Saturday, March 19, 2016

7 Mac 2016 - Apa Yang Berlaku

Assalamualaikum.


Saya melapurkan daripada rumah saya di Sri Kepayan, KK. Hari ini hari Sabtu, jam 8.47 am. Saya baru aja minum juice epal hijau dan peria. Untuk pengetahuan, di Sabah ni, sebab tanahnya subur, buah serta sayuran adalah besar-besar belaka. Sebagai contoh adalah sayur peria, peria katak yang kecil tu, tidak wujud langsung di Sabah ni, tetapi perianya adalah besar-besar belaka, sebesar lengan orang dewasa,

Buat pengetahuan semua, sebelum saya buat post ini, saya telah menoleh ke belakang dan melihat semula apa yang saya lakukan di bulan Mac 2015, yup, bulan yang penuh dengan keraian buat saya dan suami. Hmmm, itu lah baiknya bila ada blog ni, anda boleh mengingat kembali memori-memori sebelumnya. 

Untuk post kali ini, saya ingin menulis mengenai apa yang berlaku pada ulangtahun hari jadi saya pada 7 Mac baru-baru ini.

Saya dan suami sebenarnya sudah "private" kan tarikh harijadi kami di facebook. Tapi of course lah kami menjangkakan ucapan daripada ahli keluarga semua kan. 

Pada awal pagi, anak sedara saya yang telah menghantar kad hari jadi pada tahun lepas telah membuat ucapan selamat hari jadi di kumpulan wassup keluarga kita orang dan selepas itu, ucapan-ucapan serta doa yang lain juga datang bertalu-talu. Alhamdulillah, semoga allah makbulkan semua doa tersebut.

Begitu juga dengan group keluarga belah suami saya, dimulai dengan ucapan daripada seorang adik ipar saya dan seterusnya daripada ahli-ahli keluarga yang lain juga. Sekali lagi, semoga semua doa serta ucapan yang baik-baik itu dimakbulkan oleh allah, aamiin.

di Facebook pulak, ada juga ucapan, sebab ada sorang dua yang tahu dan telah wish di situ...he he he....alhamdulillah.

Dan kali ini, bff saya telah ingat tentang tarikh ini....walaupun sekiranya mereka lupa, saya pun tidak marah sebab saya pun kadang-kadang tidak ingat tarikh lahir mereka....

Di ofis pulak, salah seorang rakan ofis telah mengucapkan selamat hari lahir pada awal-awal pagi lagi. 

Pagi itu, saya kena menghadiri program kerajaan negeri dan sewaktu mahu balik, saya dapat message kata ada lunch dengan company.  Ait??? Macam mana saya boleh tak tahu? Tapi saya malas nak tanya pulak waktu tu dan ikut ajalah...

Rupanya lunch it untuk saya sebenarnya...terharu jugak la saya ...


Ini lah team kecil saya di Sabah...saya kan baru di Sabah dan tidak berapa ada kawan. Maka, inilah kawan saya, macam keluarga juga. 



Hah, keknya dengan lilin yang complete dengan umur saya....



Siap ada tiup lilin lagi ni...saya perasan kan, lately, di kala umur semakin tua ni, harijadi saya di celebrate dengan lebih meriah...rezeki , alhamdulillah



Thank you team Sabah saya...semoga kita dapat bekerjasama dengan baik, dipermudahkan semua urusan kita dan kita enjoy bila bekerja. Aamiin

Balik dari ofis, semasa didalam kereta, suami saya cakap macam ni "dah ada kek ye cikbib, saya ingatkan kalau tak de kek, saya nak belikan malam ni. Kita celebrate di rumah dan esok Cikbib boleh bawa kek ke ofis".(Saya telah letak gambo kek di dalam group wassup keluarga kan)

Anyway, bila sampai rumah, saya ada tangkap gambo sempena ulangtahun saya ...



Ini lah saya, a 46 years old lady, working in Sabah. Dia manusia biasa, tidak sempurna, dan masih terus berusaha untuk menjadi insan yang baik. Semoga engkau pelihara wanita ini Ya Allah dan walau apa kesilapan yang mungkin dia lakukan, kurniakanlah wanita ini pengakhiran yang baik. Aaamiin.

No comments:

Post a Comment