Wednesday, February 3, 2016

Balik Kampung, Disember 2015 - Kenduri di Bukit Mertajam

Assalamualaikum.

Mari bercerita tentang percutian saya dan suami di bulan Disember 2015 baru-baru ini. Kami telah balik Semenanjung pada malam Jumaat, 18 Disember 2015, dan sampai di Shah Alam dalam jam 2.00 pagi. 

Setelah sampai, kami pun bersihkan diri, kibas-kibas sedikit katil tu dan tidur sebab kami perlu meneruskan perjalanan pada pagi keesokan harinya kerana ada majlis kenduri kahwin kepada sepupu suami di Bukit Mertajam(sepupunya sangat muda though).

We woke up the next day, solat dan terus cari baju yang sesuai dan boleh di bawa makan kenduri. Selepas tu kami pergi minum pagi dan bermulalah perjalanan ke Bukit Mertajam.

Kami sampai di Bukit Mertajam dalam jam 1.30 macam itu (waktu tu memang azan Zohor sedang berkumandang). Saya solat dulu, dan selepas tu makan. Ada macam-macam jugak menu makanannya dan saya makan aja semua, tiada diet. Saya makan laksa, saya makan nasi kenduri dan kerepek-kerepek yang dihidangkan.

Saya juga minum banyak air sebab panas. Kami lepak sampai Maghrib di rumah kenduri tu, dan ada gambo pengantin.

Hmmm...sangat muslimah kan? Ayah pengantin perempuan ni memang ustaz pun. Tapi saya suka lah tengok sebab walaupun tanpa mekap tebal, pengantin perempuan ni nampak sweet dan berseri-seri.

Habis kenduri, kami pergi check in di Hotel "The Light". Hubby yang uruskan tentang hotel ni, saya ikut aja.  Sebab saya minum banyak sangat air, sesuatu telah berlaku sewaktu saya check in di hotel, tapi ye lah, ianya berlaku pada masa yang tepat, jadi saya sangat bersyukur.

Kami seterusnya mandi, solat Maghrib dan keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar hotel. Kami akhirnya telah terjumpa dengan Teh Tarik Place maka apa lagi, kami pun makan di situ. Malangnya, kami tidak ambil gambar.

Balik hotel, kamipun tidur dan esoknya pulak, bangun awal sebab masih terbiasa dengan waktu KK. Selepas mandi, kami turun pergi breakfast awal-awal dan telah lepak di tempat makan selama 1 jam setengah. Punyelah lama...he he he he he. Ada gambo...

Haaa...makanannya sedap, maklumlah, Penang kan, semuanya sedap

Lepas tu, kami berjalan-jalan di hotel untuk membakar sedikit kalori yang telah kami ambil. Gambar ini diambil untuk capture kecantikan lampu itu. Model di sebelah itu hanyalah hiasan...hiks 

Kami sibuk tengok ballroom. Pekerja hotel tengah sibuk mengemas kerana malam sebelumnya ada wedding

view dari bilik


Heee...kononnya nak selfie. Kami dapat duduk di tingkat 6, bilik 616. Seronok saya dapat bilik nombor kegemaran saya.

Sesudah sampai di bilik, kami sempat tidur balik. Bahagianya dapat tidur di hotel dengan hati yang gembira dan tidak memikirkan program seterusnya.

Selepas itu, kami checked out dan balik Shah Alam...nanti sambung ye.




No comments:

Post a Comment