Thursday, December 8, 2016

8 Disember 2016

Assalamualaikum

Hari ini sudah hari Khamis, 8 Disember 2016. Saya rasa seperti baru semalam saya menyambut tahun 2016, pejam celik, sedar-sedar, tahun 2016 semakin hampir meninggalkan kita.

Saya mengantuk sebenarnya sekarang ini jadi, mari tulis blog sekejap. Saya dapati, saya boleh menulis blog dalam masa yang singkat, tapi kadangkala, untuk menulis email yang hanya mengandungi 4-5 ayat, mungkin habis satu jam...hah, kadang-kadang tu, bila idea habis, saya perlu pergi solat dulu untuk berdoa supaya di berikan idea...hah, lemah nya kita ni kan. Semuanya dari Allah, kalau Allah kata jangan bagi idea kepada cikbibcome, maka tiadalah idea yang akan datang...maka untuk itu, stay humble people.

Ooo...seperti yang anda semua tahu, saya ada menerima lawatan daripada HQ minggu ini. Pada hari Isnin dan Selasa, ada dinner juga, jadi kami kena balik lambat sikit. Di KK ni, sebab hari gelap cepat, makan malam boleh bermula lebih awal iaitu pada jam 7.00 malam dan selesai pada jam 9.00 malam.

Walau bagaimanapun, oleh kerana salah seorang daripada tetamu telah sampai lewat pada hari Isnin, iaitu lebih kurang pada jam 8.00 malam, kami terpaksalah selesai lewat sedikit iaitu pada jam 9.40 malam. Hmmm...saya kan jenis orang yang tidur awal, makanya balik aja daripada dinner tu, saya terus mandi, solat dan lena.

Hah...itu nikmat juga ye di mana kita tidak perlu bergolek-golek lama untuk lena.

Dan hari ini, malam nanti, saya akan terbang ke KL, tidur di Sama-Sama hotel kerana esoknya ada meeting pada jam 9.00 pagi. Selepas meeting, saya akan pulang ke KK dann cutiiii....yippie.

Semoga cuti kali ini lebih best, atau kami dua-dua akan spend masa tengok handphone masing-masing. Yup, ini adalah contoh di mana kita ni dekat, tapi jauh. Both of us are equally guilty fasal sangat obses dengan telefon ni, so we cannot blame sape2.

Tapi yang eloknya, kalau kami not in a good term, kami tidak lah rasa sunyi sangat sebab we could just continue spending time with our handphones, hah, that is just the way we spend our days kan.

Ok people, doakan saya selamat pergi dan balik ye. Saya penat sikit sebenarnya, can't wait for the long weekend.




No comments:

Post a Comment