongsi gambar matahari naik yang saya ambil dari tingkap bilik tidur saya. 

Cantik kan you all...gunung Kinabalu pun jelas kelihatan. Saya bersyukur kerana di beri rezeki untuk menikmati keindahan ini, alhamdulillah.

Kami melakukan kerja-kerja merumput kami, tapi kedua-duanya adalah sedikit capek. Kami bermula pada jam 7.30 pagi dan berhenti pada lebih kurang jam 9.30 pagi. Selepas berehat sebentar, saya telah memanaskan nasi goreng yang telah saya masak sebelum saya ke Sandakan pada malam Selasa sebelumnya.

Heee...kami makan di luar, tapi sebab kami dua-dua sudah memang melengas, tiada gambar manusia di dalam gambar ini. Sewaktu makan, kami seakan lebih faham kenapa kami mahukan halaman ini bersih...

Selepas itu saya mandi, dan bila saya turun semula ke bawah, saya dapati suami saya sudah lena. Saya pun apa lagi, join ajalah tidur.

Setelah bangun, saya telah makan buah nenas....dan suami ajak keluar makan. Kami ke Hotel TH KK sebab suami suka makan nasi beriani di situ.

Balik daripada makan, saya sempat singgah melihat halaman saya...

 Heee...saya balik-balik kan rumput tu supaya cepat kering

Sekejap aja pun saya buat benda tu, sebab baju pun tak tukar kan. Selepas itu saya termenung tengok halaman tu. Baru lah saya perasan yang Allah bagi saya peluang duduk kat rumah baru ni dengan halaman yang boleh tahan besarnya dan kalau Allah sudah bagi tu, maksudnya pasti kami boleh jaga halaman itu bagi bersih dan sedap mata memandang, insyaa allah.

Dan sekarang, hari Ahad malam, kami sedang menonton Gegar Vaganza. Esok pulak, kerja...Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan akan berakhir dengan baik. Aamiin.

No comments:

Post a Comment