Friday, September 16, 2016

Eid ul Adha 2016

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat, 16 September 2016, cuti hari Malaysia. Saya di rumah saya di Sri Kepayan, sambil update blog dan sambil menonton tv.

Saya ingin berkongsi mengenai pengalaman kami berhari raya haji di KK baru-baru ini kerana kami tidak balik kampung. Ini adalah kali pertama kami tidak balik berhari raya di kampung setelah 10 tahun berkahwin, walau bagaimanapun, untuk diri saya sendiri, ini adalah kali ke 4. 

Kami okay aja pun cuma secara peribadi saya agak sedih dengan diri sendiri kerana mengabaikan pengisian sebenar hari raya haji. Dengan adanya banyak maklumat yang disebarkan mengenai makna sebenar hari raya haji ini dan ibadah-ibadah sebenar yang sepatutnya dilakukan selain daripada solat hari raya, memakai pakaian baru serta makan, saya merasakan diri saya ini amat kecil dan terlalu mementingkan perkara-perkara yang lebih trivia.

Semoga saya boleh membaiki diri selepas ini, juga semoga ada rezeki saya untuk mengerjakan haji tahun hadapan, aamiin.

Berbalik kepada cerita hari raya haji saya di mana saya mahu mulakan cerita pada hari Ahad, hari di mana persediaan dilakukan. Saya dan suami berpuasa pada hari itu dan kami mula menerima berita-berita dari kampung kerana keluarga Chemor dan Ijok memang berkumpul.

Alhamdulillah kedua-dua keluarga ada buat qurban. Di Ijok, lembu diletakkan di rumah awal-awal lagi dan oleh kerana itu, sessi berkenalan dapat lah di adakan. Gambar di atas adalah salah satu gambar perkenalan dengan lembu tersebut.

Ibu mertua saya juga telah memasak halwa maskat. Bukan senang nak masak halwa maskat ni dan kami hanya dapat melihat gambarnya sahaja.

Oleh kerana kawan-kawan ofis saya akan datang beraya pada esoknya dimana semua orang kena bawa makanan (potluck) dan saya masak tumis ikan bilis petai.

Suami saya baik, walaupun letih puasa, dia tetap tolong saya proses petai tu walaupun masih peluk bantal

menu berbuka puasa kami adalah ikan bakar, gulai lemak kacang buncis dan air asam (ala jalan Bellamy yang tak jadi)

Yang atas ini pula adalah juadah berbuka puasa keluarga di Chemor. Tak boleh la compare dengan menu kami di KK kannnn

Esok paginya, kami bangun awal, solat dan saya terus turun untuk vaccumn rumah. Lepas tu kami pergi ke Masjid Negeri untuk solat Raya.
Ini gambar Masjid Negeri

Ini gambar hubby solat. Kami datang lambat rupanya sebab orang KK solat raya awal. Depa solat raya jam 7.40 pagi. Saya sempatlah menyelit celah-celah orang kat luar masjid tu dan sewaktu solat tu, tiba-tiba bau lembu, kih kih kih, rupanya kat belakang kami ada lembu yang terikat.

Saya terpaksa berdiri sewaktu mendengar khutbah raya sebab tikar yang dihamparkan di atas jalan itu adalah basah. Saya rasa rindu pulak dekat Khutbah Raya Masjid Chemor waktu ni sebab Khutbah Raya Masjid Chemor lebih interesting.

Lepas solat raya, kami balik rumah dan minum dulu. Kami makan biskut ajapun sementara menunggu yang lain datang.

Gambar raya kami...maklum lah, tiada siapa nak tolong ambilkan gambar

Kami juga ada menerima gambar dari kampung, yang ini adalah gambar Abang Hab dengan lembu kita orang

Ini anak-anak sedara saya selepas solat raya

Yang ini adalah emak, kakak2 dan kakak2 ipar saya. Mereka siap breakfast di Masjid lagi

Kami juga menerima gambar ini...keluarga Chemor di dapur, memproses tulang kut...

Keluarga Ijok juga sibuk  memproses daging

Sementara itu, di KK, kami punya pertemuan raya sepatutnya diadakan pada jam 11.00 pagi, tetapi 3 keluarga telah datang lewat...jadi sementara menunggu, kami pun tangkap gambar

ini Daniel, bila dia merajuk...super cute

 bersembang, beginilah ruang tamu saya, ada sofa 3-seater tu dengan carpet sahaja


Encik Rashid, Shikin dan hubby

Akhirnya, dekat jam 12.00 baru kami mula makan. Ini adalah sebahagian daripada meja hidangan, sampai meja bekerja hubby pun terpaksa guna untuk letak hidangan.

yang ni sepenuhnya..ada sambal tumis petai, ayam masak madu, ikan cencaru bakar dan sup tulang yang sedap. Saya juga sediakan buah-buahan dan Azah sediakan puding roti dan sayur. Ehh, ada spaghetti juga yang dibawa oleh Encik Rashid.



Terus makan sebab memang lapaq semua orang


Haa...baru mula makan


Makan lagi...jumlah tetamu adalah dalam 26 orang...he he he...penuh rumah den. 


Rumah ni tiada aircond, jadi panaslah sikit. 


 Andddd...tadaaaa......group photo

Lepas semua orang balik, kami pun solat zohor, makan dan tidoq. 

Okay lah, begitu lah cerita saya, bagaimana pula hari raya anda?...
































1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete