Friday, September 2, 2016

Emak

Assalamualaikum.

Saya nak kongsi cerita yang ini juga di mana, setelah kami berkenduri di KL, orang Ipoh pun pula perlu kembali ke Ipoh kerana untuk membuat persediaan bagi menyempurnakan kenduri di Ipoh. 

Emak saya a.k.a. opah juga sepatutnya pulang pada hari Ahad itu (7 Ogos 2016).

Walau bagaimanapun, pada awal pagi 7 Ogos, kakak ipar saya telah menelefon saya untuk memberitahu yang emak saya telah bersetuju untuk bermalam bersama saya/mekyah di Shah Alam dan akan balik ke Chemor bersama saya pada hari Khamis (11 Ogos). 

Hoh, itu adalah berita terkejut kerana emak saya tu memang susah mahu bersetuju bermalam di rumah anak-anaknya, kecuali kalau terpaksa.

Saya dengan Mekyah pun cuba lah untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi mengisi masa emak sepanjang dia berada di Shah Alam. Rasanya emak saya selalunya excited kalau kami berdua buat aktiviti, dia diam dan ikut aja...

Okay, sebab sudah berlaku lama, saya akan bercerita secara rawak tanpa mengikut aturan masa. Saya bercerita mengikut gambar yang saya ada....


Gambar di atas ini adalah sewaktu emak saya terpaksa join saya dan Mekyah menonton "Ada Apa Dengan Cinta" di Astro First. Ha ha ha ha ha, tak tahu lah dia suka atau tidak tapi satu-satunya komen yang dia bagi adalah "Cantik perempuan ini" dan dia bercakap mengenai heroin filem itu.

Selain daripada itu emak saya juga ada menyatakan yang sewaktu dia di Sabah bersama-sama pakcik/makcik saya yang lain  tahun lalu, dia merasa tidak puas hati sebab tidak sempat untuk meluangkan masa yang lebih sewaktu di Pantai Tanjung Aru. Lepas tu dia terus cakap dengan anak sedara saya Malena macam ini "Nanti kita pergi ke KK ye Malena, opah nak pergi lagi sekali". 

Emak saya juga sangat suka menonton channel National Geographic sewaktu di rumah Mekyah dan bertanya dengan saya macam ini "Kenapa tv emak tiada channel ini?".

Mekyah pun explain kenapa dan emak saya terus cakap macam ini dengan saya "nanti kamu masukkan channel yang ni kat tv emak ye...emak suka lah"...hiks...baik lah emak, dah masuk pun.

Sebenarnya kalau lebih banyak masa yang saya luangkan dengan emak saya, mungkin lebih banyak perkara lagi yang boleh dia luahkan/request sebab emak saya bukannya jenis orang yang buat senarai apa yang dia mahu. Dia cuma akan minta tentang perkara yang dia tiba-tiba teringat.

Bila kami bersama, Mekyah, Malena dan saya sudah bercakap beratus-ratus perkataan sedangkan dia diam sahaja. Tapiii, bila dia mengeluarkan kata-kata, mesti yang bernas-bernas sahaja.

Shuk dan saya ada bawa emak saya ke Aeon Shah Alam. 

Sempat selfie bersama emak dengan berlatar belakangkan gambar pohon buluh seolah-oleh kami berada di Jepun

Bila saya letak gambar di atas di dalam kumpulan Wassup keluarga, semua orang kata cantik...

Emak saya ni, kalau di bawa shopping, boleh tahan juga pandai berbelanja, lebih-lebih lagi kalau di bawa ke bahagian barangan dapur. 

Sekali tu, dia ada melihat-melihat mangkuk untuk makan laksa, tetapi dia terfikir mungkin adalah lebih baik untuk dia membeli mangkuk yang sama design dengan set correlle yang ada di rumah (emak saya tidak suka pinggan mangkuk yang berat). 

Terkejut juga saya waktu tu, hah...sudah, kena beli correlle pulak ke saya...hi hi hi. Tapi tak de correlle lah pula di Aeon Shah Alam tu, maka tak perlu beli lah pada hari itu....selamat.

Lepas shopping, kami minum cendol. Selepas itu, emak pergi berjalan seorang pusing-pusing dekat foodcourt tu dan bila dia kembali ke meja, saya tengok dia telah beli banyak pastries. Dia excited bila tengok macam-macam di jual dan macam rambang mata untuk membeli lagi. 

Emak saya juga telah request untuk pergi ke rumah kakak saya di Putrajaya. Emak saya memang puas hati sebab dapat melawat kakak saya dan dia ada cakap dekat saya macam ini "Kakcik kamu dah bersara kan, nanti boleh la emak pergi tidur rumah kakcik pulak". 

Insyaa allah, nanti adalah rezeki emak pergi rumah Kakcik tu...aamiin

Sebab rumah kami di Jalan Ferum tu tiada lemari es, maka kami jadikan itu alasan kenapa kami tidak boleh memasak dan terpaksa makan di luar. But my Emak just enjoy eating out, and for this she has got her priorities listed out.

Satu malam itu, emak saya request nak makan sesuatu yang berair/sup

Waktu breakfast, bila dia mula keliru sebab banyak sangat makanan, dia pun pergi duduk dan suruh saya pilihkan...saya rasa dia sangat suka dengan makanan yang telah saya pilihkan sebab dia makan sampai habis semuanya.

Yang atas ni sewaktu makan dengan Mekyah...

Emak saya belajar selfie...kami orderkan dia Olio Aglio dan dia kata sedap...

Gambar di atas pula adalah makan malam kami sekali tu. Saya puas hati sebab dapat belanja emak saya makan sotong goreng tepung yang sudah banyak kali dia request. 

Alhamdulillah...rasanya emak saya pun puas hati dengan makanan malam itu.

Sekiranya kami bersalaman dengan emak, perkara yang dia selalu katakan adalah "Doakan supaya berkat umur Emak".

Semoga allah kurniakan berkat umur Emak saya, juga umur semua emak-emak di dunia ini. Aamiin.







1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete