Sunday, December 14, 2014

Hong Kong 2014 - Day 7 (Last Day)

Hari terakhir di Hong Kong. 

We have mixed feelings, yeah, we were excited to go back to Malaysia, tapi sedikit syahdu untuk meninggalkan Hong Kong. Ye lah, entah bila la agaknya ada rezeki untuk kami mengembara di negara ini pada lain masa.

Pagi nya kami bangun, solat dan saya terus start packing. Kami breakfast di bilik dengan makanan yang ada. Kami checked out dalam jam 10.00 pagi, tetapi meninggalkan luggage di hotel kerana teksi yang akan membawa kami ke airport hanya akan datang dalam jam 4.00 petang. Kami punya kapal terbang hanya akan berlepas dalam jam 8.40 macam tu.

Setelah checked out, kami pun pergi naik MTR sekali lagi untuk ke masjid Ammar, tujuannya adalah untuk makan dimsum. Kami dapat info mengenai tempat ini dari blog orang lain...ada banyak blog yang boleh dibuat rujukan sebenarnya. Bagus betul orang orang yang bagi info melalui blog ni. Ikut ajalah untuk transit train kat mana, naik train ke mana pulak, lepas tu keluar ikut exit yang mana, dan berjalan kaki selama 10 minit macam tuh dannnn....alhamdulillah, sampai.

Perjalanan dari stesen MTR ke Masjid Ammar telah memberi kami peluang untuk melihat another side of Hong Kong. Yup, sebelum ini kami memang sedikit terkejut dengan kemewahan orang Hong Kong di sekitar Nathan Road, tetapi, apabila kami berada di sekitar Masjid Ammar, kehidupan telah kembali ke alam realiti. Yes, masyarakatnya lebih sederhana, lebih relevant dengan kehidupan kami.

Cuaca pada hari itu adalah sedikit sejuk sebab hari hujan. Jalan pun basah juga. Sewaktu berjalan tu, saya sempat pulak geram dengan suami tapi sebabnya saya pun tak ingat apa. Tapi bila tergeram tu, adalah terpisah sikit bila berjalan. Pada satu waktu tu, saya nampak kedai jam dan nak masuk menengok-nengok, maklumlah, waktu di Nathan Road tu, rasa macam semuanya tidak mampu nak di beli kan. Tapi hubby tak dengar kut, haaa, dah la memang geram, saya jadi lagi geram lah waktu tu, dan terus masuk kedai.

Heee...ada jam yang saya suka waktu kat situ, tapi sebab hubby tak de, saya pun terus lah meneruskan perjalanan. Saya dah terhilang suami saya waktu tu, tapi lepas tu, tiba-tiba suami saya telah berada di sebelah saya,,,heeee,,,rasanya dia risau kut, dan terus berjalan di belakang saya selepas tu, bukan lagi di hadapan....baru lah betul kan

Kami sampai juga di Masjid Ammar dan kami memang kagum dengan diri kami yang survive dan sampai ke Masjid Ammar tu...hee. Waktu kami sampai tu, iaitu hari Sabtu, mereka baru habis kelas agama rasanya dan ada sedikit jamuan di restoran di tingkat berapa ntah, tak ingat.

Kami pun duduk dan order.

Kami order ini aja dulu sebab tak berapa selesa. Saya boleh aja makan dimsum ni tapi hubby kan tak berapa adventurous, jadiii....let's stick with something safe lah. Dannn...I tell you, memang sedap. Kami telah tambah order benda ni selepas tu.

dannn...kami silap sebab order benda ni. Sepatutnya, tak payah order, ambil dimsum aja...makan dimsum aja....

Tapi tak pe lah, kalau ada rezeki kami pergi tempat ini lagi, kami akan ambil dimsum aja. Dimsum tu kena self service tau, tengok menu and go to the counter and ask them for the type of dimsum that you want.

Lepas makan, kita orang solat jamak zohor dan asar di situ...di tingkat yang lain lah. Sewaktu kami di dewan solat, saya dapati ada ramai orang Indon perempuan yang bersolat dan berhimpun di situ. Ada juga budak-budak yang belajar mengaji al-quran, alhamdulillah, suka saya tengok.

