Sunday, February 21, 2016

Balik Kampung, Disember 2015 - 26 Disember, Bhg 2

Assalamualaikum,

Saya nak sambung cerita hari akad nikah Izzat.

Selepas akad nikah, kami lepak lagi di masjid dan hanya bergerak ke Dewan di mana kenduri di adakan pada jam 11.30 pagi. Waktu tu orang pun tak ramai lagi yang sampai, jadi, dewan masih tidak berapa penuh.

 

 The pengantin dan yang pakai baju coklat pegang payung tu adalah Adli, anak abang Hab. Payung tu payung Mak Ngah saya tau, dan mesti di gunakan, he he he he he. Cantik payung tu, Makngah jahit sendiri.



The sweet bride....

Kami telah diperuntukkan 4 meja utama yang terletak di depan sekali. Semua meja di conquer oleh kumpulan tertentu dan ada juga satu kumpulan yang telah terpaksa mengalah dan tidak duduk di meja VIP



Haaa...meja ini, Mekyah dan En Ghaz serta Kakcik dan keluarga



Di meja sebelah pulak, meja anak dara dengan teruna sunti yang seorang tu. Imtiyaz tu, nanti bila besar dan tertengok blog ini, boleh la dia ingat balik macam mana dia dimanjakan oleh kakak-kakak serta kakak sepupu yang lain...maklumlah, dia seorang aja yang kecil lagi sekarang ni.

Yang pakai cermin mata tu adalah Maisarah, yang mewakili ibu/ayah nya yang tidak dapat hadir.

Abang Hatta, anak-anak dan cucu conquer satu meja...kakak duduk meja utama


Ini meja opahs/atoks plus suami saya. Saya duduk kat meja utama, jadi Shuk wakilkan saya di sini. Elok juga Shuk duduk di meja ni sebab dapat tolong-tolongkan orang-orang tua amik makanan. Mak saya dan acu kata, mereka seronok sangat sebab dapat duduk sama-sama satu meja.


Haaa...mereka yang terbuang, but they had a jolly good time



Dari sudut yang lain, Shuk melayan Andak

Main table, saya duduk di sebelah kiri Abang Hab. Saya sibuk tangkap gambar waktu ni

 Kami kan mula awal pada paginya dan ada yang tidak sempat breakfast pun. Jadinya, bila dapat makan ni, semua orang macam lupa diri dan serbu. Lauk pun sedap, lauk kenduri orang Perak. Ada rendang tok, ayam goreng rempah, gulai nenas dengan ikan masin dan yang paling saya suka adalah air asam, terbaikkkkk.


Pengantin...

Haaa...saya amik gambar couples...yang ni Mekyah dan hubby

Andak dan Makndak...

Mak dan Acu, depa ni yang paling happy rasanya

Angah dan Makngah, tengok tu, licin bekas lauk tuu...depa memang sudah lapar waktu ni

Haaa...tengok tu kosong bekas makanan, alhamdulillah. 

Kakak dan Abang Hatta. Sepatutnya Abang Hatta duduk kat high table, tapi dia suruh saya duduk sebab dia kata Abang Hatta nak makan banyak, tak best duduk kat high table

My two very serious brothers



Allah maha besar, my two serious brothers were married to these two wonderful/cheerful and not so serious ladies...



Izzat dengan cousin perempuan



Dengan cousins

Lepas tu, kami balik ke Chemor. Kami solat, tidur dan berehat dahulu. Selepas itu, baru bangun dan sambung buat kerja, lebih-lebih lagi budak-budak lelaki. Gang budak-budak lelaki ni memang sangat banyak membantu, alhamdulillah

Afiq, mereka kena letak pasir bagi menutup lubang-lubang yang sekiranya hujan, akan menampung air



tengok tu, Iftikhar tolong ayahnya. Abang-abang saya, dua-dua rajin dan pandai buat kerja, tapi dua-dua ada masalah pinggang sikit dan perlu hati-hati bila nak buat kerja. Oleh kerana itu, pertolongan budak-budak lelaki ini memang sangat penting.


Haaa...Uncle Shuk ambil gambar ni dari jauh..sewaktu mereka berehat setelah penat bekerja


Yang ini pulak, Uncle Ghaz amik...somehow, gambar ni cantik kan? Saya suka gambar ni

Malamnya, kami makan nasi lebih kenduri di rumah pengantin perempuan siang tadi.


Andak datang malam tu, walaupun dia tidak berapa sihat sebenarnya


Dan sebelum tidur, kita orang buat potpurri...

Lepas itu, kami tidur sebab esoknya kenduri di Chemor pulak.








No comments:

Post a Comment