Thursday, March 10, 2016

Cuti CNY 2016 dan Majlis Pertunangan Ajim

Assalamualaikum!


Hah, I have actually collected photos for this post last Sunday, but could not find the time to complete it. I could not do it at night because I was feeling tired. Maybe it is due to the hot weather.




But today, 10 March 2016, I will try to finish this post bit by bit...insyaa allah.



--------------------------------------------------------


Telek punya telek, kami dapati, untuk CNY 2016, sekiranya kita ambil cuti 3 hari, kita boleh dapat jumlah cuti 9 hari (campoq Sabtu dan Ahad). Walau bagaimanapun, sebab kami kononnya ada plan baik punya untuk bulan Mac di mana kami akan meraikan banyak perkara, kami telah mengambil keputusan menangguhkan semua keraian di bulan Februari seterusnya tidak akan balik kampung semasa CNY. 


Kami juga dapati bahawa harga tiket kapalterbang adalah sangat mahal pada waktu CNY. Terdetik juga di hati kami untuk ke Kucing ataupun Brunei, malangnya harga tiket ke 2 destinasi ini juga adalah sangat mahal.


Oleh kerana kami tidak balik kampung tetapi mempunyai masa lapang yang panjang di KK, kami mula membuat perancangan yang merepek-repek tentang CNY. Kononnya nak ke Dalit lah, nak ke Lembah Danum lah....haaaa. Tapi, secara tidak sengaja, pada hari Khamis (5 Februari), kami telah saja-saja melawat website Air Asia dan nampak ada beberapa last minute ticket yang berharga lebih murah untuk balik ke KL. Kami pun apa lagi, terus book ticket dan apply untuk cuti. Yes...


Untuk meminimakan kos harga tiket, kami hanya balik ke KL pada hari Ahad, 7 Februari. Pada hari Sabtu, kami telah menghabiskan masa di KK di mana kami telah berkongsi sedikit sebanyak kemeriahan/kesunyian KK menjelang CNY kerana ramai jiran di keliling rumah kami sudah meninggalkan rumah maka terasa sunyi sangatlah, sementara keadaan di bandar KK pula adalah sangat meriah.



Saya juga telah masak untuk makan tengahari pada hari Sabtu itu dimana saya telah menyediakan tomyam bersama udang galah goreng serta telur dadar....ada gambo...





Selepas solat Asar, kami berhasrat untuk ke pasar Filipina bagi membeli sedikit ole ole untuk orang KL. Malangnya, jalan ke pasar Filipina telah di tutup kerana ada gerai-gerai khas untuk CNY.



Haaa...tak de rezekilah untuk kami membeli belah nampaknya. Walau bagaimanapun, kami seronok menyaksikan kemeriahan KK sewaktu itu. Jumlah pengunjung yang datang juga adalah ramai dan kami mengambil keputusan untuk meninjau daripada kereta sahaja. 



Pada hari Ahad, kami dapati suasana di KKIA adalah lebih tenteram. Ini mungkin kerana ramai daripada masyarakat China sudah balik ke kampung masing-masing kerana upacara makan besar akan di adakan pada hari Ahad, malam Isnin.



Kami sampai di KLIA 2 lebih kurang pada jam 3 petang dan telah menaiki teksi untuk ke Shah Alam. Kami telah merasa satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan semasa menaiki teksi tersebut tetapi saya hanya akan bercerita mengenai pengalaman tersebut di post yang lain. 

Sampai di Shah Alam, kami berehat, solat dan mula membersihkan rumah. Saya berazam untuk lebih berdisiplin kali ini dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin dan saya rasa, saya telah 80% berjaya, alhamdulillah.

Pada malamnya, selepas solat Maghrib, kami telah ke Malaya Kopitiam untuk makan malam, malangnya tiada gambar yang di ambil.

Esok paginya kami bangun awal dan pergi breakfast di Cili Merah

Yeow....saya ambil makanan seperti di atas. Saya sangat suka popia goreng di Cili Merah

Selepas itu, kami telah ke Pavillion.