Haaa....model saya tengah bergambar

lagi satu....tengok lah gaya senget tak tengok camera tuh...

Lepas tu, kami berjalan balik ke MTR station untuk kembalik ke hotel. Dalam perjalanan, saya ajak hubby singgah ke kedai jam yang saya dah masuk tadi. Kami kan belum beli apa-apa pun lagi sepanjang kami di Hong Kong. And yess...hubby telah berjaya membeli satu jam di situ. Selepas tu, kami beli socks pulak yang tepi jalan tu. Saya dah pakai pun socks tu untuk jogging.

Sampai di stesen MTR kami, kami round round dulu di situ sebab saya pun nak beli something juga sebagai kenangan. Round round ajalah kan...

sempat bergambar disini (nama shopping centre ni adalah I-Square) untuk menunjukkan jalan yang kami selalu gunakan untuk commute from our Hotel to Nathan Road

Haaa....tengok tu

yup...that's the road. Kami akhirnya tidak sesat lagiii....tapi hari ni dah nak balik pulak, baru nak pandai dah nak balik pulak, rasa sayu sikit sikit

dah tak de mende nak buat kan...so, let's startbucks. Ada special coffee flavour kat sini, tapi kami tak ingat la nama flavour nya. But yeah, with the cold weather, a cup of starbucks coffee was just perfect

We could not find anything to buy here so we just roamed around and find  a place to sit so that we could check our facebook/wassup etcs. Kat Hong Kong ni internet sangat laju dan mudah. Masuk aja mana-mana shopping centre, mesti ada wifi free yang laju

Lepas tu, kita orang pergi refund our octopus card dan berjalan ke hotel

Tokbomo. Dia kata, dia ingat lagi yang di sinilah tempat pertama yang kami berhenti untuk tengok arah/some guide sewaktu kami mula-mula masuk ke subway ni...waktu kami blurr sesangat

yeah, lihatlah betapa dekatnya MTR station dengan hotel kita orang. It's less than 5 minutes walk, seminit aja kut

Tokbomo ambil oksigen

he he he...geram sebab lama sangat, saya snap lagi sekali

Lepas tu, Tokbomo minta camera sebab dia nak amik gambar saya pulak

our coffee

Lepas tu, kami pun naik la kereta sewa kami ke Airport

Shuk...kami naik Velfire....kali ke 2 kita orang naik Vellfire. Kali pertama adalah sewaktu kami sampai...heee....the same kereta sebenonya

Sampai airport, amik oksigen dulu

sempat posing...

Lepas tu kami g tengok kedai-kedai di sini sebab orang kata kedai kat airport ni pun adalah tempat yang sesuai untuk shop. And yes, saya ada grab something kat sini, dengan sokongan hubby. If not, ngeri juga nak masuk kedai-kedainya

Lepas tu kami lepak dan solat. Ada bilik solat ye di sini tapi saya tak sempat nak amik gambar...kami solat jamak Maghrib dan Isyak.

Lepas tu, kami makan di Popeye. Kami dapat info dari blog orang lain yang kedai ini adalah halal. Sooo....kami order udang goreng crispy

dan fries yang sedap...rasanya kami telah order satu lagi fries lepas tu

Lepas tu kami telah masuk ke boarding hall

ini adalah gambar terakhir di Hong Kong...di Boarding Hall. 

Lepas tu, kami pun naik kapalterbang dan kembali ke Malaysia.

Kami bersyukur sebab berpeluang belajar di Hong Kong serta melawat, menambah pengalaman dan pengetahuan di Hong Kong. Bagi saya Hong Kong adalah negara yang hebat, hampir sama seperti Jepun. Antara yang saya kagumi tentang Hong Kong adalah :
i) Sistem pengangkutan yang efisien
ii) Khidmat internet yang murah dan laju
iii) Rakyat nya berdisiplin
iv) Bersih. Toiletnya adalah sangat bersih. Juga restorannya...sink bersih aja, tak de pun lebihan makanan ke apa.

Tapi negara saya adalah Malaysia dan tetap saya lebih sayang...semoga kita boleh improve satu hari nanti. Insyaa allah.

Ok guys...kita tutup kisah Hong Kong di sini...







No comments:

Post a Comment