Friday, December 12, 2014

Randommm

Assalamualaikum.

Selamat berhari Jumaat. Esok Sabtu, yay....

Saya sibuk sikit, dan fikiran pun sedikit tidak tenteram, jadi, blog ini menjadi sunyi sepi lah.

Semalam, seorang kawan lama saya telah bercerita tentang seorang anak perempuan dia. Budak ni, suka berangan bercakap di dalam bahasa Inggeris. Dia asyik bercakap sorang-sorang, dalam bahasa Inggeris, dan sebab dia bercakap sorang-sorang, dia lah yang akan bertanya, dan akan menjawab juga soalan yang di berikan.

Teringat saya zaman saya kecik-kecik dulu. Sayapun suka juga bercakap sorang-sorang ni. Saya tanya, saya jawab. Tapi tak ingat pulak saya bahasa yang saya gunakan kan. Bahasa Melayu aja kut.

Saya akan lebih banyak bercakap sorang-sorang kalau saya maian anak patung kertas tu...yang boleh di beli dengan harga yang sangat murah di kedai China di Pekan Chemor tu. Kadang-kadang, sampai menangis sorang-sorang bila tiba-tiba dialogue tu tiba tiba jadi sedih...hhaaaaaa

Saya ada google gambar patung kertas...lebih kurang macam kat bawah ni :



Dan pagi tadi pulak, ada sesuatu berlaku dan saya jadi termarah sikit dan saya telah marah guna bahasa Inggeris, hikss, nak tergelak.

Dannn...hubby terus response macam ni "tak baik marah pagi-pagi Jumaat ni Cikbib". Maksudnya, hubby tau yang saya memang marah betul.

Tau tak kenapa hubby tahu yang saya memang marah?..haaa...sebab saya cakap orang putih. Hubby pernah kata yang saya ni, kalau marah, akan cakap orang putih. Dannn...pagi tadi, baru lah saya perasan...ada kut kadang-kadang terkeluar speaking London tu kan...sebab kalau tengah rasional, malu nak cakap sebab English berterabur kan.

Hmm...untuk Tokbomo, if you are reading this, I am sorry for raising my voice this morning..thank you for everything that you have done....

Ok lah...chowww

No comments:

Post a Comment