Saturday, February 6, 2016

Balik Kampung, Disember 2015 - 24-25 Disember 2016

Assalamualaikum. 

Ok, tengah ada mood ni, so, mari sambung cerita mengenai persediaan kenduri. 

Saya telah sampai di Chemor pada 24 Disember 2015 lebih kurang jam 9.00 malam. Waktu kami sampai tu, ahli keluarga baru habis dinner dan saya dimaklumkan yang Malena ada belanja kek satu....

Hah...gambo kek. Izzat itu adalah anak abang saya yang akan kahwin. Tq Malena

Kami pun makanlah apa yang ada, dan selepas itu saya sibuk mengemas dapur. Rasanya semua orang sibuk sangat siangnye langsung tak sempat nak mengemas dapur.

Lepas dinner, budak-budak ni pulak sibuk menyediakan door gift, they took over the task completely so the elderly just sit and menyibuk aja.

They are totally reliable. Bagi kerja, selesai.

Selepas itu, kami pun tidur dan saya dan Shuk dapat bilik pengantin...yay!

-----------------------------------------------------------

25 Disember 2015

Kami bangun pagi, minum pagi dan mula bekerja. Kami mop rumah dan menyusun perabot. Kami buat awal sebab esok pagi adalah akad nikah dan kenduri di rumah perempuan dan kalau ditangguh kerjanya, mesti tidak sempat kan...so, let's settle things lah, bagi senang.

Dalam jam 10.00 pagi macam itu, Angah dan Mak Ngah datang, bawa makanan pulak laaa. Depa bawa nasi lemak, mertabak dannnn....satu lagi tu saya tak ingat. Tapi ye lah, mungkin sebab ramai remaja yang tengah kuat makan, semua makanan tu boleh selesai sebelum lunch.

Tengaharinya, kakak-kakak ipar saya telah mengambil keputusan untuk masak simple simple aja. Saya pun sudah tidak berapa ingat menunya, tapi ada masak lemak ikan masin (guna ikan masin kurau yang saya bawa dari Sabah), ada ikan goreng, sayur dan yang menaikkan selera adalah sambal belacan ber ikan bilis sumbangan keluarga Sg Buaya.

Yup...gambar dari sudut atas. Angah saya makan bertambah. Shuk kata, sambal ikan bilis tu sepatutnya buat banyak sikit....he he he.

Dari sudut lain

Lagi gambo waktu makan. Orang lelaki makan dulu. Shuk kata, semua orang makan tunduk dan diam walaupun semuanya pedas-pedas...hiks, keluarga saya memang suka makan pedas.

From another sudut, orang perempuan lepak kat tangga

Saya suka gambo ni, mekyah dengan emak saya senyum...

Lepas lunch, gang lelaki lepak kat luar dan minum kopi tenom yang saya bawak dari Sabah

Imtiyaz, the youngest in the family tengah main kucing. 

Gang perempuan pulak makan. Mihun tu makanan breakfast kut...

Lepas dah makan, sembang, berehat, Angah dengan Mak Ngah sudah macam nak minta diri balik. Tapi tiba-tiba, ada bubur pulut hitam pulak. He he he, langsung tak jadi balik.

Hubby makan banyak pulak bubur pulut hitam tu walaupun sebenarnya dia lebih suka bubur kacang


Lepas tu, Yeop Adi, sepupu kita orang pulak datang...haaa...sambung makan dan bersembang

Orang perempuan sambung sesi bersembang di dalam rumah

Ari dengan Afiq ambil bubur pulut hitam tuh...sape masak bubur tu ye? Tapi sedappp.

Shuk, Abang Hab dan pisang...kih kih kih

Kami sempat pergi ke AEON Klebang yang baru di buka. Jarak daripada rumah emak saya ke AEON ini adalah sangat dekat, kurang 10 minit sudah sampai. Kami pergi hanyalah untuk melihat tempat. Anak-anak sedara yang lain pun pergi juga, tapi mereka semua sudah besar jadi mereka pergi naik kenderaan sendiri.

Sewaktu nak balik semula ke rumah, saya tanya lah dekat Shuk macam ini "Shuk, kita tak nak beli makanan ke untuk orang di rumah?"

Shuk jawab "Kena beli ke? Kat Chemor tu pernah ke tak de makanan?"

Haaaa....memang lah selalu ada aja makanan, tapi kenalah tanya juga kan kut kut tak de makanan.

Tapiiii, bila kami sampai, meja makan memang tengah penuh....Abang Hab belanja makan. Menunya adalah, mee goreng mamak dalam daun pisang yang sedap dan sate kecik-kecik yang sedap jugak. Tq Abang Hab.

The girls. Mekyah setia dengan gulai lemak ikan masin tengahari sebab dia kata sedap sangat.

Yang lain.....

Lepas makan, yang dewasa ada mesuarat (mesyuarat) untuk membincangkan program esok.
Pengerusi adalah ayah pengantin yang pakai jubah hitam tu

Kusyuk...

Antara yang di conclude adalah esok, breakfast tak sempat, minum/makan ajalah apa yang ada...ha ha ha


Lepas tu, kami tidurrrr.




No comments:

Post a Comment