Assalamualaikum.
Hah, esok pagi, saya akan balik ke Semenanjung. Kami akan bercuti sehingga 4 Januari, insyaa allah.
Sebab mencari harga tiket yang paling murah, flight kami esok adalah pada jam 6.10 pagi. Maknanya kami kena bangun awal sebab kami nak check in luggage. Nowaday, the general rule for local flight, saying that you must check in one hour earlier is no long longer relevant. You better check in earlier to avoid having a heart attack sebab lambat...
Dan esok, kami perlu bertolak ke KKIA pada jam 4.30 pagi. Semoga semuanya akan berjalan lancar, insyaa allah.
Dan seperti biasa, sebelum bercuti, kita akan di hadapkan dengan cabaran-cabaran yang lebih hebat daripada biasa dan kali ini YBM datang KK. Untuk menambah perasa kepada cabaran kali ini, kawan-kawan daripada agensi lain ramai yang sudah mula bercuti. Keadaan ini telah memerlukan saya untuk ke hadapan lebih sedikit daripada keadaan biasa.
Semalam, saya perlu pergi ke KKIA untuk sambut YBM. Flight YBM pulak delay 40 minit menyebabkan ETA adalah pada jam 1.40 pagi. Bila sampai rumah pula, saya menghadapi masalah untuk menenangkan diri untuk tidur, langsung tidur hampir jam 3.00 pagi dan apabila bangun esok paginya, dunia saya memang sedikit berputar.
Alhamdulillah kami hanya terlibat dengan satu program pada jam 11.00-11.45 pagi hari ini. Setelah program tersebut tamat dan laporan sudah di hantar, hanya tinggal satu aktivit terakhir malam ini iaitu menghantar YBM pulang. Alhamdulillah.
Dalam saya sudah excited mahu balik esok, tiba-tiba saya telah menerima email yang mungkin memaksa saya untuk berfikir pada sepanjang cuti nanti. Haihhhhhh. But I am determine not to do that of course. I deserve some break lah kannn.
Okay lah people, this may be my last update for this year. Or it may not be if I suddenly become very excited to write while I am away...it depends.
Okay...saya nak solat dan start kemas ofis. Panjang umur, kita jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment