Assalamualaikum.
Hari ini Tokbomo suruh saya update juga juga blog ini. Dia kata "update la hari-hari, ini, bila saya buka aja, tak de post baru".
Ok lah, sebab dah suruh sangat, saya nak menulis mengenai aktiviti saya pada hari Sabtu dan Ahad lepas.
Kami telah keluar daripada rumah dalam jam 9.00 pagi. Kami perlu pergi ke Chenderiang, Tapah. Ada kerja-kerja meminang.
Tokbomo sudah tak happy sebab saya bersiap lambat dan keluar dari rumah lambat sampai tak sempat nak breakfast. Suami saya ni, kalau tak breakfast, angin boleh naik ke kepala, jadi, itu adalah bahaya. Tapi, kami telah sempat beli kuih sikit dan ada bawa air nescafe letak dalam thermos....so, breakfast on the go lah kami.
Tengok gambar Tokbomo serius...takut gue....
Menurut perancangan, rombongan akan berkumpul di exit tol Tapah pada jam 11.00 pagi. Kami sampai dalam jam 11.00 pagi betul betul dan kami dapati tiada satu kereta lain pun yang sudah sampai...hmmm, kami pun lepak lah, dengar radio dan baca buku.
Kereta lain sampai dalam jam 11.30 dan kami terus bertolak. Masa yang diambil daripada exit tol Tapah dengan Chenderiang adalah dalam 20 minit macam tu.
Setelah sampai, kami terus dijemput untuk makan. Punya lah banyak makanan. Ada mihun goreng, ada pulut dan rendang ayam dan ada banyak sungguh jenis kuih. Ada cendol juga. Kami pun apa lagi, udah le lapo, haaaa, makannnn.
Lepas dah makan, baru lah tahu yang lepas tu ada lunch jugak...ha ha ha...menyesal makan.
Kami dijemput masuk ke rumah selepas itu...iye, untuk memenuhi hajat kenapa rombongan kami datang kan.
Haaa...di satu sudut, rombongan lelaki
di satu sudut, rombongan perempuan
Adalah perbincangan yang saya rasa macam berpaling ke belakang pulak dah, bukan apa, sebenonya semua benda pun sudah finalized, sudah ada perbincangan melalui wassup kan, so...rombongan kami macam nak seal apa yang telah dibincangkan via wassup tu...ha ha ha, zaman moden kan
Lepas tu, adalah tangkap gambar....
bakal pengantin perempuan dengan bakal emak mertua...cantik tak kakak ipar saya tu?
ini kakak ipar saya yang lagi sorang. Lawo dan slim juga
Saya ni sebenonya, bila masuk keluarga belah suami, ada macammmm....macam rendah diri kut sebab kakak kakak ipar saya macam cantik, slim dan bergaya sungguh. Jenuh saya nak keep up...atau saya tak bother nak keep up kut, kih kih kih.
Depa ni housewife tau, tapi glamour. Tapi saya tetap rasa senyuman saya manis dan menawan, ekekekeek, kata-kata untuk memujuk hati sendiri tu. Jangan risau, saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada saya, insyaa allah.
Lepas tangkap gambo, kami dijemput untuk makan tengahari. Dannn, menu dia adalah kegemaran saya pulak. Ada kari kambing (yang ni bukan favourite, alhamdulillah), ada gulai lemak nangka, ayam bakar cicah air asam yang marvellous, ada sambal belacan dan ikan masin. Ada juga rambutan...wallaaaa.
Saya tetap boleh makan sebab :
i) memang perut besar, saya mengaku
ii) sebab breakfast tu saya tak makan banyak, percaya tak?
iii) lunch tu pun, saya amik nasi sikit je....alhamdulillah, moga boleh istiqamah ye cikbib, berdiet pelan pelan
gambar lunch...ini adalah gambar keluarga pengantin to be, adik dan kakak dan pakcik dan makcik dan ibu dan anak sedara....
ini meja kita orang,
hee...saya ingat nak tangkap gambar hubby kat sini, terlupa pulak. Ini adalah lokasi tempat kenduri
Lepas itu, kami ke Ipoh terus. Hubby decided to stay in a hotel instead of staying at my mother's house at Chemor or my Kakak's house at Ipoh. Bukan apa, kami plan nak berjimba dengan adik beradik perempuan hubby di Ipoh and we may have to stay up late sebab keluarga hubby selalu sembang sampai pagi.
Kami tinggal di Heritage Hotel, Ipoh
Sampai aja, kami pun dah penat, kami pun tidur.
Kami bangun dalam pukul 5.30 petang dan boleh pulak merasa lapar, kih kih kih. Tapi, kami ada bawa bekal daripada rumah kenduri tu tadi, yup, kami bawa balik kuih pulut udang dan rambutan...
pulut udang nya adalah sedap...
Hmmm...alhamdulillah
rambutan dah tinggal banyak ni aja waktu tangkap gambar
air nescafe dari Shah Alam
dan gambar di atas adalah view daripada bilik kita orang....saya suka, ini adalah another side of Ipoh yang kami tidak pernah sampai. Gambar stadium lumba kuda tu.
Hubby solat Maghrib, sebelum keluar berpoya poya dengan keluarga hubby.
Tapi kan, tak de pulak gambar kami berpoya-poya malam tu. Kami pergi ke Dataran di depan Stesen Keretapi Ipoh tu, dan selepas itu, kami pergi makan malam.
The next day, kami pergi ke gerai roti canai kakak ipar saya (kakak hubby)
Haaa...kakak ipar saya yang pakai tudung tu. Dia dibantu oleh anak-anak nya untuk berniaga.
adik ipar saya dengan mak mertua saya
anak adik hubby, depa makan roti planta...
Lama juga kami lepak kat situ. Lepas tu, kami ke Pekan Razaki, melawat kakak saya. Imran dan Iman pun ada, tapi mereka tengah tidur.
Itu aja lah ceritanya. Lepas itu kami balik ke Shah Alam dan malamnya kami tidurrr, sebab penat.
Oh ye, just some update untuk Imran, dia sudah boleh berjalan dan somehow tiada masalah terhantuk-hantuk sebab tidak boleh nampak. Kami tidak pasti berapa peratus yang boleh Imran lihat, but we do see improvement.
So friends, I know many of you did pray for Imran's recovery. Terima kasih banyak-banyak saya ucapakan. Tapi doa kami masih diteruskan, semoga Imran dapat melihat kembali, semoga dia akan membesar sihat dan menjadi hamba yang soleh.
Good nite everyone!
No comments:
Post a Comment