Monday, February 15, 2016

Balik Kampung, Disember 2015 - 26 Disember, Bhg 1

Assalamualaikum,


Hari ini hari Isnin, 15 Februari 2016. Saya baru kembali di bumi KK setelah bercuti panjang di Shah Alam daripada 7 Februari 2016.

Saya ingin menyambung cerita balik kampung saya pada bulan Disember 2015. Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi cerita di hari akad nikah anak saudara saya Izzat yang di adakan di masjid...tak ingat pulak nama masjidnya, tetapi ianya terletak di Ipoh.  

Kami semua bangun awal pagi, tidak lah awal sangat pun, tapi semua orang tidak tidur balik selepas solat subuh. Syukur alhamdulillah, walaupun tiada di dalam agenda, tetapi ada orang yang telah berbesar hati membeli breakfast selepas mengerjakan solat subuh di masjid. Jadinya, kami ada breakfast lah pagi tu, walaupun kali ni tidak boleh la bersembang-sembang lama sewaktu makan.








H
Haa...tengok jam di dinding tu menunjukkan jam 7.10 pagi

Selepas minum/makan pagi, kami pun bertolak ke Ipoh pada jam 8.00 pagi

Sampai di masjid, kami kena menunggu sebab akad nikah hanya bermula pada jam 10.00 pagi

Saya, Mek Yah dan kakak ipar saya, Hasnah

the anak daras, ada ramai anak daras dalam keluarga saya sekarang ni

emak saya, acu (adik emak saya) dan makndak (adik ipar mak saya)

yang lelaki lepak juga, iktiqaf tu

akhirnya jadi macam ini...elok juga menunggu ni sebab keluarga kita orang ni sebenarnya adalah impatient, tidak suka menunggu. Tapi, bila berpeluang menunggu macam ini, elok juga, dapatlah kami meluangkan waktu bersama

cousins...ramai kan?

perempuan dewasa

lelaki dewasa

 
abang saya/bapa pengantin lelaki. 

inilah 2 orang abang yang saya ada

hantaran..saya tidak tengok langsung hantaran ni sewaktu majlis berlangsung

Iman...duduk sorang-sorang

lagi gambar budak-budak ni...bonding time

Tok Kadhi dah mai, kami pun mencari tempat duduk. Masjid di Perak adalah lebih strict mengenai kedudukan perempuan di mana jemaah perempuan hanya boleh duduk di had-had tertentu sahaja, tidak seperti negeri Selangor

sebelum akad nikah, ehh, sopannya abang saya duduk, rapat aja kaki dia

ladies...

the opahs and my sister


yup...akad nikah. Mas kahwinnya adalah surat Assajadah. Suspens giler bila Izzat macam sebak ke, panik ke, tapi macam tidak boleh meneruskan bacaan. Back up nya pulak, lambat sampai, punye laaaa. Pakcik-pakcik yang ada, juga Tok2 yang ada, semua kurang mampu untuk membantu, hiksss

Sayaaa...waktu ni saya tengah bertenang, doa bagi Izzat boleh sambung baca

The pengantin perempuan

Mestilah ada gambar angah saya

Berbincang selepas akad nikah

Encik Ghaz dengn Angah

Yay, sarung cincin

haaa, emak pengantin sudah menangis




Yay, family photo. Jenuh la nak memanggil bapa pengantin lelaki tu sebab habis aja akad nikah, dia sibuk pergi hisap rokok...kih kih kih

lepas tu, kami nak ambil group photo...tuuu, saya sibuk mengarah. Shuk amik gambo ni

andd....the result...jadi kenangan kami

Yang ini pula, bersama keluarga pengantin perempuan

nak letak juga gambo selfie kami di sini...

No comments:

Post a Comment