Assalamualaikum
Hari ini hari Rabu, 7 September 2016 dan saya ingin berkongsi cerita sewaktu saya dan suami bercuti di Alor Setar dan Pulau Pinang sewaktu cuti hari raya baru-baru ini.
Saya sebenarnya sudah malas untuk bercerita tentang percutian ataupun apa-apa aktiviti lain sebab proses untuk update gambar adalah renyah.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini prestasi handphone saya telah menurun dan menurut suami saya, ini adalah disebabkan oleh jumlah gambar yang tersimpan di dalam memori telephone adalah terlampau banyak. Bagi mengatasi masalah tersebut, suami saya telah tolong transfer gambar-gambar tersebut ke laptop.
Setelah di transfer ke laptop, senang lah sedikit untuk saya buat kerja-kerja blog, walaupun kami sempat juga bertekak apabila saya tidak faham dengan sistem yang suami buat apabila dia save semua gambar di desktop menggunakan nama yang saya tidak faham.
Saya ni, kalau on my personal laptop, saya ada sistem yang saya ajar juga kepada officers saya untuk gunakan. Saya mesti ada nama folder saya dan di bawah folder saya, baru ada nama folder lain mengikut jenis kerja/event. Saya buat begini kerana pernah pada satu waktu, apabila saya perlu menukar PC/laptop, saya terpaksa menggagau mencari di mana saya simpan files kerana it was scattered all over. Tapi bila semuanya di simpan di bawah satu folder, kita hanya kena save folder itu sahajalah, yang saya rasa sangat senang.
Tapi, perkara begini saya tidak boleh bincang dengan suami, saya cakap sikit aja pun boleh kelahi 3 bulan, hi hi hi. Bagi saya, kalau you sudah ada folder picture, letaklah gambar di bawah folder itu dan namakan dengan nama yang orang faham dan boleh menjadi reference untuk masa hadapan. Ini pergi namakan dengan kod number yang could mean anything dan marah pulak bila orang tak faham. ...hah...begitulah...
Tetapi, baru sahaja sekejap tadi, saya telah menerima kata-kata ini : JUST BECAUSE YOU ARE RIGHT, DOES NOT MEAN, I AM WRONG. YOU JUST HAVEN'T SEEN LIFE FROM MY SIDE.
Ha ha ha...memang saya terasa.
Saya tahu cara kami berfikir dan membuat keputusan adalah berlainan. Ini saya nampak dengan jelas apabila saya tengok suami main Candy Crush. Heee, mungkin nampak macam budak-budak, tapi bagi saya ianya adalah indicator. Priorities dalam hidup suami juga adalah berbeza dan kami memang perlu banyak bertolak ansur sebab kalau asyik bertekak dan jangkamasa untuk merajuk untuk setiap perkara yang kami tidak setuju itu adalah 3 bulan, masalah besar lah jadinya.
Anyway, dalam berteka-tekak tu, I must thank hubby because since the photos were transfered, I am able to browse them and have spotted some photos taken when we were in Alor Setar and Penang for our jalan-jalan cari makan session during hari raya break.
On 12 July, we started off from Chemor, and arrived at Alor Setar around 1.00 pm. I have actually contacted my friend in Alor Setar to seek his advice on interesting places to eat. Unfortunately, the places suggested were all closed for hari raya break so we finally decided to have laksa at one of the gerai near the street.
Tapi ye lah, rezeki juga lah rasanya sebab cendol dan laksa di gerai yang kami makan itu memanglah sedap...sesuaiii dengan selera saya. Ada gambar..
Cendol
Laksa. Laksa dia pedas, sebab tu saya suka. Saya juga menghargai keadaan kedai yang kemas dan bersih, semoga murah rezeki tuan kedai ini, aamiin.
Selepas itu kami ke Hotel Grand Alora. Menurut suami, dia telah memilih hotel ini kerana di Hotel inilah MB Kedah terpengsan baru-baru ini...
quite a nice hotel with reasonable price
I love the view from our room, paddy field
From a different angle
and sunset...love it
Walau bagaimanapun sesuatu telah berlaku pada malam itu di mana saya telah sakit kepala sampai muntah. Haih, sudah lama betul saya tidak mengalami sakit kepala yang sebegitu, rasanya dekat 10 tahun.
Sebab sakit kepala, mood makan pun tiada. Yang kelakarnya, suami saya cakap macam ni kat saya "Saya memang selalu suruh Cikbib kurang kan makan, tapi bila Cikbib tak lalu makan macam ni, tak best nyaaa".
Heee...memang lah kan, mana seronok kalau bercuti tapi makan sorang-sorang. Saya takut nak makan waktu tu sebab takut muntah balik. Oleh kerana kepala pun dah pusing waktu tu dan penat sebab muntah, sampai aja di bilik malam nya, saya pun terus tidur.
