Hmmm, untuk bulan November, pegawai kerajaan semua telah menerima gaji mereka. Gaji diterima lebih awal sempena Deepavali, supaya pegawai kerajaan yang beragama Hindu dapat menggunakan duit gaji untuk perbelanjaan Deepavali mereka.
Waktu hari raya aidil fitri baru baru ni pun, gaji dapat awal juga. Penerimaan gaji awal ini memang ada baiknya, ye lah, memudahkan sikit untuk berbelanja sempena hari raya, tetapi kalau tidak kena caranya, haaaa banyaklah cabarannya di kemudian hari, seperti kehabisan duit sementara menunggu gaji bulan selepasnya.
Ada seorang dalam ofis saya ni, waktu akhir akhir raya aidil firti baru baru ni, asyikla tanya saya macam ni "Cikbib, gaji kita masuk Selasa minggu depan kan?"..haaa, dia tanya tu, hari Jumaat, waktu lunch.
Pada hari yang sama juga, saya stayed back. Waktu nak solat Maghrib, dia tanya lagi soalan yang sama kat saya " "Cikbib, gaji kita masuk Selasa minggu depan kan?"...saya pun tanya lah balik..."awat asyik tanya aja? dah habis duit ke?"
Pegawai ni pun malu-malu mengaku. Saya tanya, "nak pinjam ke?" dia kata "tak pe, nanti dia minta dari mak dia, mak dia banyak duit sebenarnya"
Ha ha...kelakar. Waktu saya nak balik kerja malam tu, saya pun bagi lah pegawai tu RM50. Saya kata kat dia, duit raya.
Dia terima tau...mesti dia memang tak ada duit betul tu, sebab saya tahu dia ni sebenarnya kalau bukan sebab betul betul tak de duit, mesti dia akan tolak atas bawah...buat side kick.
Minggu depannya, selepas semua orang terima gaji, saya dapat satu angpow atas meja saya. Rupanya pegawai ni ganti duit saya tu. Sayapun bagi lah balik duit tu kat dia, saya kata, yang saya bagi tu, duit raya, tak boleh bagi balik.
Dia terima aja balik...so, saya ingat, dah settle lah...
Tapi sekarang ni saya dapati dia bagi macam macam la dekat saya. Dia masak special sikit during weekend, dia akan simpan bagi kat saya. Masalahnya, straight from the fridge tu...sejuk...ha ha ha. Bila bagi pulak, dia akan alert saya supaya jangan bagi tahu orang lain, ye lah, mana lah dia mampu nak buat untuk semua orang kan.
Baru baru ni, saya ada puji pen dia yang saya pinjam, sedap pakai. Tengok tengok the next day, ada tiga batang pen dia belikan untuk saya.
Hari ni juga, bila masuk bilik, apabila habis meeting, saya dapati ada kuih atas meja saya...alhamdulillah, tak payah la saya pergi lunch.
Hmm, banyak benar ke yang saya bagi RM50 tu? Saya rasa tak banyak, tapi ye lah, mungkin pegawai ni rasa terharu sangat, sebab waktu tu dia mungkin tak de orang lain yang dia boleh mengadu. Ha ha, tiba tiba, boss dia yang besar dan garang ni bagi dia duit tu....hmmmm...
Saya dengan dia ni sebenarnya, kalau saya nak tegur, saya tegur aja, dia okay...tapi tak de perubahan pun, ha ha ha, sudah tegar...sudah menjadi buluh.
Tapi tak pe lah, perangai perangai pegawai yang macam macam adalah cabaran untuk saya...macam boss saya yang takut kat saya sebab saya lagi brutal dari dia...haaaa.
No comments:
Post a Comment