Saya bergambo aja di tepi Tod's tu, tapi tak masuk pun ke dalam kedai tu


hah, tanglung tu cantik, saya pun pergi berlari ke tanglung tu dan minta Shuk amikkan gambo


eeiiihhh....awat menyeghongin tu? 

We were at Pavi on CNY day itself (Monday, 8 Feb) and it was interesting to witness how the Chinese Community in KL celebrated their CNY. Yup, many of them came to Pavi with their whole family in their CNY outfit. 

We went around but we did not buy anything. We did stop at The Loft and had some drinks  but decided to go to Jalan Bellamy to have some ikan bakar after seeing the price of the food at The Loft (happened all the time).

Unfortunately, only one ikan bakar stall at Jalan Bellamy was opened and due to that we decided to have lunch at the famous mamak restaurant located next to PERTIMA.

I ordered ais kacang


And mee goreng mamak. Hubby ordered pasembor and cendol. Tapi sedaplah, boleh datang lagi ke tempat ni

Malamnya kami dinner kat mana ntah...tak ingat ...

The next day, kami plan untuk pergi ke PD.....

Kami breakfast di Cili Merah dahulu...menunya lebih kurang aja, tapi tak dapat di KK ye. Mihun di KK kurang menarik bagi saya...

Seterusnya, kami bertolak ke balik rumah, lepak-lepak dan kemudiannya ke PD

Kami pergi Avillion

Ini biliknya


Sampai aja di bilik, kami terus solat dan ready untuk makan. Kami beli pisang goreng, dan bawa kuih di dalam daun pisang tu yang telah di beli di Cili Merah


Yay, setting tempat makan kami


view daripada balkoni bilik, kami dapat la tengok sunset sikit-sikit. Sebenarnya, sunset di Sabah adalah lebih cantik, air laut di Sabah juga jauh lebih menarik. Walau bagaimanapun, di Sabah, ada banyak sampah dan maintenance tidak di buat dengan baik dan menyebabkan keadaan adalah kurang berseri...


Kami di balkoni...


Malamnya, kami pergi makan ikan bakar 


Paginya pulak, kami breakfast di Balkoni sahaja dengan bekalan yang kami ada


Yay...simple, tapi best

Balik daripada PD, kami singgah di sini....


Kami tak de beli apa-apa pun

Kami singgah makan di salah sebuah restoran di Mitsui Outlet...boleh tahan mahalnya, tapi boleh laaa, tak de la tak sedap. Walau bagaimanapun, bila makan, saya teringat udang kat Sabah yang sangat fresh...

Lepas tu, kami balik Shah Alam.

Sampai di sini dulu ye...nanti kita sambung

-----------------------------------------------------
Hari ini sudah 15 Mac 2016, dan saya baru nak sambung balik cerita cuti CNY kami.


Selepas bercuti di PD, kami balik Shah Alam. Pada hari Khamis, kami telah mengambil keputusan untuk ke Teh Tarik Place di DEMC. Punye lah nak pergi makan juga di Teh Tarik Place kan, langsung kena pergi DEMC.

Di DEMC, seperti biasa kami makan roti canai dan nasi lemak...masih terbaiklah nasi lemak di tempat ni sebab sambalnya tidak manis...saya sekarang memang tidak boleh makan nasi lemak yang manis-manis ni




roti canai di Teh Tarik juga maintain sedap...terbaikk

Lepas itu, suami bawa saya ke Anggerik Mall sebab mahu mengeluarkan duit bonus Tabung Haji. Walau bagaimanapun, apabila kami sampai, kami dapati barisannya ramai sangat maka kami pun cancelkan aja kami punya hasrat.

Hadoiii, ada banyak betul gambar makanan di dalam simpanan saya, tetapi saya sudah tidak ingat bila kami makan.....



Kami ada pergi ke Uncle K, saya order roti canai dan coconut shake tapi saya tidak ingat suami saya order apa (ciri-ciri isteri solehah, ingat diri sendiri aja)

Kami ada pergi ke Pak Mal untuk makan nasi ayam..

Kami ada pergi ke Restoran Soto di Seksyen 8. Kuih nya sedap tapi saya rasa sambal nasi lemaknya terlampau manis untuk saya....

Pada hari Jumaat, 12 Februari, kami telah keluar awal dan terus ke Anggerik Mall untuk keluarkan duit bonus tabung haji...kami ada projek jadi kami perlukan duit itu



Petang Jumaat di SACC Mall, di Restoran De Palma. Shuk tengah bising dan cakap "Jangan tangkap gambar saya, tangkap gambar makanan aja"

Mana boleh kan...Shuk kan model berbayar.

Lepas itu, petangnya, saya sempat berjumpa dengan gang Shah Alam saya....


Kami pergi ke Restoran Segamat Rail yang baru di buka. Makanannya yang di sediakan adalah makanan daripada Negeri Johor. Makanan di atas adalah makanan Z.

Gambo kami...nampak gembira aja kan


Mee pun ada

Hah...the rest of the food

 
Yang ini, saya punya. Saya kan dah makan, jadi saya minum ajalah. Kopi O dia, okay, tapi sedap kopi Tenom lagi...he he he...so Sabahan lah saya ni sekarang ni

----------------------------------------------------------

Pada hari Sabtu, 13 Feb, kami telah ke KL sebab pergi meminang......

Hah...gadis pembawa dulang

Abang Hab, Kak Lina dan Mekyah, gelihati melihat anak-anak dara membawa dulang



suasana berbincang...

anak dara lepak di luar rumah sewaktu orang-orang dewasa berbincang di dalam

kakak saya dan bakal menantu, semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan baik, aamiin

Hah...budak-budak ni yang kenyang perut dan senang hati sudah. 


Saya punya makanan. Mereka masak sendiri tahu makanan ni.
 



Yay, ada artis tau. Yang ni adalah mak mertua kakak saya bergambar dengan Datuk Ziela.

Ada 3 pasangan kembar di dalam keluarga kami. Nasib Ajim la, keluarga emak dia ada 8 beradik, dan keluarga ayah dia juga ada lebih kurang 8 beradik juga. Makanya, untuk kenduri yang macam ni, walaupun simple, bilangan yang hadir itu tetap besar...sudah rezeki nya macam itu.

Ajim dengan sepupu-sepupunya...body guard telah enter frame di belakang tu

Seterusnya, pada malam Sabtu tu, Abang Hatta, Kakak dan Tiha datang bermalam di rumah kami di Shah Alam

Kami pergi Segamat Rail lagi sekali...order mee rebus dengan ABC

Kakak dan abang Hatta kongsi

Shuk order mee bandung

Tiha order yang ni...sedapp

Lepas tu, order goreng pisang cicah dengan kuah kicap hitam tu


Aish and his toy

on 14 Feb, kami celebrate birthday Ajim yang ke...28 kut...

Lepas tu pergi ke Cili Merah

Petangnya, kami pergi ke Thai Delight di Plaza Massalam
Sedap...lain kali boleh order menu macam ni lagi. Kami order kerabu pucuk paku, udang goreng telur masin dan teloq dadar


Lepas tu, pergi makan ais krim

The next day, hari Isnin, kami perlu balik ke KK. Flight kami petang...


Pagi, kami breakfast di Seksyen 8, saya makan nasi kerabu dan hubby ambil pulut kuning

Lepas tu kami balik dan bersiap...
Saya puas hati kali ni sebab saya tinggalkan rumah di dalam keadaan bersih..alhamdulillah
semua dah berbalut dan hati tetap rasa sedikit sayu untuk meninggalkan rumah kami ni

Kami ke KLIA 2 naik teksi


Dan seperti biasa, kami singgah di the Loaf, makan roti loo.

Saya sampai petang di KK dan bila sampai aja, saya terus masak ikan bilis tumis dengan petai...he he he

Hari esoknya pulak, saya telah ke Tawau dan Sempoerna.....

Mak aih...panjangnya....larat tak you all baca? 

No comments:

Post a Comment