The next day, we woke up early and went for breakfast. Saya pun sudah tidak ingat menu breakfast di hotel hari itu tapi saya memang lapar waktu tu, jadi menu apa pun memang rasa sedap aja lah.
Lepas tu, kami berjalan-jalan kat hotel
Pergi swimming pool dan muka saya nampak macam baru lepas sakit kepala kan? Saya teringin nak mandi, tapi hubby tak interested. Lepas tu kami balik ke hotel. Rasanya kami tidur balik kut dan lepas tu baru check out untuk ke Penang
Ini nombor bilik
Kami pun ke Pulau Pinang dengan excitednya. Tak tahu lah kenapa, tapi kalau nak Penang, rasa happy aja.
Kami beria-ia mencari Restoran Nasi Kandar yang satu nii...lupa pulak nama dia (baru dapat namanya, nasi kandar kg Melayu), tetapi lokasi adalah di Air Itam. Tapi sebab sampai lambat, kedai dah tutup dan hanya buka di tempat lain pulak pada malam/petang.
Pakcik yang bagi tahu kami tu telah mencadangkan supaya kami pergi ke satu restoran yang satu ni pulak (sebab dah lama, semua fakta telah hilang dari memori ingatan saya). Tapi pakcik tu telah bagi statement macam ni kepada saya :"Boleh la cuba restoran yang ni pulak, tapi rasanya biasa-biasa sajalah". Hiksss
Ini lah makanan kami di restoran yang rasanya biasa-biasa saja tu. Boleh tahan la juga rasanya tapi saya kurang puas hati sebab dia ada letak sambal yang agak manis di atas nasi tu, langsung hilang rasa kari. Saya nak makan nasi dengan kuah kari, apa hal letak sambal manis tu pulak. Tapi, saya tengok, ada seorang budak ni, dia makan nasi dengan ayam seketul bersama sambal manis tu dengan kuantiti yang banyakkk...saya rasa sambal tu memang famous, cuma tidak sesuai dengan selera saya aja.
Kami terus ke hotel yang terletak di Teluk Kumbar, lebih kurang 30-40 minit juga jaraknya dari Georgetown. Saya pelik aja kenapalah jauh sangat hotel yang suami saya tempah ni. Saya sebenarnya teringin nak tinggal di E&O ataupun G Hotel, kan dekat kalau nak makan pasembor. But anyway, kena percaya dengan pilihan suami lah kan.
Sampai aja di hotel, kami pun check in dan.....tadaaaaa
Hebat hotel ni, tapi kalau ada anak-anak lagi best kan sebab dia bagi dua king size bed
Hmmm...mula-mula ingatkan seluruh screen tu adalah tv...ghopenya tv kecik aja, 40 inci
Dari sudut lain
Yang ini bilik air...tak sempat pun berendam dalam tub tu
Shower...boleh shower dan termenung sebab ada tempat duduk...macam di Hong Kong
Seperti biasa, suami melihat apa yang ada
And this was really a surprise sebab ada kolam. Kalau dulu saya macam tak suka kolam kecil macam ini, tapi mungkin kolam kecil macam ini sahajalah yang sesuai dengan saya yang tidak pandai-pandai nak berenang.
And this is what I like best, pemandangan kampung juga the fact yang kami boleh mendengar suara azan dengan jelasnya, alhamdulillah.
Dari sudut lain...
Ohhh...ini pemandangan daripada bilik air yang besar sangat tu, yang menghubungkan bilik ke balcony/kolam.
Saya pun solat, dan berendam dalam kolam lepas tu, rasa excited macam budak kecik pun ada.
Malamnya, kami keluar untuk makan pasembor
Tengok-tengok, di tepi jalan di luar hotel, ada orang jual durian, tapi kami tak beli pun sebab suami tak sabar nak makan pasembor
Nama hotel kami...
Di Padang Kota, suami saya order ABC. Saya order air kelapa...
Pasembor...sedap, but I just wish that they can improve the cleanliness of the gerai...
Lepas tu lepak tepi laut...lepas tu balik hotel
Pagi esoknya, saya bangun awal dan berendam sorang-sorang sebab suami tdoq lagi. Kami breakfast dalam bilik saja pagi itu. Sebab hotel ni best sangat, kami stay sampai jam 11.45 pagi baru check out.
Masuk highway, sampai hentian Bukit Gantang, kami pekena nasi lemak ini...
Nasi lemak nya simple sangat, tapi ada waktunya suami boleh habiskan 3 bungkus sekaligus.
Lepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Chemor sebelum balik ke Shah Alam dan seterusnya ke KK. Semoga ada rezeki kami ke Kuala Terengganu selepas ini, sementara kawan saya masih di sana..aamiin.
Okay...nanti saya cari gambar untuk aktiviti lain pulak...kalau ada...
Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com