Sunday, February 21, 2016

Minggu ini 16 - 21 Feb 2016

Assalamualaikum

It's Sunday and I have had breakfast and now trying to sit down and prevent myself from watching tv. Yup, if I start to watch tv, that's said. I will not be able to do anything else. This blog will be abandoned and there will be no updates.

The week went quite well with a few shocking news at work but we have handled it accordingly. Inline with the current economic situation, there's budget cut for our Sabah office and this would mean that we have to re-look at our planned activities for the year. 

We have made some not so popular decision but that is just how it is. We have looked into the matter, discuss about it, asked views from others, have our conscious clear and do it sincerely for Allah. We leave the rest to allah.

But of course I am not going to write about my boring mundane work here, let's talk about what have I been eating through the week...ha ha ha...

Hmmm, I browsed my camera and found some of these photos, let's share..

Haa, this is what we had for breakfast on Tuesday, 16 February 2016. Actually the sambal tumis udang with petai was prepared the day before. I cooked once I arrived from KL on Monday because hubby needs to eat and I just have to cook the petai before it become rotten. It is not easy to get petai in KK ye, so, when we have petai, we must cook it ASAP.

On Tuesday morning, hubby heated up the nasi and prepared this very heavy breakfast box. Since it is petai, I was worried with the smell, but tokbomo just didn't care. He prefers to have heavy breakfast nowadays and skipped lunch. He will then take a late lunch cum dinner and both of us will take a very light dinner after that.

On Tuesday, we went to have roti canai at this Kelantanese Restaurant located opposite our office. I did not take any photos though.

On Tuesday afternoon, somebody has given me this :


Yup, kotak untuk di isi tisu. Kecik pula kotak ini, jadi kotak tisu tidak boleh masuk. Tapi tak pe, saya telah koyakkan kotak tisu dan transfer semua kertas tisu ke dalam kotak ini. 

Insan yang memberi kotak ini sesungguhnya bukanlah orang yang senang, dan saya pernah memberikan sedikit pertolongan kepada beliau. Mungkin kerana pertolongan yang kecil itu ingin di balas, dia pernah membelikan saya buah-buahan sebelum ini.

Saya katakan pada insan ini "awak tidak perlu membalas apa-apa pun atas pemberian saya yang kecil itu. Tapi, kerana saya percaya setiap apa yang diberi, pasti ada balasannya dan saya juga yakin bahawa, lebih banyak kita memberi, akan lebih banyak rezeki yang allah bagi kepada kita, insyaa allah. Jadi, saya terima pemberian awak ni, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak dan saya doakan semoga murah rezeki awak".

Haaa, skema tak jawapan saya tu? Memang skema pun, tapi itulah lebih-kurang jawapan saya. Saya suka dia ni sebab dalam dia susah-susah pun, bila kami pergi melawat bapa kepada kenalan kami meninggal dunia, saya lihat dia tetap menyumbang walaupun dalam jumlah yang kecil. Pahala mereka yang menyumbang sewaktu mereka tidak mampu, pastinya lebih besar.

Tapi ye lah, lepas tu, ada aja kadang-kadang dia belikan saya goreng pisang, he he he, habis diet aku. Tapi tu lah, cabaran yang allah berikan kepada hamba-hambanya adalah berbeza kan, jadi, mari kita berbaik sesama kita dan doakan yang baik-baik untuk orang lain.

Pada hari Selasa juga, ada insan lain yang telah menyelesaikan hutang dia kepada saya. Saya hormat betul lah kepada insan ini kerana dia juga bukan orang senang. Saya pun, bila meminjamkan duit saya kepada beliau, saya cuba lupakan dan biarkan dia membayar bila dia mampu dan sesungguhnya, dia terus bayar bila dia mampu, alhamdulillah. 

Saya juga tahu yang dia meminjam bukan untuk kegunaan dirinya sendiri, sebaliknya, dia meminjam untuk kegunaan keluarga...hmmm...kita ni, kadang-kadang, duit ada, tapi nak jumpa keluarga pun tak sempat.

Well, doa saya untuk pemuda ini juga, semoga murah rezeki dan di dalam keredhaan Allah sentiasa. Aamiin.

Okay, pada hari Rabu malam, saya mahu masak mee bandung, tapi bila saya call tengahari tu sebab nak minta hubby beli sawi untuk masak mee bandung, hubby cakap macam ini "cikbib masaklah nasi, saya nak makan nasi". 

Haaa....nak buat hal la tu bila pagi nya hanya makan roti canai, dan lepas tu skip lunch...lepas tu jangan nak merungut "migrain". 

Saya tak berleterpun sebenarnya sebab tak de pekdah, bukan ada kesan pun, it's like talking to the wall again. 

Tapi sampai aja di rumah, saya terus ke dapur dan tak tahu lah macam mana, tapi saya telah decide untuk masak kari ikan. Waktu tengah memasak tu, baru terperasan yang kiub ikan bilis sudah habis. Kih kih kih...saya, bila masak kari, confidence saya akan meningkat kalau ada kiub ikan bilis, so, bila tak de, saya sudah jadi risau.

Saya berdoa panjang-panjang waktu masak tu semoga sedap la kari saya dan waktu solat Maghrib sebelum makan, saya doa lagi. Yang paling penting adalah hubby suka, sekiranya saya tak suka, itu tidak menjadi masalah.

Tapi alhamdulillah, hubby kata "Ok cikbib, tak letak kiub ikan bilis tu pun, dah cukup sedap"...lega rasa hati.

Anddd, the next day (Khamis), hubby has diligently heated the nasi and kari, and prepared our breakfast box. Huk alohhhh....bau kari laaaa bilik saya hari tu.


Haaaa...tengok gambo kat atas tuh, macam berkelah ke apa.

Habis breakfast, saya minta tea lady tu lap meja dan letak bau wangi sikit sebelum company datang.

Petangnya pulak, tiba-tiba tea lady bagi goreng pisang dan air milo kosong....

Hmmm...saja nak letak sebab waktu ni saya rasa macam boss, macam bila kita sampai ofis boleh cakap "buatkan saya kopi please"...kan?

Hokeh, hari Jumaat pulak, makan roti canai lagi...


Restoran ni memberi kami pilihan untuk makan. Walau bagaimanapun, kami takut nak try nasi lemak restoran ni sebab kami ada makan bihun goreng sekali dan bihun tu manih, kami ni kurang sikit sambal-sambal yang manih nii...sooo...pegi je restoran ni, kami makan roti canai dua keping sorang.

ehhh...hubby tangkap gambo saya juga waktu ni.

Okay, balik aja pada hari Jumaat tu, saya cakap kat hubby "jom makan kat luar". Hubby pun setuju, dan kami pergi Imago, makan kat Pizza Hut.

And malam sebelum tidur, saya tanya kat hubby, "esok pagi mahu makan apa Mas?" (Mas tu saja aja saya guna untuk menyedapkan cerita).

Hubby cakap "nasi lemak"

So...hari Sabtu kami makan nasi lemak. 

Nasi lemak for breakfast and dinner....

And for today, we had cokodok...

Air kopi dan kopi O tu, hubby prepared...terima kasih banyak-banyak.

And as for now, jam 12.30 pm, kami masih kenyang dengan cokodok ni.

Okay guys, lepas ini saya kena sambung balik cerita saya balik kampung...bila la nak abihnya...

4 comments: