Monday, March 21, 2016

21 Mac 2016 - Tentang Cuaca, Kucing dan Toilet

Assalamualaikum.

Hari ini 21 Mac 2016.

Cuaca di KK adalah sangat panas dan ada jerebu sedikit. Rasanya, sudah hampir 2 bulan hujan tidak turun dan rumput-rumput di tepi jalan banyak yang sudah kering dan kuning. Kebakaran juga makin sering berlaku.

Walaubagaimanapun, lalang yang tumbuh di laman rumah saya tetap berwarna hijau dan setelah setahun di KK, hubungan saya dengan lalang-lalang tersebut adalah semakin baik. 

Saya juga semakin biasa dengan bau tahi kucing jiran saya yang sentiasa menjadikan laman saya sebagai jamban. Jika setahun yang lalu saya rasa macam nak muntah dengan bau-bauan daripada tahi kucing tersebut, sekarang tidak lagi. Bau tahi kucing itu sudah seakan jadi sebahagian daripada hidup saya.

Tapi, kucing yang kerap melabur di laman saya itu, tetap masih menjadi musuh ketat saya dan dia juga seakan mengerti bagaimanapun piss off nye saya dengan dirinya. Setiap kali dia duduk dengan dempapnye di depan rumah jiran saya  (dempap sebab dia debab) sambil mengibaskan ekornya, serta mengerli ke arah saya, saya pasti membalas kerlingannya dengan jelingan tajam. Ingat kita orang takut dengan dia? Kalau tidak memikirkan hubungan baik antara jiran, memang kena la kucing tu. Haish....saya cuba memujuk diri dengan mengingatkan diri bahawa at least tahi kucing itu tidak toksid dan adalah sangat natural...

Tapi itu lah kehidupan, dan saya masih di KK.

Minggu lepas, kami di ofis telah dicabar dengan masalah tiada toilet untuk melakukan kerja-kerja khas. Toilet di setiap tingkat blok kami di tutup untuk kerja-kerja maintenance dan sekiranya kami perlu untuk ke toilet, kami perlu pergi ke tingkat tujuh dan melintas ke blok sebelah dalam jarak 100 meter macam itu. 

Kami mengalami masalah itu selama 2 minggu dan ianya bukanlah satu kenangan yang manis. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, bilik air kami telah kembali berfungsi seperti biasa pada hari ini...legaaaa.

Hmmm...ada banyak cabaran kecil/besar yang telah datang dan telah dapat di atasi. Moga kehidupan akan menjadi lebih baik untuk kami selepas ini. Semoga kehidupan anda semua pembaca budiman  akan menjadi lebih baik juga selepas ini (semua budiman kan? atau ada yang kurang budiman? hiks).

Have a productive weekend every one...

--------------------------------------

Komposer Adnan Abu Hassan telah meninggal dunia pada hari Jumaat, jam 2.17 pagi. Semoga dipermudahkan semua urusan akhirat allahyarham. Alfatihah


1 comment: