Thursday, September 1, 2016

Kenduri Ajim dan Amirah

Assalamualaikum

Lamanya saya tidak update blog ni. Lebih sepuluh kali agaknya saya cuba untuk tulis, tapi semuanya tidak menjadi. 

Saya mengambil keputusan untuk menulis mengenai cuti saya baru-baru ini iaitu pada 5 - 15 Ogos 2016. Sebab kurang rajin, saya akan simplify everything. 

Tujuan utama kami balik pada tarikh yang dinyatakan adalah untuk menghadiri majlis kenduri dua orang anak sedara saya. Seorang nama Hazim, seorang lagi nama Amirah.


Gambar di atas adalah gambar mereka sewaktu kecil, Amirah budak perempuan berambut pendek itu dan Ajim duduk di sebelahnya. Comel aja dua-dua waktu kecik dulu.

Kenduri Ajim (keluarga perempuan) di adakan di Restoran D'Saji, KL. Upacara akad nikah di adakan pada kenduri yang sama.

Gambar di atas ini adalah Ajim sewaktu akad nikah yang saya ambil dari jauh. Emak dan ayah Ajim sudah macam nak demam kura-kura juga sebab risaukan Ajim kerana upacara akad nikahnya di lakukan depan orang ramai kan. 

Lebih dramatik lagi apabila bapa pengantin perempuan buat silap sikit-sikit pada waktu permulaan tu, langsung la Ajim tersilap juga sikit. Sikit aja pun. 

Walaubagaimanapun, bagi saya upacara akad nikah ni lah kemuncak majlis kesulurahannya. Kesilapan yang dilakukan telah membolehkan kami untuk menikmati upacara ini lebih lama. Dan, saat di mana pengantin lelaki akhirnya berjaya menyempurnakan upacara akad nikah itu dan kedengaran keluhan lega para hadirin adalah saat yang akan saya ingati selama-lamanya. 

Tahniah Ajim dan Camy, semoga kekal bahagia hingga ke jannah!

Pengantin perempuan...gambar dari jauh juga

Ajim dengan kakak dan adiknya...

Kami...majlis kenduri seperti ini adalah tempat berjumpa saudara mara, adik beradik

Opah dengan cucu-cucu perempuannya

Emak dan Ayah Ajim

Suka gambar ni, anak-anak sedara dengan Pak Yang

  
 Irfan, Iman dan Imran tengok Pak Ngah kawin..

Opah dengan Malena...

Ada hiburan yang menarik malam tu, antaranya adalah penyanyi Deja Moss....

Budak-budak ni pun nak bergambar dengan artis juga....

and yeah, malam itu ada jemputan VVIP....

Yang di atas ini pula adalah gambar sewaktu kenduri sebelah lelaki di Ipoh

Yang ini pun sewaktu kenduri di Ipoh

-----------------------------------------------------------

Kenduri Amirah pula adalah gabungan belah lelaki dan perempuan

Yang ini waktu akad nikah


Bagi saya, kemuncak kenduri Amirah adalah bacaan doa yang dibacakan oleh Anas...sedap, lancar dan menyentuh kalbu. Well done Anas.

Kami sampai awal dan makan awal...saya makan dua kali dan suami saya ulang makan bubur pulut hitamnye dekat 8 kali...

Ini gambar pelaminnya, tapi gambar pengantin tiada pulak...sat...saya cari sat...


Hah...ada pun...


Ibu dan Ayah Amirah serta adik beradik 

And of course ada gambar makcik yang kepoh dengan anak-anak sedaranya

Untuk Amirah dan Iskandar, semoga bahagian sehingga ke Jannah! 


Semoga kedua-dua pasangan akan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Aamiin







No comments:

Post a Comment